Jumaat, 29 Mac 2013

PERANCANGAN MAJLIS MUHAMMAD SUFFIAN


Rancang segera cuti menjelang majlis perkahwinan Muhammad Suffian.

31 Mei 2013 - Majlis Nikah
1 Jun 2013 - Majlis Pihak Perempuan
2 Jun 2013 - Majlis Pihak Lelaki (Pihak Kita..)

CERAMAH SEBELUM KHUTBAH - WASIAT, HIBAH, DLL

Topik di Masjid Raudhatul Jannah, yang relevan dengan situasi semasa
Perkara yang nampah mudah, tetapi sangat payah untuk diselesaikan
Pengalaman dan pembacaan, ikatan silaturrahim sesama umat islam terutama sesama saudara islam semakin rapuh akibat pengurusan harta yang mengikut emosi tanpa merujuk kepada panduan yang disyorkan oleh agama.
Semoga perkara ini tidak berlaku dalam keluargaku.
Semoga pengurusan yang berkaitan mendapat petunjuk dari Allah SWT.
Kehidupan di dunia hanya buat sementara.., akhirat jua tempat yang kekal buat selamanya..

AL-FATIHAH buat arwah kekanda.

Rabu, 20 Mac 2013

SEBULAN SUDAH ARWAH KEMBALI KE RAHMATULLAH - MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum.

Telah lebih 1 bulan arwah meninggalkan alam dunia
Kini menghadap yang Maha Esa
Semoga segala kebaikan mendahului keburukan
Sesungguhnya arwah tiada meninggalkan kesalahan pada diriku
Aku sentiasa menghormati arwah sebagai abang kandungku
Berbeza 2 tahun umurku dengan arwah
Sedari kanak-kanak kami selalu bersama
Walau pun perwatakan yang berbeza namun aku sentiasa menghormati arwah dalam apa sahaja keadaan
Selama hayat arwah atuk, arwah abangkulah menjadi teman setia
Arwah sememang dikenali serata kampung
Sentiasa menjadi ikon keluarga sewaktu kecilnya
Arwah tidak pernah mengenali erti putus asa
Semasa menunggu keputusan SPMnya (tahun 1987), arwah bekerja di Alor Setar dengan mencuci kereta di stesyen minyak dan aku juga menunggu keputusan SRP dengan menjadi attenden parking
Arwah selalu mendidik aku secara 'indirect'
Arwah tidak memaksa aku untuk melakukan apa yang beliau rasakan 'patut'
Hanya menggunakan kaedah psikologi
Arwah tidak pernah memikirkan soal malu untuk melakukan perkara yang baik
Arwah juga tidak pernah terasa hati denganku kerana beliau sudah faham sikap adik-beradik
Sikap adik-adiknya yang menghormati arwah sebagai abang yang sulung
Kini aku memikul tugas yang ditinggalkan arwah
Tugas yang memerlukan kematangan dan kebijaksanaan
Semoga keluargaku redha dengan pemergian arwah
Semoga Arwah Berada Dikalangan Mereka Yang Berjasa Kepada Keluarga
'Abang Sham..! Demi Allah, setiap perlakuanmu selama ini kami redha. Tiada sedetik perasaan tidak tidak puas hati kami atasmu.. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh Abang Sham. Amin.