Khamis, 10 Oktober 2019

THROWBACK 21 SEPT. - 2 OKT. 2015 DI OBSNINSK

Sekarang jam 9.10 pagi waktu Malaysia
Jam 4.10 pagi waktu Obsninsk

Pagi-pagi ni terlihat status rakan sekerja
Kursus ke Obsninsk..
Tiba-tiba nostalgia 2015
Kembali hadir untuk ku ingati

(Sarapan pagiku.. Hanya ini yang mampu aku makan berbekalkan tawakkal kepada Allah..)

Cuaca ketika itu sejuk namun tiada bersalji
Cuma selepas pulang ke Malaysia
Aku diberitahu salji mula membasahi Moscow
Namun kenangan di sana sangat aku kenang

(Kenangan beraya haji di bumi Obsninsk)
 
Kenangan beraya haji di perantauan
Alhamdulillah..
Terima kasih kepada rakan
Memberiku nasi kambing Brahims di pagi raya

(Cubaan menelaah akhbar di Obsninsk)

Walau bagaimanapun aku sangat bersyukur
Dengan peluang yang Allah berikan
Untuk aku terus bermuhasabah
Dan menjadi diri ini.

InsyaAllah.. Amiinn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan