Isnin, 25 Jun 2018

SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN INI - MOOD OPEN HOUSE RAYA

Saat dan ketika ini aku masih menunggu di KLIA
Penerbangan berlepas pulang jam 8.20 mlm
Berat rasanya awal2 pagi tadi hendak bergerak memulakan perjalanan ini
Apakan daya demi nafkah buat keluarga.. 

ku gagahkan jua

Perancangan dan pergerakan aku agak kritikal pagi ini.. terkejar2
Kerana terlalu meletakkan harapan kepada GRAB
Malangnya tiada yang sudi accept booking aku
Namun Alhamdulillah.. Allah mendengar masalah hambanya

Alhamdulillah..
Saudara Mazlan hadir sewaktu aku amat memerlukan..
Tidak menolak booking aku
Walaupun dia sendiri punyai urusan dengan keluarganya

Di kaunter, staf MAS bagi hint kepada aku
Memang aku lewat untuk drop beg
Namun aku akur dengan cabaran pagi ini
Q juga sangat panjang hinggakan ke pintu masuk

Mudah-mudahan beg aku selamat tiba ke destinasi
..............................................................................
Alhamdulillah
Allah permudahkan perjalananku
Juga beg aku selamat tiba seperti biasa
Terus mencari GRAB pulang ke pejabat

Aku kembali bertugas
Semoga Allah pelihara aku dan keluarga
Amiinn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan