Sabtu, 27 Januari 2018

SEMOGA ALLAH PELIHARA PERJALANANKU

Pulang untuk bersama keluarga
Semoga Allah memelihara perjalanan ini
Mudah2an segalanya dipermudahkan
InsyaAllah..

Aminn..

Khamis, 18 Januari 2018

KHAMIS KEDUA AKU DI SINI - SEMOGA ALLAH MEMBERKATIKU

Hari ini khamis kedua
Aku bertugas di sini
Mungkin masih banyak kekurangan diri
Namun aku terus istiqamah dalam mencari keredhaan

Mudah-mudahan Allah permudahkan
Segala urusanku, isteriku, anak-anakku, kedua ibubapaku
Serta semua saudara maraku
Semoga Allah berkati segala urusan kami..

Insya'Allah..

Perancangan kini semakin penting
Masa yang aku rasakan berdetik perlahan
Akan kembali laju..
Hingga aku tidak akan sedar..

Mudah-mudahan aku lakukan segala yang bermanfaat
Semoga Allah memberiku kekuatan
Dalam aku menempuh setiap detik yang mendatang
Dengan semangat dan kekuatan

Allah sentiasa bersama hambanya..
Amiinn.. Ya Rabbal Alamin..  

Ahad, 14 Januari 2018

MIDIN - DABAI - EMBANG

Weekend pertama di sini
Terasa masa agak perlahan
Kerana setiap detik aku bersendirian
Mudah-mudahan akan ku manfaatkan setiap detik di sini

Beberapa perkara dan peristiwa penting 
Su lakukan dengan berdikari
Ambil Aina dengan Exora dan rakannya Zue
Izzul pula pulang dengan En. MM

Alhamdulillah
Allah lebih mengetahui situasiku 
Pada saat dan detik ini
Semoga aku dan keluarga dipermudahkan segalanya

Aku pula hanya lakukan yang sepatutnya
Mencari kesesuaian di sini
Semoga Allah pelihara aku di sini
InsyaAllah..

Amiinn Ya Allah..





Rabu, 10 Januari 2018

BERMULANYA SATU PERJALANAN - SEMOGA ALLAH PELIHARA AKU DAN KELUARGA

Alhamdulillah..
Selesai urusan SBP Baby..
Semoga Baby istiqamah belajar
Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan..

Kini..
Perjalananku bermula
Semoga Allah pelihara diri ini dan keluarga
Mudah-mudahan ada cahaya dihujung sana

Amiinn..

KLIA 16.42








Sabtu, 6 Januari 2018

UJIAN ALLAH BUAT AKU DAN ADIK-ADIK

Seawal minggu pertama 2018
Ujian Allah SWT
Satu pengajaran buat aku dan adik-adik
Mudah-mudahan Allah pelihara mak dan abah..

Dalam aku mempersiapkan
Keperluan baby
Untuk pendaftaran sbp 10hb ini..
Mendapat berita sentap sejurus sebelum solat jumaat

Ya Allah.. Ujian Allah..
Kali ini sangat berat buatku
Namun aku harus terus positif
Ada sesuatu perlukan perhatian..

Ya Allah.. peliharalah keluargaku
Berilah kesihatan buat mak dan abahku...

Selasa, 2 Januari 2018

PERBAIKI AZAM TAHUN BAHARU MASIHI 2018

Hari ini telah memasuki 2 Januari 2018
Begitu pantas masa berlalu
1 Januari aku sibuk dengan urusan Izzul pada paginya
Seterusnya Aina pada petangnya

Mudah-mudahan Allah berikan banyak kemudahan
Sepanjang tahun ini dan tahun mendatang
Semoga ujian Allah, sekiranya ada..
Berada dalam kemampuan diri ini..

10 hb., baby pula akan menempuh kehidupan asramanya
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya
Pada masa yang sama aku teramat bersyukur
Dengan pencapaiannya setakat ini..

Hari ini juga aku membawa baby untuk pemeriksaan kesihatan
Aku terima dengan positif tarikh temujanji yang diberikan
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami sekeluarga
Insha'Allah segalanya ada hikmah yang bersama
.....................................

Hari ini juga aku bersama rakan sepejabat
Menziarahi Pn. Hajjah KH yang kehilangan suami tercinta
Aku sendirian memandu ke Bukit Kiara
Sempat ziarah perkebumian arwah

Seterusnya ke Bangsar melawat Pn. Hajjah KH.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh suaminya
Mudah-mudahan Allah tempatkan rohnya dikalangan ahli syurga..
Insha'Allah..
AL-FATIHAH..