Rabu, 20 Mac 2013

SEBULAN SUDAH ARWAH KEMBALI KE RAHMATULLAH - MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum.

Telah lebih 1 bulan arwah meninggalkan alam dunia
Kini menghadap yang Maha Esa
Semoga segala kebaikan mendahului keburukan
Sesungguhnya arwah tiada meninggalkan kesalahan pada diriku
Aku sentiasa menghormati arwah sebagai abang kandungku
Berbeza 2 tahun umurku dengan arwah
Sedari kanak-kanak kami selalu bersama
Walau pun perwatakan yang berbeza namun aku sentiasa menghormati arwah dalam apa sahaja keadaan
Selama hayat arwah atuk, arwah abangkulah menjadi teman setia
Arwah sememang dikenali serata kampung
Sentiasa menjadi ikon keluarga sewaktu kecilnya
Arwah tidak pernah mengenali erti putus asa
Semasa menunggu keputusan SPMnya (tahun 1987), arwah bekerja di Alor Setar dengan mencuci kereta di stesyen minyak dan aku juga menunggu keputusan SRP dengan menjadi attenden parking
Arwah selalu mendidik aku secara 'indirect'
Arwah tidak memaksa aku untuk melakukan apa yang beliau rasakan 'patut'
Hanya menggunakan kaedah psikologi
Arwah tidak pernah memikirkan soal malu untuk melakukan perkara yang baik
Arwah juga tidak pernah terasa hati denganku kerana beliau sudah faham sikap adik-beradik
Sikap adik-adiknya yang menghormati arwah sebagai abang yang sulung
Kini aku memikul tugas yang ditinggalkan arwah
Tugas yang memerlukan kematangan dan kebijaksanaan
Semoga keluargaku redha dengan pemergian arwah
Semoga Arwah Berada Dikalangan Mereka Yang Berjasa Kepada Keluarga
'Abang Sham..! Demi Allah, setiap perlakuanmu selama ini kami redha. Tiada sedetik perasaan tidak tidak puas hati kami atasmu.. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh Abang Sham. Amin. 

1 ulasan: