Banyak perkara yang berlaku
Dalam masa seminggu ini
Kadang-kadang sesuatu peluang terbaik
Yang aku sendiri tidak menjangkakannya
Pertamanya,
Tiket flight pulang bulan April
Dan untuk beraya Jun ini
Telah aku dapatkan
Walaupun dengan harga yang berbeza
Namun apa yang lebih penting
Aku berjaya membuat keputusan
Tanpa perlu lagi menoleh kebelakang
Keduanya,
Rezeki untuk aku pulang
Dengan tiket rasmi yang ditanggung
Dan yang lebih penting dapat bersama keluarga
Semasa cuti tahun baharu cina ini
Aku seterusnya mengharapkan
Rezeki sebegini Allah berikan pada bulan mendatang
Sekurang-kurangnya
Dapat aku bersama 'Iman' yang sangat istimewa buatku
Ya Allah..
Berkatilah kerjayaku
Semoga kehidupan aku dan keluarga
Sentiasa mendapat perlindungan dan kerahmatanmu
Aminn.. Ya Rabbal Alamin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan