Hari ini telah memasuki 2 Januari 2018
Begitu pantas masa berlalu
1 Januari aku sibuk dengan urusan Izzul pada paginya
Seterusnya Aina pada petangnya
Mudah-mudahan Allah berikan banyak kemudahan
Sepanjang tahun ini dan tahun mendatang
Semoga ujian Allah, sekiranya ada..
Berada dalam kemampuan diri ini..
10 hb., baby pula akan menempuh kehidupan asramanya
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya
Pada masa yang sama aku teramat bersyukur
Dengan pencapaiannya setakat ini..
Hari ini juga aku membawa baby untuk pemeriksaan kesihatan
Aku terima dengan positif tarikh temujanji yang diberikan
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami sekeluarga
Insha'Allah segalanya ada hikmah yang bersama
.....................................
Hari ini juga aku bersama rakan sepejabat
Menziarahi Pn. Hajjah KH yang kehilangan suami tercinta
Aku sendirian memandu ke Bukit Kiara
Sempat ziarah perkebumian arwah
Seterusnya ke Bangsar melawat Pn. Hajjah KH.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh suaminya
Mudah-mudahan Allah tempatkan rohnya dikalangan ahli syurga..
Insha'Allah..
AL-FATIHAH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan