Selasa, 31 Disember 2019

DI AKHIR 2019

Hari ini 31 Disember 2019
Bersamaan 4 Jamadilawal 1441H
Kurang sehari 2019 bakal meninggalkanku
Meninggalkan kenangan suka dan duka

Pencapaian aku sepanjang 2019
Bolehlah aku katakan agak memuaskan
Sekurang-kurangnya aku berjaya
Mencapai sesuatu dalam tahun ini

Meningkatkan tahap kerjaya di awal tahun
Seterusnya mengurangkan 'bebanan kewangan' di akhir tahun
Namun aku tetap perlu terus dan terus berusaha
Semuanya atas izin dari Allah SWT

Alhamdulillah...

Aku seterusnya perlukan sesuatu motivasi
Menjelang 2020
Untuk kembali ke potensi sebenar
Tanpa terus dibuai mimpi dan khayalan

Semoga aku akan 'istiqamah'
Dalam mencari keredhaan Allah SWT
Demi diri ini, keluarga, masyarakat dan negara
Perkenankanlah hasratku Ya Allah..

Amiinn Ya Rabbal Alamin..

9.00 pagi
31.12.2019

Sabtu, 28 Disember 2019

2019 BAKAL MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMANYA

Assalamualaikum.
Mudah2an Allah berkati
Segala amal kebaikan kita
Sepanjang 2019
 
Semoga kita semua diberikan kesihatan
Dan dipermudahkan urusan
Pada hari ini dan hari yang seterusnya
Selamat tahun baharu 2020

Isnin, 9 Disember 2019

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT ISTERI TERSAYANG

Selamat Hari Lahir
Buat isteri tersayang
Semoga Allah berikan kesihatan berpanjangan
Serta diberkati dan dipermudahkan segala urusan

Ya Allah..
Kau berikan kesihatan
Kau permudahkan segala urusan
Kau berkatilah segala usaha dan tugasan
Buat isteriku

Semoga hari-hari mendatang
Memberikan suatu yang terbaik
Buat keluarga
Demi kelangsungan kehidupan ini
Didunia untuk menuju akhiratmu Ya Allah..

SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT PANJANG UMUR