8 Mac 2014 (hampir 2 tahun lalu)
Sebagai hamba Allah, kita redha. Allah maha mengetahui akan segalanya.
Namun, masih ada rakyat Malaysia yang masih berharapan untuk dapatlah kiranya menoktah misteri MH370.
Aku pernah ke Beijing dengan MH360 pada 14 Mei 2012.
Kronologi insiden kehilangan MH370:
* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang
dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30
pagi hari yang sama.
* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan
Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur
perairan Kota Baharu, Kelantan.
* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi
melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235,
empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM).
* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad
Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan
kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang
MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12),
Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2),
Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1)
dan Austria (1).
* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata
kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan
hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria,
menaiki pesawat MH370.
* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan
akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.
* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang
ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan
sebagai minyak bagi kapal kargo.
* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga
Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan
Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak
mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah
ke Eropah.
* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit
kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar
penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan
MH370 menaiki pesawat.
Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan
penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki
pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.
* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin
terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang
dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait
dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata
berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.
* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh
Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk
membantu pencarian.
* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.
* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.
Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di
satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari
sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau
koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian
selatan Lautan Hindi.
Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.
* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.
* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden
kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi
kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam
usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.
* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk
memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada
kaitan dengan pesawat yang hilang
Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua
objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500
kilometer barat daya Perth.
Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek
yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada
MH370.
* 21 Mac - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak
berkuasaAustralia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi
pada Khamis ada kaitan dengan MH370.
Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.
Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine
yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar
belakang penumpang berkenaan bersih.
* 22 Mac - transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan
pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang
diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.
Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.
Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang
objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari
barat daya Perth.
* 23 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang
dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi
menyelamat Australia.
Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak
Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu
berhubung MH370.
* 24 Mac - Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.
Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
* 25 Mac - Pengerusi MAS berkata syarikat penerbangan itu
mengisytiharkanpesawatnya bagi penerbangan MH370 bersama-sama 239
penumpang serta anak kapal 'hilang' berdasarkan bukti daripada Inmarsat
dan AAIB
Najib berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot memberi jaminan negara itu akan meneruskan usaha mencari MH370.
- Hishammuddin berkata kedudukan terakhir MH370 akan dikenal pasti
menerusi kaedah 'Kesan Doppler' oleh AAIB dan pencarian MH370 di koridor
utara ditamatkan
- Muka depan akhbar arus perdana Malaysia dicetak hitam putih sebagai
tanda media berkabung dengan berita tragedi yang menimpa pesawat malang
MAS itu.
* 26 Mac - Najib berkata Malaysia dan China akan terus menjalin kerjasama rapat dalam pencarian MH370.
- Hishammuddin berkata imej satelit mengesan 122 objek berpotensi
yangmungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, kira-kira 2,557
kilometer dari Perth, Australia.
* 27 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia sedia menghantar satu pasukan
ke Perth, Australia yang terdiri daripada DCA, MAS, TLDM dan TUDM.
- Satu satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan
Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.
* 28 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian bagi menjejaki
pesawat MH370 memfokus kepada mendapatkan serpihan yang dikesan di
selatan Lautan Hindi berikutan laporan beberapa negara.
- Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia T.S. Tirumurti berkata kerajaan
India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung cara ia
mengendali tragedi pesawat MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat
penting."
* 29 Mac - Hishammuddin berkata wujud keperluan untuk Malaysia
meningkatkan kekuatan aset ketenteraan bermula dengan sistem radar
hinggalah kepada keupayaan teknologi.
- Hishammuddin menasihati media, terutama media antarabangsa, agar
tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi berhubung
kehilangan MH370.
* 30 Mac - Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata
beberapa objek yang diperoleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 pada
Sabtu, dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 selepas
diperiksa.
- Anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan
menunjukkan bukti bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan
Hindi.
* 31 Mac - Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik
sebagaipegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu anggota keluarga
penumpang pesawat MH370 yang hilang.
- Hishammuddin mengeluarkan transkrip perbualan terakhir antara
pengawaltrafik udara dan kokpit pesawat MH370 pada jam 0119 (waktu
Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh
kosong".
- PM Australia menyokong pandangan Najib bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang terpencil.
* 1 April - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh
perbualanradiotelefon antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik
udara, tanpa petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal.
- MAS berkata ia dimaklumkan bahawa satu petisyen yang difail bagi
pihak seorang penumpang pesawat MH370 ditolak oleh sebuah mahkamah di
Amerika Syarikat.
* 2 April - Sebuah kapal selam kelas Trafalgar, HMS Tireless, tiba di
selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat MH370 di kawasan itu
masuk hari ke-26.
- Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang
"bersih"daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan
peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk
juruterbang dan pembantu juruterbang.
- Pihak berkuasa mengendalikan penyiasatan dan pencarian pesawat
MH370bertemu lebih 40 anggota keluarga penumpang di Hotel
Bangi-Putrajaya, di mana mereka ditempatkan, kebanyakannya warga China.
- Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerangkan nasib pesawat
Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata
Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.
* 3 April - Operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang masuk hari
ke-27, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer
persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat laut Perth, Australia.
- Operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines
(MAS) MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini akan dihentikan
mulai 8 April.
- Najib berkata teknologi dron bawah air diperlukan untuk fasa
seterusnyadalam operasi mencari dan mengesan di selatan Lautan Hindi
memandangkan hayat pinger bateri kotak hitam akan kehabisan dalam tempoh
empat hari.
- Malaysia dan Australia berikrar akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 tanpa garis masa.
- Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) menyatakan tiada sebarang objek dikesan di kawasan pencarian hari ini.
* 4 April - Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan
Madmeminta media tempatan agar proaktif menangkis semua laporan negatif
dan tidak tepat oleh media asing berhubung kehilangan pesawat Mh370
sejak 8 Mac lepas.
- Australia hari ini berkata pihaknya sedang merangka satu perjanjian
komprehensif untuk berkhidmat sebagai 'wakil bertauliah' dalam
penyiasatan mengenai kehilangan pesawat MAS.
Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama
(JACC) di sini, berkata perjanjian itu akan membolehkan Australia
membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan
MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.
- Usaha menjejaki pesawat MH370 kini diperluas kepada pencarian di
dalam air bagi mengesan kotak hitam yang dipercayai hilang di selatan
Lautan Hindi itu.
* 5 April - Hishammuddin mengumumkan bahawa Malaysia akan melantik
seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas bagi mengetuai pasukan
penyiasatan merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi serta
kumpulan perubatan dan faktor manusia bagi menyiasat kehilangan MH370.
- Pasukan itu akan turut disertai negara bertauliah seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.
- Kerajaan juga mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu
Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penempatan
Aset dalam usaha memperkemas serta memperkukuh usaha berterusan
pencarian pesawat itu.
- Hishamuddin juga berkata penyiasatan ke atas anak kapal penerbangan MH370 masih berjalan dan tiada siapa telah dibersihkan.
- Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun
01, mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
* 6 April - Pencarian MH370 dipertingkat di selatan Lautan Hindi
membabitkan 112 pesawat dan 13 kapal meliputi kawasan seluas 134,000
batu persegi.
- Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal
Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari
isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01
- Pusat Penyelerasan Agensi Bersama (JACC) bagaimanapun belum dapat
mengesahkan sama ada isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01 dan Ocean
Shield adalah dari pesawat MAS penerbangan MH370. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan