Perasaan yang bercampur menjelang Syawal
Pertamanya, niat untuk istiqamah dalam amalan sepanjang Ramadhan masih kurang tercapai..
Semuanya atas takdir yang maha esa.
Aku jatuh demam hampir 1 minggu bermula 19 Ramadhan lalu (17 Julai)..
Seluruh anggota badan panas, menggeletar, sakit-sakit..
Alhamdulillah bukanlah demam yang serius.. Keputusan ujian darah juga ok.
Walau bagaimanapun aku bertahan dalam berpuasa..
Ada masanya tubuhku sangat lemah dan dehidrasi.. Tapi itu semua adalah ujian Allah.
17 Julai juga merupakan hari yang mengejutkan Malaysia..
Sekali lagi pesawat MAS mendapat musibah..
Kali ini akibat dari tembakan peluru berpandu (laporan akhbar)..
Ya Allah.. sangat tragis..
Pesawat MH17 meletup dan terhempas di bumi Ukrane..
Pelbagai andaian yang melibatkan pelbagai pihak..
Semoga Allah beri petunjuk demi mencari keadilan..
Semoga roh mereka yang terkorban ditempatkan dikalangan orang beriman.. Amiinn..
Hari ini 24 Julai bersamaan 26 Ramadhan adalah hari akhir bekerja sebelum mula bercuti dan pulang ke kg halaman di Perak..
Menjenguk mak dan abah.. Sama-sama ber Hari Raya..
In sha Allah.. semoga kesihatan aku kembali pulih menjelang Aidilfitri yang bakal menjelang 3-4 hari lagi..
Semoga aku berjumpa lagi dengan Ramadhan 1436H. In sha Allah..
Catatan Peribadi di Sepanjang Perjalanan Kehidupan Yang Diwarnai Pengalaman dan Kisah Pahit Manis. Medium 'blog' sebagai pengganti diari. Pengemaskinian 'Blog' Dibuat Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat. Maklumat Yang Dipaparkan Adalah Milik Peribadi. Ia Tidak Bertujuan Menyentuh Individu Atau Kumpulan Yang Tiada Kaitan Dengan Owner Secara Langsung Atau Sebaliknya. Owner boleh dihubungi melalui kzdiscovery@gmail.com Terima kasih. ..KZChemistry...Discover the Chemistry in my life.
Khamis, 24 Julai 2014
Rabu, 9 Julai 2014
RABU, 9 JULAI 2014 BERSAMAAN 11 RAMADHAN 1435H
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT yang masih memberikan nikmat kehidupan buatku..
Pertamanya, 9 Julai 1972, genap 42 tahun aku pada hari ini.
Semoga hari-hariku pada hari ini dan seterusnya adalah lebih baik dari sebelumnya..
Sepertimana catatanku sebelum ini..
Aku perlu mencari semula kekuatan diriku..
Aku perlu mengekalkan segala kebaikan yang ada pada diriku..
Tak perlu menjadi seperti 'sang sesumpah' yang berubah mengikut keadaan..
Aku tahu siapa diriku.. Cuma aku masih belum berjaya mengekalkan kebaikan dalam diri ini..
Kekadang jadi juga 'sang sesumpah'.. Kelemahan itu sedang aku usahakan.. In sha Allah..
Keduanya, genap setahun juga ibu mertuaku kembali ke rahmatullah..
11 Ramadhan 1434H.. Awal pagi sabtu ketika aku berada di Pusat Servis keretaku..
Anak lelakiku mungkin dapat pengalaman sangat berguna buatnya..
Menyaksikan sendiri depan matanya.. Dan dia jugalah satu-satunya cucu yang sempat bersila disisi arwah sambil membacakan surah Yaasin disaat malaikat sakaratul maut datang menjemput neneknya.. Disaat isteriku menghadapi saat cemas memanggil ibunya yang sedang nazak.. di saat anak bongsuku terpinga-pinga sambil menangis melihat keadaan neneknya.. Disaat anak sulungku menghadiri kelas tambahan.., Disaat aku sendiri melihat keretaku terangkat untuk dibaiki masalah enjinnya..
In sha Allah semoga peristiwa itu menjadi asbab kebaikan buat isteri dan anak-anakku..
Semoga roh ibu mertuaku ditempatkan dikalangan orang beriman.. Aminn Ya Rabbal Alamin ...
Terima kasihku yang tidak terhingga buat tetanggaku yang amat membantuku..
Begitu juga peristiwa sepanjang 2013. Semoga mereka-mereka yang terdahulu meninggalkanku ditempatkan dikalangan oreng beriman..
Arwah kekandaku Shamsol Kamar, Mak Jang Tom, Mak Long Embun, Mak Lang Nah.. dah lain-lain insan yang telah kembali kerahmatullah.
Semoga mereka semua diampunkan atas segala dosa yang pernah dilakukan (jika ada).
Semoga mereka dipelihara Allah SWT.. In sha Allah..
Ya Allah.. Kau berikanlah kejayaan buat umat Islam di Gaza yang sedang berhadapan musuh Islam yang paling hina dimuka bumi ini Ya Allah.. Yahudi Laknatullah..
Kau berikanlah pertolongan mu yang maha besar itu Ya Allah..
Berikanlah kekuatan Fizikal dan Rohani buat umat Islam di Gaza..
Semoga Ramadhan yang mulia ini memberikan asbab kejayaan buat mereka Ya Allah..
Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin...

Jumaat, 4 Julai 2014
HARI KE-6 DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
Alhamdulillah.. Tahun 1435H aku masih diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menikmati rahmatnya untuk menjalani ibadah puasa.
In sha Allah.. aku tekadkan niat untuk mendapatkan seberapa banyak manfaat di bulan mulia ini.
Aku sudah lali dengan masalah yang 'biasa' timbul dalam bulan ini..
Aku harus istiqamah dalam segalanya.. terutama hal berkaitan amalan dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Sedar atau tidak, hampir seminggu Ramadhan 1435H membuka tirai..
Anak bulan juga sudah hampir 1/4 sempurna..
Tuntutan puasa di samping mengelakkan perkara dilarang disiang hari, in sha Allah aku penuhi dan sewajibnya aku turuti.
Tuntutan sunat Tarawih disamping bersahur.. Alhamdulillah masih dapat aku buat..
Semoga istiqamahku berkekalan sehingga akhir hayatku..
Aku juga tak pasti dan aku tidak tahu adakah Ramadhan 1436H dapatku kecapi..
Semuanya atas ketentuan ilahi..
Masalah yang sedang aku hadapi di pejabat pada masa ini diharap dapatlah aku tanganinya dengan hati yang terbuka dan minda yang waras..
Adakalanya sesuatu musibah yang berlaku ke atas diri kita pada masa ini, tidak dilihat oleh orang lain sebagaimana kita melihat perkara tersebut yang pernah berlaku sebelum dari ini..
Aku Redha..
Aku ambil semua ini sebagai pengajaran dan mungkin suatu hikmah keatas ku..
Mungkin juga ujian Allah.. Mungkin balasan Allah juga atas kesilapan diriku..
Aku tak tahu.. Semua ini adalah sebabnya... semua ini telah tertulis..
Aku perlu perbaiki diri.. perbaiki fizikal, perbaiki mental dan perbaiki spiritual...
'Ya Allah.. Kau berikanku kekuatan fikiran.. Berilah aku kekuatan tubuh badan..
Aku insan yang lemah Ya Allah.. Peliharalah diriku, isteriku, anak-anakku, ibubapaku, saudara-maraku, semua umat islam didunia ini dari segala mala petaka dan kecelakaan..
Kau berikanlah kami kekuatan.. Jauhkanlah kami dari fitnah dunia ini Ya Allah..'
Semoga Ramadhan kali ini memberikan kami sesuatu yang baik darimu Ya Allah..
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum dari ini Ya Allah..
Semoga Ramadhan kali ini memberikan kami kerahmatan darimu Ya Allah..
Amin Ya Allah..

Langgan:
Catatan (Atom)