Selasa, 21 Mac 2017

KIMIA HARI INI

Sememang diakui kepentingan kimia dalam kehidupan
Semoga menjadi inspirasi bagi aku memperkasakan
Bidang dimana aku bergraduasi

Jumaat, 17 Mac 2017

SYUKUR ATAS KEJAYAAN SPM AINA

Alhamdulillah..
Berapa bilangan A bukanlah penentu segalanya
Keseluruhannya Aina telah berusaha
Dan Allah telah makbulkan usahanya dengan keputusan yang baik

Alhamdulillah..
Keputusan yang cantik
Gred menyeluruh yang menunjukkan Aina telah mencuba dan berusaha
Aina bersunguh-sungguh mendapatkan straight A
Namun Allah lebih mengetahui akan segalanya

InsyaAllah..
Semoga mendapat merit yang baik untuk melanjutkan pengajiannya
Semoga cita-cita Aina mendapat berkat
Demi masa depan Aina sendiri
Disamping sentiasa istiqamah dalam ibadah dan sahsiah

Semoga keputusan SPM Aina menjadi asbab kejayaan yang lebih gemilang
Amiinn Ya Rabbal Alamin.. 

Khamis, 16 Mac 2017

RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR RABBI TAMMIM BI KHAIR

"YA ALLAH.. PERMUDAHKANLAH,
JANGAN DIPERSULIT
YA ALLAH.. SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN"

Amiinn..

Isnin, 13 Mac 2017

SEMINAR DAN BENGKEL DI PUTRAJAYA

Last minute urusetia maklumkan untuk hadir
Fasiliti dalam negara aku rasakan jauh lebih baik
Setiap sudut sangat menyenangkan
Sangat menenangkan dan santai

Aku berulang-alik selama berbengkel
Sekurang-kurangnya dapat ilmu baru di awal tahun
Agresif dengan idea ilmiah dan pengalaman
Junior dan senior saling memerlukan 

Hujung minggu aku bersama keluarga
Hiking dan beriadah di pagi sabtu
Singgah berikan sokongan moral kepada team bola SKeBB
Sebelum bawa baby ke kelasnya

Ahad sekadar melayan badan bersantai atas lantai
Sampai terlupa ada jemputan majlis kahwin di Shah Alam
Nak hadir last minute, agak sukar
Perlu hantar Izzul ke asrama pula

Hujung minggu nampaknya masih tidak dimanfaatkan sebaiknya
Aku masih seolah kurang fokus
Masih dalam dilema dengan situasi semasa
Semoga aku tidak terlalu hilang diulit minda negatif
InsyaAllah aku positif

Rabu, 1 Mac 2017

SEMOGA HIKMAH DATANG BERSAMA REDHAKU

Hati dan fikiran ini bercampur-baur
Kehadiran email jam 12.42 tgh 28 Feb. 2017
Sangat menyentap perasaan ini
Semoga Allah tetapkan imanku dan sifat positif ini
Amiin.. InsyaAllah...

Aku harus terus positif
Aku perlu melangkah lebih laju
Aku perlu bertindak lebih proaktif
Segala-galanya hikmah dari Allah SWT

Tidak perlu pertikaikan apa yang diputuskan
Aku tidak mahu menafikan hak yang lain
Walaupun hak aku seolah dinafikan
Namun aku akan tetapkan iman ini

Aku akan terus mengharapkan kerehdaan Allah
Sesungguhnya Allah maha mengetahui
Allah menentukan qada dan qadarnya
Hanya aku perlu kekal istiqamah
InsyaAllah..

Semoga Allah permudahkan kehidupanku
Semoga Allah permudahkan kehidupan keluargaku
Semoga Allah murahkan rezeki kami
Semoga Allah murahkan rezeki mereka2 yang berbuat kebaikan

Amiin.. Ya Rabbal Alamin..