Jumaat, 25 November 2016

HARI TERAKHIR SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

Hari ini anak-anak mula bercuti sekolah
Baby ponteng..
Izzul akan aku ambil selepas solat Jumaat
Aina pula masih dalam mood exam

Kertas SPM masih berbaki 2 pada minggu hadapan
Semoga Aina tetap dilandasan dan kekal fokus
Aktiviti bercuti hanya akan bermula selepas Aina selesaikan examnya
InsyaAllah.. Semoga Allah melindungi dan mempermudahkan akan segala urusannya

Perancangan selepas dari hari ini antaranya
Memenuhi jemputan kenduri kahwin anak Abg Din di Hulu Langat
Anak rakan sekerja di Seremban
Kenduri kesyukuran Kak Su di Cheras
Seterusnya pulang menziarahi mak dan abah di kg

Semoga anak-anak akan lebih gembira semasa cuti panjang ini
Bagi aku.. persediaan untuk masuk sekolah sudah perlu difikirkan
Cuti hanya lebih sedikit sebulan
Persekolahan akan bermula seawal bulan Januari 2017

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami
InsyaAllah... Aminn... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan