Sabtu, 30 Jun 2018

SELAMAT PENGANTIN BARU ELLY & SUAMI - 30 JUN 2018

Asal perancangan 18 Ogos 2018
Aku juga ingin berikan komitmen - siap sedia booking tiket flight
Kalau lambat.. mahal la gamaknya..
Sebaliknya majlis pula di awalkan

Apa boleh buat.. Takde rezeki..
InsyaAllah majlis kenduri nanti kena rancang betul2..

Hari ini aku sendirian
Hanya membelek tab melihat majlis dari kejauhan
Selamat Pengantin Baharu - Elly dan suami
Semoga kekal berbahagia hingga akhir hayat

Saat dan ketika ini aku menunggu di pejabat
Sepak mula France & Argentina jam 10.30 mlm
Siaran tertunda di RTM1
Sementara menunggu 30 minit lagi.. sempat lagi update blog

Photo sempena World Cup 2018

Isnin, 25 Jun 2018

SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN INI - MOOD OPEN HOUSE RAYA

Saat dan ketika ini aku masih menunggu di KLIA
Penerbangan berlepas pulang jam 8.20 mlm
Berat rasanya awal2 pagi tadi hendak bergerak memulakan perjalanan ini
Apakan daya demi nafkah buat keluarga.. 

ku gagahkan jua

Perancangan dan pergerakan aku agak kritikal pagi ini.. terkejar2
Kerana terlalu meletakkan harapan kepada GRAB
Malangnya tiada yang sudi accept booking aku
Namun Alhamdulillah.. Allah mendengar masalah hambanya

Alhamdulillah..
Saudara Mazlan hadir sewaktu aku amat memerlukan..
Tidak menolak booking aku
Walaupun dia sendiri punyai urusan dengan keluarganya

Di kaunter, staf MAS bagi hint kepada aku
Memang aku lewat untuk drop beg
Namun aku akur dengan cabaran pagi ini
Q juga sangat panjang hinggakan ke pintu masuk

Mudah-mudahan beg aku selamat tiba ke destinasi
..............................................................................
Alhamdulillah
Allah permudahkan perjalananku
Juga beg aku selamat tiba seperti biasa
Terus mencari GRAB pulang ke pejabat

Aku kembali bertugas
Semoga Allah pelihara aku dan keluarga
Amiinn..

Sabtu, 23 Jun 2018

SALAM AIDILFITRI 1439H

Pantas masa berlalu
Hari ini sudah 8 Syawal
Seminggu aku pulang beraya di kg
Seawal jam 3.30 pagi khamis bertolak dari rumah

Hingga jam 5.00 pagi

Aku singgah r&r Rawang
Bersahor putu bambu world
Selepas solat subuh teruskan perjalanan

Keluar di Slim River

Jem teruk di Tapah
Melencong sebelum kembali ikut highway
Masuk di Gopeng

Singgah lelap sebentar dekat Menora

Sampai kg sudah hampir zohor
Petang ini aku tidsk buang masa
Mengecat dinding luar hingga waktu berbuka

Raya pertama hanya menunggu tetamu

Petang aku ke kg tersusun
Raya ke dua aku, siti, bawa mak abah
Beraya di Aloq Staq

Pulang KL jam 12.30 tgh khamis

Jalan sudah agak lancar
Singgah r&r sg Buloh
Sampai rumah jam 6.30 ptg

2 hari untuk aku ziarah KL

Sebelum kembali pulang bertugas
Mudah2an segalanya dipermudahkan
Di sana, open house dan world cup hampir kurang meriah

Semoga perjalananku dipermudahkan

Semoga Allah pelihara aku dan keluarga
Selamat Hari Raya Aidilfitri
ZMAAF ZAHIR BATIN..

Khamis, 7 Jun 2018

PERJALANAN MENCARI LAILATUL QADAR

Alhamdulillah
Dipermudahkan bagiku
Perjalanan ke Airport
Seterusnya di kaunter daftar masuk

Aku tak sentap dan aku tak marah
Peristiwa berdialog dengan staf MAS
Dan apa yang berlaku adalah silap aku
Aku terlalu yakin dengan larangan

Walau bagaimanapun aku amat menghargai
Amaran akhir beliau dengan bagasi
Mudah2an tiada kecacatan kepada kotak ikanku
Kerana aku telah berusaha dengan upayaku

Segala2nya dengan izin Allah
Walaupun niatku baik
Namun peraturan tetap akan menjadi peraturan
Semoga staf tersebut sihat dan success disini
..............................................
Disaat ini aku di Airport
Menunggu penerbangan pulang
Bertemu sanak keluarga
Dan yang penting mencari Al Qadar

Ya Allah..
Temukan aku dengan Al Qadar
Walaupun mungkin di kegelapan malam
Menempuh perjalanan di puncak awan

Semoga Allah pelihara perjalanan ini
AMIINNN...

Selasa, 5 Jun 2018

MEMASUKI 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Ya Allah Ya Tuhanku
Pantas sungguh masa berlalu
Hari ini genap 20 Ramadhan 1439H
Bermakna peluang pahala berganda hanya berbaki 10 hari

Terasa sayu yang amat
Dalam menjalani detik akhir Ramadhan
Semoga amalanku kali ini
Diterima Allah SWT

Perasaan ini bercampur rasa
Beberapa hari dalam menanti penerbangan pulang
Rindu aku pada Iman amat terasa
Mudah-mudahan Allah pelihara perjalanan ini

InsyaAllah kepulangan ke kampung kali ini
Akan ku manfaatkan sebaiknya
Bertemu mak, abah dan adik-adik
Semoga Aidilfitri menjelang diberkati

Amiinn..