Alhamdulillah..
Beberapa minit genap usiaku
Isnin jam 9.00 pagi
Beberapa dekad yang lalu
Aku dilahir ke dunia
Syukur dengan nikmat di dunia ini
Meminjam masa yang di berikanNya
Untuk peluang mencari akhirat
Yang kekal abadi
...
Malam ini aku mengejar masa
Menyiapkan tugasan
Yang hampir ke tempoh yang diberikan
Namun aku masih mempunyai 75% baki
Yang aku akan selesaikan esok hari
Semoga Allah permudahkan urusanku
Semoga Allah beriku kesihatan
Semoga aku terus istiqamah
Dalam perjalanan ini
Aku harus menjadi diri yang sebenar
Tanpa dibayangi sesiapa
Yakin dengan keupayaan diri
Untuk terus menjadi yang lebih baik.
SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI INI
SEMOGA UMUR INI DIBERKATI
AMIINN YA RABBAL ALAMIINN...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan