Jumaat, 4 Julai 2014

HARI KE-6 DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah.. Tahun 1435H aku masih diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menikmati rahmatnya untuk menjalani ibadah puasa.

In sha Allah.. aku tekadkan niat untuk mendapatkan seberapa banyak manfaat di bulan mulia ini.
Aku sudah lali dengan masalah yang 'biasa' timbul dalam bulan ini..
Aku harus istiqamah dalam segalanya.. terutama hal berkaitan amalan dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Sedar atau tidak, hampir seminggu Ramadhan 1435H membuka tirai..
Anak bulan juga sudah hampir 1/4 sempurna..
Tuntutan puasa di samping mengelakkan perkara dilarang disiang hari, in sha Allah aku penuhi dan sewajibnya aku turuti.
Tuntutan sunat Tarawih disamping bersahur.. Alhamdulillah masih dapat aku buat..
Semoga istiqamahku berkekalan sehingga akhir hayatku..
Aku juga tak pasti dan aku tidak tahu adakah Ramadhan 1436H dapatku kecapi..
Semuanya atas ketentuan ilahi..

Masalah yang sedang aku hadapi di pejabat pada masa ini diharap dapatlah aku tanganinya dengan hati yang terbuka dan minda yang waras..
Adakalanya sesuatu musibah yang berlaku ke atas diri kita pada masa ini, tidak dilihat oleh orang lain sebagaimana kita melihat perkara tersebut yang pernah berlaku sebelum dari ini..
Aku Redha..
Aku ambil semua ini sebagai pengajaran dan mungkin suatu hikmah keatas ku..
Mungkin juga ujian Allah.. Mungkin balasan Allah juga atas kesilapan diriku..
Aku tak tahu.. Semua ini adalah sebabnya... semua ini telah tertulis..

Aku perlu perbaiki diri.. perbaiki fizikal, perbaiki mental dan perbaiki spiritual...

'Ya Allah.. Kau berikanku kekuatan fikiran.. Berilah aku kekuatan tubuh badan..
Aku insan yang lemah Ya Allah.. Peliharalah diriku, isteriku, anak-anakku, ibubapaku, saudara-maraku, semua umat islam didunia ini dari segala mala petaka dan kecelakaan..
Kau berikanlah kami kekuatan.. Jauhkanlah kami dari fitnah dunia ini Ya Allah..'
Semoga Ramadhan kali ini memberikan kami sesuatu yang baik darimu Ya Allah..
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum dari ini Ya Allah..
Semoga Ramadhan kali ini memberikan kami kerahmatan darimu Ya Allah..

Amin Ya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan