Jumaat, 28 April 2017

ALHAMDULILLAH AINA DITERIMA KE MATRIKULASI

Alhamdulillah.. syukur aku dengan rezeki
Aina diterima ke program matrikulasi KPM
Semoga Aina istiqamah ke arah mendapat redha Allah
InsyaAllah.. Allah maha mengetahui
Allah maha pemberi akan segalanya
Allah maha melihat akan usaha hambanya
Allah maha mendengar permintaan hambanya
Semoga bantuan dari Allah akan selalu hadir
Disaat hamba ini memerlukan
Alhamdulillah.
Kini tanggungjawab untuk terus tekun dan berusaha
Demi kejayaan buat diri, keluarga, agama dan negara.
TAHNIAH AINA.

Rabu, 26 April 2017

REZEKI ADALAH KETENTUAN ALLAH

Keputusan melanjutkan pelajaran buat lepasan SPM 2016 bermula esok
Pengambilan ke program Matrikulasi KPM bermula 27 April jam 12.00 tgh
Seterusnya akan diikuti program lain
Semoga ada rezeki buat Aina menyambung pengajiannya
Semoga Allah membuka pintu rezeki buat Aina untuk mencapai cita-citanya
Aku hanya mampu mendoakan suatu kebaikan dari Allah SWT
Segalanya adalah ketentuan dariNya
Allah maha mengetahui akan segalanya
Ya Allah.. semoga suatu kebaikan darimu
Buat anakku dan anak-anak sahabat yang berusaha
Semoga menjadi asbab kepada Aina menjadi anak & muslimah berjaya
Amiinn..Ya Rabbal Alamin..

Sabtu, 15 April 2017

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT ATAS ROH 'PAK NDAK' (TN. HJ. AHMAD BIN ABU BAKAR - IPOH) - AL-FATIHAH

Dapat mesej 1.45tgh 12 April Abg Mat dan Kak Uji mendapat musibah.
Melecur teruk berpunca dari api gas memasak yang bocor.
Abg mat agak serius. Kak Uji juga terkena api gas yang mungkin banyak terkurung dalam rumah.
Di pejabat, aku buat keputusan untuk mohon cuti esok.
Bertolak ke Ipoh jam 9.30 mlm. Singgah di R&R Tapah sekejap.
Jumpa Abg Rosli Kak Keti bersama Abg Dan Kak Arah.
Terus menuju Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Masuk wad 3A dan 3B sekitar jam 12 mlm.
Keadaan Abg Mat serius. Aku hanya mampu mendoakan Allah berikan apa yang terbaik buatnya.
Allah lebih mengetahui akan segalanya.
Kembali ke kereta sekitar jam 1.30pg.
Hujan turun di perkarangan hospital.
Semoga menjadi petanda kebaikan buat kedua-duanya.
Aku hanya bermalam di dalam 'Exora Hotel'.
Sekitar jam 3.00 pagi, Aina kembali ke kereta.
Yus anak Abg Mat jemput bermalam di rumah.
Jam hampir 4pg. Aku buat keputusan berbaring di ruang tengah rumah. Berhampiran kerusi urut Abg Mat.
Terjaga jam hampir 7.30 pagi. Allahuakbar subuh gajah aku hari ini.
Hanya menunggu di rumah sambil membantu mengemaskan sekitar halaman.
Menemani Megat buat keputusan melihat lokasi liang.
Aku perlu bersama beliau membuat keputusan.
Semoga arwah memaafkan kami kerana tidak dapat menunaikan hajat setepat mungkin.
Tiada ruang untuk membuat lahat bersebelahan arwah isteri pertama arwah.
Kami telah berusaha.
Hanya 'qias' sahaja kami putuskan. Juga dengan nasihat kawan-kawan arwah yang juga ajk kariat.
Arwah dikebumikan 10 meter dari lokasi yang dihajati.
Semoga arwah tenang di sana.
Semoga lokasi yang kami putuskan terbaik buat arwah.
Dapat maklum Anak2 Abg Mat telah putuskan untuk bersetuju dengan nasihat pegawai perubatan.
Semoga keputusan anak-anak adalah yang paling baik untuk arwah.
Semoga arwah tenang di sana.
Jenazah siap di uruskan di hospital.
Jam 12.30 tgh jenazah tiba di perkarangan rumah.
Hanya kurang 1 jam arwah singgah sebelum di solatkan di masjid selepas zohor.
Aku dan keluarga buat keputusan untuk bersama keluarga arwah sehingga tahlil.
Jam 10.30 mlm kami bertolak pulang ke Nilai.
Sampai rumah sekitar jam 2.30 pagi.
InsyaAllah.. pagi ini aku perlu ke pejabat atas urusan duniawiku.

 http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/pasangan-warga-emas-melecur-1.658838
### Berita yang disiarkan di tv dan media kurang tepat.
Arwah tidak menjalankan perkhidmatan atau perniagaan tersebut.
Hanya kegunaan peribadi dan anak-anak.
Semoga arwah dan keluarga memaafkan kekhilafan penulis berita dan sesiapa yang menambah cerita di media sosial.

Al-Fatihah kepada Muhammad Fuad Ahmad. Anak bongsu arwah yang juga meninggal atas musibah kemalangan. (Rujuk Post 27 Julai 2010). Semoga syahid buat mereka. Amiin Ya Rabbal Alamin..
http://kzchemistry.blogspot.my/2010/07/al-fatihah-buat-arwah-fuad-26-julai.html





Sabtu, 8 April 2017

KEMENANGAN MENGUJI EMOSI, KEKALAHAN JUGA MENGUJI EMOSI

Melihat kepada persembahan Izzul
Menampakkan kesungguhan dan kekuatan padanya
Namun penilaian keseluruhan adalah kepada pasukan
Tiada rezeki menduduki 3 teratas

Harap Izzul bijak mengawal emosi
Harap Izzul tidak kecewa dengan keputusan
SHAMS hanya mendapat vokal individu terbaik
Secara peribadi kalau ada anugerah perkusi terbaik
InsyaAllah.. Izzul layak..

Harap Izzul fokus pada PT3
Biarlah berlalu apa jua emosi pada hari ini
Aku sendiri sangat faham emosi anak-anak
Biar Izzul matang dan menerima keadaan
Tahniah Izzul..

Tahniah juga Al-Imtiyaz yang menang tempat ke-2
Setelah kali terakhir bertanding pada 2014
Salsabila juga sempat menyambung pada 2015
Seterusnya tidak sertai pada 2016

Semoga kemenangan kali ini memberikan semangat
Terutama buat Ustazah dan Arip untuk terus berkarya
Teruskan legasi penyertaan Skebb
Buatlah sejarah seperti yang pernah berlaku pada  2013 dan 2014
Sejarah peringkat kebangsaan di Alor Setar dan Gambang.

Tahniah Izzul, Tahniah SHAMS, Tahniah SKeBB !!!




Khamis, 6 April 2017

DNA - DECISION AND ACTION

Tunggu dan lihat tidak dapat mengubah akan sesuatu
Sesuatu perubahan memerlukan 'DNA'
Allah telah menetapkan Qada & Qadar Nya
Namun usaha sebelum tawakkal amat dituntut oleh agama Islam

Allah menjadikan sesuatu masalah bersama penyelesaiannya
Hanya sebagai hambanya kita harus berusaha ke arah itu

Hayat kita di dunia setiap detik semakin berkurangan
Peluang kehidupan di dunia tidak akan dapat diulang
Sehingga nyawa kita dipulangkan kepada Allah Taala
Ambil peluang semaksima mencari keredhaan demi akhirat yang fana

Cabaran dan dugaan sentiasa wujud sepanjang mencari redha Allah
Hanya kekuatan minda dan fizikal harus dimanfaatkan

Diriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W., Baginda S.A.W. bersabda : "Ambillah peluang yang lima, sebelum (datang) yang lima;
  • Masa mudamu sebelum datang masa tuamu;
  • Sihatmu sebelum sakitmu;
  • Kayamu sebelum fakirmu;
  • Hidupmu sebelum matimu;
  • Masa lapangmu sebelum datang kesibukanmu."
(Diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi) - rujukan dan cnp dari laman web JAWI