Khamis, 29 Mac 2018

ISO DAN MISI PAKAR DI PUTRAJAYA

Bulan mac yang agak sibuk
Bermula dengan tugasan rasmi 
Di SDK dan KK
Seterusnya aku transit sebentar

Meneruskan perjalanan ke KLIA
Alhamdulillah..

Hotel lama ditengah Putrajaya dengan nama yang baru
Mungkin tiada masalah bagi aku yang tahu...
Cuma bagi yang tidak tahu...
Memang agak keliru dengan papan tanda

Malam ini aku sendirian meluangkan masa di luar
Melihat keindahan sekitar Masjid Putra
Menjelang hari terakhir bagi misi kali ini
Juga peluang bersama rakan2 dan pensyarah yang sangat komited.

Selepas esok aku akan bersama keluarga
Menjalani aktiviti rutin tatkala bersama
Mudah2an Allah murahkan rezekiku sebegini lagi
Peluang keemasan yang hadir dengan rezeki dariNya

Akhir sekali
Aku mendoakan kesejahteraan buat Tn. Mohd Yasin Hj. Sudin
Sahabat yang pulang menemui Allah pada tanggal 26 Mac
Rezeki melihat dan bertemu arwah walaupun hanya jasadnya

Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan para solehin
Semoga jasa dan bakti arwah ketika hayat menjadi asbab syurga baginya.. AMIN YA RABBAL ALAMIN..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan