Selasa, 24 April 2018

PULANG UNTUK TEMUJANJI IMAN

Kali ini aku pulang dengan saku sendiri
Dengan tambang murah AA
Aku beli sejak beberapa bulan lalu
Diskaun 20% ketika itu


Namun kelekaan menyebabkan tab aku tertinggal
Perjalanan awal pagi sabtu
Namun aku bersyukur..
Perjalananku terpelihara tanpa tab di tangan


Aku bercuti untuk 4 hari ini
Niat demi kesihatan Iman
Mudah-mudahan Allah pelihara Iman
Semoga Iman menjadi insan berjasa suatu hari nanti..


Buat rakan-rakan
Yang juga istimewa sepertinya
Amiinn..
Ya Rabbal Alamiinn..


Landing KLIA2 jam 11.45 pagi
Namun aku hanya ingin explore
Menggunakan kenderaan awam hingga ke rumah
Alhamdulillah.. hampir zohor aku tiba


Berehat seharian sebelum ziarah Aina, Izzul
Dan hantar baby ke Asrama
Isnin dan esok adalah program utama
Sebelum aku pulang untuk kembali bertugas
InsyaAllah..


Semoga Allah pelihara perjalanan ini
Semoga Allah beriku kekuatan menempuh segala onak
Demi masa depan keluarga
Semoga aku terus diberikan kesihatan dan kemudahan..


Amiinn.. Ya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan