Isnin, 13 Mac 2017

SEMINAR DAN BENGKEL DI PUTRAJAYA

Last minute urusetia maklumkan untuk hadir
Fasiliti dalam negara aku rasakan jauh lebih baik
Setiap sudut sangat menyenangkan
Sangat menenangkan dan santai

Aku berulang-alik selama berbengkel
Sekurang-kurangnya dapat ilmu baru di awal tahun
Agresif dengan idea ilmiah dan pengalaman
Junior dan senior saling memerlukan 

Hujung minggu aku bersama keluarga
Hiking dan beriadah di pagi sabtu
Singgah berikan sokongan moral kepada team bola SKeBB
Sebelum bawa baby ke kelasnya

Ahad sekadar melayan badan bersantai atas lantai
Sampai terlupa ada jemputan majlis kahwin di Shah Alam
Nak hadir last minute, agak sukar
Perlu hantar Izzul ke asrama pula

Hujung minggu nampaknya masih tidak dimanfaatkan sebaiknya
Aku masih seolah kurang fokus
Masih dalam dilema dengan situasi semasa
Semoga aku tidak terlalu hilang diulit minda negatif
InsyaAllah aku positif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan