Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Selasa, 29 Oktober 2019
ALLAH SELAMATKAN KAMU IMAN
Buat anak ku yang teristimewa Iman..
Semoga terus membesar
Dengan lindungan Allah...
InsyaAllah..
Semoga Iman terus ceria..
Semoga Iman menjadi asbab..
Suatu hari
Menjadi anggota masyarakat yang baik dan berjasa.
Selamat Hari Lahir Iman
Semoga sihat dan ceria hendakNya
Amiin Ya Rabbal Alamin..
Rabu, 16 Oktober 2019
SELAMAT MENJAWAB SPM. SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI USAHA
Ya Allah..
Permudahkan urusan anakku Izzul
Kertas pertama pagi ini
Bermula Bahasa Arab
Semoga menjadi asbab
Dalam menempuh hari mendatang
Dengan kertas seterusnya
Mudah-mudahan dipermudahkan urusan
Semoga Allah berikan kelancaran
Dalam menjawab soalan
Diberikan ilham dan kemudahan
Semoga sentiasa tenang
Ya Allah
Berikan kekuatan fikiran
Kesihatan tubuh badan
Kekuatan rohani dan jasmani
Buat Izzul..
Berikan kejayaan buatnya
Semoga usahanya
Diberikan ganjaran sewajarnya
Semoga Izzul berjaya..
InsyaAllah..
Amiin Ya Allah..
Khamis, 10 Oktober 2019
THROWBACK 21 SEPT. - 2 OKT. 2015 DI OBSNINSK
Jam 4.10 pagi waktu Obsninsk
Pagi-pagi ni terlihat status rakan sekerja
Kursus ke Obsninsk..
Tiba-tiba nostalgia 2015
Kembali hadir untuk ku ingati
Cuaca ketika itu sejuk namun tiada bersalji
Cuma selepas pulang ke Malaysia
Aku diberitahu salji mula membasahi Moscow
Namun kenangan di sana sangat aku kenang
Kenangan beraya haji di perantauan
Alhamdulillah..
Terima kasih kepada rakan
Memberiku nasi kambing Brahims di pagi raya
Walau bagaimanapun aku sangat bersyukur
Dengan peluang yang Allah berikan
Untuk aku terus bermuhasabah
Dan menjadi diri ini.
InsyaAllah.. Amiinn..
Rabu, 9 Oktober 2019
UNTUK MENDAPAT SESUATU KITA AKAN KEHILANGAN SESUATU
Mendapat sesuatu
Namun harus merelakan sesuatu yang dinikmati
Hilang berlalu pergi
Kesibukan kerja datang
Membiarkan keteraturan seharianku
Namun Allah maha mengetahui
Apa yang terbaik buatku
Allah maha menerima
Permintaan hambanya
Namun Allah juga menyeimbangkan
Permintaanku dengan PermintaanNya
Aku harus segera sedar akan itu..
Semoga menjelangkan
Setahun aku pulang
Serta mendapat semula kehidupan berkeluarga..
Istiqamah dan motivasi diri ini
Akan kembali ku cari
Ya Allah..
Kembalikan sifat baik diri ini
Semoga aku kembali
Menjadi diri ini..
InsyaAllah…
Aminn Ya Allah..
Amiinn Ya Rahman..
Amiinn Ya Rahim..