Selasa, 24 April 2018

PULANG UNTUK TEMUJANJI IMAN

Kali ini aku pulang dengan saku sendiri
Dengan tambang murah AA
Aku beli sejak beberapa bulan lalu
Diskaun 20% ketika itu


Namun kelekaan menyebabkan tab aku tertinggal
Perjalanan awal pagi sabtu
Namun aku bersyukur..
Perjalananku terpelihara tanpa tab di tangan


Aku bercuti untuk 4 hari ini
Niat demi kesihatan Iman
Mudah-mudahan Allah pelihara Iman
Semoga Iman menjadi insan berjasa suatu hari nanti..


Buat rakan-rakan
Yang juga istimewa sepertinya
Amiinn..
Ya Rabbal Alamiinn..


Landing KLIA2 jam 11.45 pagi
Namun aku hanya ingin explore
Menggunakan kenderaan awam hingga ke rumah
Alhamdulillah.. hampir zohor aku tiba


Berehat seharian sebelum ziarah Aina, Izzul
Dan hantar baby ke Asrama
Isnin dan esok adalah program utama
Sebelum aku pulang untuk kembali bertugas
InsyaAllah..


Semoga Allah pelihara perjalanan ini
Semoga Allah beriku kekuatan menempuh segala onak
Demi masa depan keluarga
Semoga aku terus diberikan kesihatan dan kemudahan..


Amiinn.. Ya Allah..

Rabu, 18 April 2018

SELESAIKAN TUGAS DAN PELUANG ZIARAH ARWAH SAHABAT

Aku pulang sebaik selesai tugasan di KCH
Sabtu ziarah baby
Ahad program dengan Aina
Seterusnya hantar Izzul dan singgah hantar baju baby

2 hari aku bersama team audit
Alhamdulillah selesai juga
Walaupun jam 3 pagi
Baru aku rasa lapang untuk shut down komputer

Awal pagi aku hanya perasan mesej di telefon
Innalillahhiwainaillahhirojiun...
Tn. Hj. Baha meninggal jam 3 pagi
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman

Sempat ziarah jenazah arwah di SAF
Tidak berpeluang bersama di kubur
Rezeki aku pulang kali ini
Kali akhir bersama insan yang bersemangat tinggi
Semoga Allah tempatkan rohnya dikalangan orang beriman


Amiinn Ya Rabbal Alamin..




Khamis, 12 April 2018

EXPLORE PAN BORNEO HIGHWAY

Mungkin rezeki aku untuk memandu
Sepanjang jajaran lebuhraya
Yang dalam pembinaan
Bermula jam 8.00 pagi hingga hampir 7.00 mlm

Tugas rasmi selama 1 minggu mulai 9hb
Dan esok aku kembali memandu
Untuk pulang ke pejabat
Mudah2an Allah pelihara perjalananku

Seterusnya.. rezeki aku pulang
Bersama keluarga pada hujung minggu ini
InshaAllah..