Selasa, 31 Disember 2013

AKHIR 2013, SEMOGA PRESTASI TAHUN 2013 MENUNJUKKAN PENINGKATAN DIRI

Hari ini 31 Disember 2013. Hari akhir dalam tahun 2013.
Semoga prestasiku menjelangnya tahun 2014M telah menunjukkan peningkatan seperti di azamkan pada penghujung 2012 yang lepas.
Terlalu banyak peristiwa penting telah berlaku pada 2013 ini.
Kisah suka dan duka. Kisah yang menuntut kekuatan kepada pengawalan minda dan perbuatanku yang lebih matang.
Inshaa ALLAH. Tahun 2014 menjelang. Semoga aku lebih matang dan tenang.
Semoga aku menjadi diriku yang sebenar.
Tak perlu berubah mengikut situasi orang. Tak perlu mengikut cara orang yang tidak sepatutnya aku ikut.

Semoga 2014 lebih mematangkan diriku untuk dunia dan akhirat.

Isnin, 9 Disember 2013

MAKAN ANGIN SEPANJANG NOVEMBER-DISEMBER 2013

Assalamualaikum.

5 Nov. : Bersama jiran tetangga berkelah ke pantai PD. Aktiviti BBQ di kala air laut surut. Air mulai pasang di saat berkemas pulang.
17-21 Nov. : Membawa keluarga bersama bercuti sambil berkursus di Kuala Terengganu. Aku harap mereka gembira walaupun hujan 24 jam. Aktiviti anak-anak hanya PS dan tengok TV di bilik. Makan sotong goring tepung di Kuala Ibai, makan di restoren seafood dekat airport, perjalanan pulang singgah makan keropok, sata beberapa kali. Singgah di UiTM Dungun.
1-4 Dis. : Aku sertai Ex-STORM di Kuching. Angka 9 terpampang di hadapan lif. Ada makna tuu..
7-8 Dis. : Aku pulang ke BS untuk bersama keluarga ke majlis walimatul urus sepupu di Sg. Petani. Ada beberapa kisah di sana antaranya tayar kereta sangkut dan Muiz yang buat hal..

Semoga perjalanan sepanjang cuti sekolah kali ini memberi banyak idea untuk anak-anak aku menghadapi ujian tahun 2014 ini. Inshaa ALLAH.



Jumaat, 25 Oktober 2013

LAMA BENOR TAK UPDATE...!!!

Assalamualaikum.

Akibat persaingan hebat dari facebook, aku semakin malas untuk update blog ini..
Walaubagaimanapun, disinilah sumber inspirasi dan teman meluah perasaan sebelum ini..
Aku sentiasa akan update walaupun backdated..

Kesibukan yang amat sepanjang Sept dan Okt.
Raya korban kali ini aku tidak pulang ke BS.
Mengorbankan masa dan tenaga untuk bersama kariah PCH.
Beberapa malam sebelum raya korban menyibuk pula dengan penganjuran program ceramah Ust. Don bersama JK Surau AF yang lain.

Minggu lepas pula menyibuk dengan program nasyid Izzul.
Setelah mendapat johan peringkat daerah, bertemu pula di peringkat negeri di PD.
Banyak perkara untuk dikatakan dengan situasi penganjuran..
Tapi aku tak mahu jadikan pepatah 'Rumah siap pahat berbunyi..'
Tapi terus terang.. pahat perlu berbunyi..
Ketelusan dan sifat tanggungjawab penganjur memang TIADA disini..
Walaupun program keagamaan, namun ust pun masih ada perasaannya yang tersendiri..
Hanya Allah yang maha mengetahui..
InsyaAllah semoga menjadi iktibar.. Walaupun dipihak anak-anak agak perit menerimanya.

Hari ini perbentangan budget 2014. Semoga ada sesuatu yang mengembirakan buat aku, keluarga dan semua rakyat Malaysia.. InsyaAllah.

Khamis, 15 Ogos 2013

HARI PERTAMA KERJA SELEPAS CUTI RAYA

Hari ini 8 Syawal 1434H bersamaan khamis 15 Ogos 2013.
Mood raya masih kuat. Namun aku perlu segera setkan minda untuk kembali kepada tugasan kerja.
Jadual seminggu beraya:
1 Syawal : Beraya di BS. Ziarah kubur arwah tok (bersama abah dan Izzul).
Juga ziarah kubur arwah pak mertua di KK. Ziarah rumah tok mertua di KK.
2 Syawal : Beraya sekitar MG. Solat jumaat di MG jumpa Sam.
3 Syawal : Beraya di PSKT.
4 Syawal : Rombongan ke Alor Setar. Beraya rumah Pak Cik. Ikut rombongan meminang Amy di Pokok Sena. Pukul 3.45 terus ke Bt. Pinang dan rumah Kak Zaharah. Seterusnya ke Sg. Petani rumah Chaq. Jem teruk semasa balik BS. Sampai jam 11.45 mlm.
5 Syawal : Persediaan kenduri arwah.
6 Syawal : Balik KL lepas makan tgh rumah mak.
7 Syawal : Berehat di rumah di PCH.

Isnin, 5 Ogos 2013

BERALAH PADA MALAM 28 RAMADHAN

Hasrat ke pejabat untuk selesaikan sedikit perkara berkaitan masyarakat di PCH dan claim yang perlu di panjangkan ke Unit Kewangan.
Namun atas dasar diriku yang selalu beralah, perlulah aku korbankan cutiku pada hari ini..
Bagiku ianya satu sikap diriku yang kadang-kadang diambil kesempatan.
Namun aku rasakan memang terbuku dalam jiwaku..
Sukar memberikan alasan yang perlu direka..
Akan ke Port Klang malam ni..
InsyaAllah esok akan ku selesaikan perkara penting di rumah sebelum bertolak pulang ke kg untuk beraya bersama keluarga. 

Selasa, 30 Julai 2013

SEMOGA ROH MEREKA YANG TERDAHULU AMAN DISANA

Sayu dihati di hari ke 21 Ramadhan 1434H.
Redha dengan pemergian mereka yang tersayang terutama arwah kekanda Shamsol Kamar Shafie (13 Feb. 2013) dan ibu mertua Che Pah Ariffin (20 Julai 2013).
Juga mak saudara (mak njang 15 Feb. 2013), mak long (bulan 5),  mak lang Nah (bulan 5).
AL-FATIHAH.
Allah lebih mengetahui akan segalanya.
Semoga kami yang masih diberi peluang bernafas dimuka bumi Allah ini sentiasa menginsafi atas apa yang berlaku.
Tiada yang kekal disini.  Semoga Ramadhan 1434H yang berbaki seminggu akan memberikanku kebaikan dan keimanan yang berkekalan.
Semoga aku, isteri, anak-anak, mak, abah, saudara-saudaraku sentiasa terpelihara keimanannya kepadamu Ya Allah. Berikan kepada kami nikmat islammu Ya Allah.

Jumaat, 12 Julai 2013

PERISTIWA PENTING DALAM BEBERAPA HARI BULAN JULAI

Beberapa peristiwa penting pada tarikh yang penting.

9 Julai - hari lahir ku tiba sehari sebelum Ramadhan 1434H.  Semoga Allah merahmati diriku dengan kebaikan dalam meniti hari mendatang.
10 Julai - bersamaan 1 Ramadhan.  Alhamdulillah diberikan umur dan kesihatan untuk bertemu Ramadhan untuk tahun ini.  
Esok 13 Julai - Genap 5 bulan arwah abang Sham pergi menemui Allah. Semoga rohnya dicucuri Allah SWT. 

Semoga kebaikan dan rahmat Allah sentiasa berada dalam diri dan keluarga.

Selasa, 2 Julai 2013

PERISTIWA SEPANJANG JUN 2013

Atas sebab kesibukan yang masih tak dapat diuruskan dengan baik, banyak pengemaskinian tertunggak.
31 Mei - 5 Jun : Bercuti panjang bagi urusan perkahwinan Yan;
21-24 Jun : Karnival Nasyid KPM Kebangsaan di Alor Setar;
Melepaskan rindu kenangan di Kg. Titi gajah sampai masuk ke Danok dengan Pak Cik Mat.
Izzul sekadar tempat ke-4. Sudah membanggakan kerana pengalaman di peringkat itu.
Johan peringkat daerah dan negeri.  Pengalaman sangat berharga buat Izzul.
Minggu ini telah menampakkan tanda kerja yang bertimpa. 
InsyaAllah aku akan mencuba untuk menyerapnya.
Tarik nafas panjang dan berfikir...
Kerana bertindak tanpa berfikir adalah dibawah penguasaan syaitan.
Semoga Ramadhan menjelang bakal mendamaikan diri ini.

Jumaat, 10 Mei 2013

DEMAM PRU 13 (5 MEI 2013)

Macam-macam kesah sebelum, semasa dan sampai sekarang selepas PRU13 masih berbunyi.
Pelbagai andaian dan analisa yang dibuat oleh 'pakar'.
Tak ketinggalan rakan-rakan facebook.
Yang menyokong dan yang menentang sama banyak.
Aku tetap dengan pendirian.. Undi adalah rahsia.
Siapa yang menang sekalipun.. Tetap rakyat Malaysia.
Yang pentingnya pemimpin dan kerajaan yang dapat menjaga agama, bangsa dan negara.
Lumrah politik mana pihak sekalipun.. Kepentingan diri, anak-beranak, saudara-mara, sahabat-handai terdahulu berbanding yang lain.
Kalau tak banyak.. sikit..
Hak rakyat kenalah dijaga..
Apa pun aku sudah menunaikan tanggungjawab..
Semoga Agama, Bangsa dan Negara Dilindungi oleh Allah SWT.

Isnin, 8 April 2013

MUHASABAH DIRI

Al-Fatihah.

Mengejar dunia dituntut agama,
Mengingati mati adalah keutamaan kita.
Takdir yang berlaku kepada arwah A. Sham harus menjadi hikmah kepada aku (dan keluarga) yang masih mampu bernafas.
Perancangan serta penyimpanan dokumen dan rekod amat penting.

Muhasabah buatku:
Setiap perjalanan kewangan perlu aku dokumenkan.
Aku perlu mendahulukan perkara berkaitan penyelesaian kredit sebelum memikirkan untuk menambahnya.
Perjalanan debit dan kreditku perlu aku rekodkan.
Perancangan masa hadapan warisku perlu jelas.
Aku perlu sentiasa mengingati saat kematian.
Saat yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Semoga apa yang berlaku dan bakal berlaku memberikan bermanfaat buat yang masih ada.

InsyaAllah.

Jumaat, 29 Mac 2013

PERANCANGAN MAJLIS MUHAMMAD SUFFIAN


Rancang segera cuti menjelang majlis perkahwinan Muhammad Suffian.

31 Mei 2013 - Majlis Nikah
1 Jun 2013 - Majlis Pihak Perempuan
2 Jun 2013 - Majlis Pihak Lelaki (Pihak Kita..)

CERAMAH SEBELUM KHUTBAH - WASIAT, HIBAH, DLL

Topik di Masjid Raudhatul Jannah, yang relevan dengan situasi semasa
Perkara yang nampah mudah, tetapi sangat payah untuk diselesaikan
Pengalaman dan pembacaan, ikatan silaturrahim sesama umat islam terutama sesama saudara islam semakin rapuh akibat pengurusan harta yang mengikut emosi tanpa merujuk kepada panduan yang disyorkan oleh agama.
Semoga perkara ini tidak berlaku dalam keluargaku.
Semoga pengurusan yang berkaitan mendapat petunjuk dari Allah SWT.
Kehidupan di dunia hanya buat sementara.., akhirat jua tempat yang kekal buat selamanya..

AL-FATIHAH buat arwah kekanda.

Rabu, 20 Mac 2013

SEBULAN SUDAH ARWAH KEMBALI KE RAHMATULLAH - MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum.

Telah lebih 1 bulan arwah meninggalkan alam dunia
Kini menghadap yang Maha Esa
Semoga segala kebaikan mendahului keburukan
Sesungguhnya arwah tiada meninggalkan kesalahan pada diriku
Aku sentiasa menghormati arwah sebagai abang kandungku
Berbeza 2 tahun umurku dengan arwah
Sedari kanak-kanak kami selalu bersama
Walau pun perwatakan yang berbeza namun aku sentiasa menghormati arwah dalam apa sahaja keadaan
Selama hayat arwah atuk, arwah abangkulah menjadi teman setia
Arwah sememang dikenali serata kampung
Sentiasa menjadi ikon keluarga sewaktu kecilnya
Arwah tidak pernah mengenali erti putus asa
Semasa menunggu keputusan SPMnya (tahun 1987), arwah bekerja di Alor Setar dengan mencuci kereta di stesyen minyak dan aku juga menunggu keputusan SRP dengan menjadi attenden parking
Arwah selalu mendidik aku secara 'indirect'
Arwah tidak memaksa aku untuk melakukan apa yang beliau rasakan 'patut'
Hanya menggunakan kaedah psikologi
Arwah tidak pernah memikirkan soal malu untuk melakukan perkara yang baik
Arwah juga tidak pernah terasa hati denganku kerana beliau sudah faham sikap adik-beradik
Sikap adik-adiknya yang menghormati arwah sebagai abang yang sulung
Kini aku memikul tugas yang ditinggalkan arwah
Tugas yang memerlukan kematangan dan kebijaksanaan
Semoga keluargaku redha dengan pemergian arwah
Semoga Arwah Berada Dikalangan Mereka Yang Berjasa Kepada Keluarga
'Abang Sham..! Demi Allah, setiap perlakuanmu selama ini kami redha. Tiada sedetik perasaan tidak tidak puas hati kami atasmu.. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh Abang Sham. Amin. 

Rabu, 20 Februari 2013

KEMBALINYA KE RAHMATULLAH KEKANDA TERSAYANG - ALLAHYARHAM SHAMSOL KAMAR BIN SHAFIE

Hari ini genap seminggu pemergian arwah ke rahmatullah.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Semoga arwah dilepaskan dari siksa kubur. Allahuakbar.

Seminggu lalu disaat berada bersama rakan JK ISO (hari pertama bertugas selepas pulang dari Colombo), jam 11.00 pagi aku dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa arwah.
Maklumat dari isteri, arwah kemalangan di LPT Maran. Keadaan agak serius kerana perlu bantuan bomba. Aku tidak memikirkan sesuatu yang buruk dan berdoa supaya Abang Sham (arwah) selamat.
Selepas call Heri dan sahkan arwah kemalangan, terus bergegas ke Cheras untuk sama-sama ke Hospital Jengka.
Sebaik melewati Econsave Balakong, isteri call dan menyatakan Abang Sham (arwah) telah meninggal. Jantung terasa berhenti berdegup dan lutut terasa lemah.
Aku kuatkan semangat dan banyak beristiqfar.
Sampai di halaman rumah Kak Su, aku terasa sangat syahdu. Pintu pagar aku kuak dan terus menerpa ke pintu rumah yang terbuka.
Kelihatan beg pakaian yang Kak Su sediakan untuk ke Hospital.
'Abang Sham sudah tak ada Man..!!!'. Aku tidak dapat lagi membendung air mata.
Apa lagi melihat Cem dan Muhayat yang tidak mengerti apa sebenarnya.
Aku tenangkan Shah. Putra kelihatan tenang dan nampak agak terkejut. Putra dapat mengawal dirinya.
Sambil menunggu Heri, aku menghubungi Pak Cik, Abang Din, Aat.
Terus menuju ke Ampang, mengambil Abang Din dan terus menuju ke Hospital Jengka Pusat.
Tiba Hospital Jengka sekitar jam 3.00 petang.
Selesai menguruskan jenazah bersama Abang Din, Heri, Apat jam 4.55 petang.
Gerak dari Hospital pulang ke KL jam 5.35 petang.
Jalan agak jem. Sampai masjid Al-Ikwaniah jam 8.45 malam.
Agak sibuk untuk menguruskan keadaan. Menunggu mak dari kampung.
Jenazah menunggu mak di perkarangan tanah perkuburan.
Terus arwah dikebumikan sebaik mak mencium muka arwah.
Akibat silap jalan dari masjid, aku tiba sebaik sahaja tanah mula ditarik untuk menutup liang lahat.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mak aku dapat bertemu arwah buat kali terakhir. Walau pun hanya dalam keadaan jasad arwah telah terpisah dari rohnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. AL-FATIHAH.

Sabtu, 9 Februari 2013

JUMPA LAGI COLOMBO

Landing Bandaranayake Airport jam 12.30 am waktu Colombo.
Sebelum itu aku Depart dari KLIA jam 11.15 mlm (4 Feb 2013).
Perjalanan selama 3 1/2 jam.
Aku amat bersyukur sebagai rakyat Malaysia, selama seminggu berada di sini melihatkan situasi di sini.
Berada di ibu negara Sri Lanka sudah terasa perbezaannya, apatah lagi jika di luar dari Colombo.
Aku Update blog ini di airport.
Bertolak pulang jam 1.00 pagi. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Banyak pelajaran dan pengalaman berguna disini.
Di sini aku sebilik dengan saudara Qasem Ali di bilik 633. Ada sesuatu yang baik dari beliau.
Semoga Allah memberikan kesihatan berpanjangan buat sahabat semua..
InsyaAllah..




Rabu, 23 Januari 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H

12 Rabiulawal 1434H bersamaan 24 Januari 2013M adalah satu hari yang besar buat sekalian umat Islam.
12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M.
Semoga kita bersama-sama dalam apa sahaja majlis memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta diberikan keberkatan dunia dan akhirat.

Tahun ini aku tidak bersama dalam majlis di Putrajaya.
InsyaAllah akan bersama masyarakat Taman dalam Program Mini Mahabbah Rasulullah S.A.W.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

InsyaAllah. 

Khamis, 10 Januari 2013

SEMOGA TOK PAH KEMBALI SIHAT

Tahun 2013 bermula dengan perhatian yang lebih kepada Tok Pah.
Tok Pah adalah elemen yang memerlukan pengorbanan serta keinsafan.
Tok Pah dijadikan sebagai satu elemen yang menguji tahap kesetiaan dan kasih sayang anak-anaknya.
Memang sudah lumrah setiap manusia yang hanya cenderung kepada kesenangan dan amat sukar menerima kepayahan.

InsyaAllah. Aku akan cuba sedaya aku untuk membahagiakan orang yang terdahulu melahir dan bersusah payah menjaga isteriku. Bersusah payah membesarkan 10 anaknya dengan pelbagai kepayahan.  Susah senang, ditempoh bersama anak-anak.

Follow-up di NCI Hospital seterusnya ke KPJ Tawakkal
Jangkaan petang ini akan keluar.
Kini tugas kami menunggu.
Ya Allah. Berikan kami kekuatan.

InsyaAllah.

Khamis, 3 Januari 2013

HARI KE 3 DI TAHUN BARU 2013

Ku mohon dariNya supaya azam yang baik akan kekal dalam diri ini.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sudah.

Amin.