Sabtu, 15 April 2017

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT ATAS ROH 'PAK NDAK' (TN. HJ. AHMAD BIN ABU BAKAR - IPOH) - AL-FATIHAH

Dapat mesej 1.45tgh 12 April Abg Mat dan Kak Uji mendapat musibah.
Melecur teruk berpunca dari api gas memasak yang bocor.
Abg mat agak serius. Kak Uji juga terkena api gas yang mungkin banyak terkurung dalam rumah.
Di pejabat, aku buat keputusan untuk mohon cuti esok.
Bertolak ke Ipoh jam 9.30 mlm. Singgah di R&R Tapah sekejap.
Jumpa Abg Rosli Kak Keti bersama Abg Dan Kak Arah.
Terus menuju Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Masuk wad 3A dan 3B sekitar jam 12 mlm.
Keadaan Abg Mat serius. Aku hanya mampu mendoakan Allah berikan apa yang terbaik buatnya.
Allah lebih mengetahui akan segalanya.
Kembali ke kereta sekitar jam 1.30pg.
Hujan turun di perkarangan hospital.
Semoga menjadi petanda kebaikan buat kedua-duanya.
Aku hanya bermalam di dalam 'Exora Hotel'.
Sekitar jam 3.00 pagi, Aina kembali ke kereta.
Yus anak Abg Mat jemput bermalam di rumah.
Jam hampir 4pg. Aku buat keputusan berbaring di ruang tengah rumah. Berhampiran kerusi urut Abg Mat.
Terjaga jam hampir 7.30 pagi. Allahuakbar subuh gajah aku hari ini.
Hanya menunggu di rumah sambil membantu mengemaskan sekitar halaman.
Menemani Megat buat keputusan melihat lokasi liang.
Aku perlu bersama beliau membuat keputusan.
Semoga arwah memaafkan kami kerana tidak dapat menunaikan hajat setepat mungkin.
Tiada ruang untuk membuat lahat bersebelahan arwah isteri pertama arwah.
Kami telah berusaha.
Hanya 'qias' sahaja kami putuskan. Juga dengan nasihat kawan-kawan arwah yang juga ajk kariat.
Arwah dikebumikan 10 meter dari lokasi yang dihajati.
Semoga arwah tenang di sana.
Semoga lokasi yang kami putuskan terbaik buat arwah.
Dapat maklum Anak2 Abg Mat telah putuskan untuk bersetuju dengan nasihat pegawai perubatan.
Semoga keputusan anak-anak adalah yang paling baik untuk arwah.
Semoga arwah tenang di sana.
Jenazah siap di uruskan di hospital.
Jam 12.30 tgh jenazah tiba di perkarangan rumah.
Hanya kurang 1 jam arwah singgah sebelum di solatkan di masjid selepas zohor.
Aku dan keluarga buat keputusan untuk bersama keluarga arwah sehingga tahlil.
Jam 10.30 mlm kami bertolak pulang ke Nilai.
Sampai rumah sekitar jam 2.30 pagi.
InsyaAllah.. pagi ini aku perlu ke pejabat atas urusan duniawiku.

 http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/pasangan-warga-emas-melecur-1.658838
### Berita yang disiarkan di tv dan media kurang tepat.
Arwah tidak menjalankan perkhidmatan atau perniagaan tersebut.
Hanya kegunaan peribadi dan anak-anak.
Semoga arwah dan keluarga memaafkan kekhilafan penulis berita dan sesiapa yang menambah cerita di media sosial.

Al-Fatihah kepada Muhammad Fuad Ahmad. Anak bongsu arwah yang juga meninggal atas musibah kemalangan. (Rujuk Post 27 Julai 2010). Semoga syahid buat mereka. Amiin Ya Rabbal Alamin..
http://kzchemistry.blogspot.my/2010/07/al-fatihah-buat-arwah-fuad-26-julai.html





Tiada ulasan:

Catat Ulasan