Sabtu, 31 Disember 2011

SEDETIK MENINGGALKAN 2011 - MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum.

Tinggal beberapa setik menjelang 2012, maka ku tinggalkan 2011 dengan bermuhasabah diri.
Betapa kerdilnya aku di bumi Allah ini.
Maha kaya pencipta.

Tahun 2011 meninggalkan kesan yang penuh dengan pahit dan manis.
Lumrah kehidupan dalam dunia yang semakin mencabar.
Aku tidak dapat lari dari konflik dalam kehidupan.
Dalam diri, keluarga, kerja dan masyarakat.

InsyaAllah akan ku usahakan mengapai cita-citaku.
Setakat menjelang usia abad ke-4, aku meninggalkan usia abad ke-3 dengan pencapaian yang baik dalam diriku.
Banyak perkara penting telah aku lakukan dan aku capai.
Semoga diriku menjadi semakin berkeyakinan dalam 2012.

InsyaAllah. 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik dalam kejayaan diri, keluarga, kerjaya dan masyarakat.

Wassalam.
Selamat tinggal 2011 Masehi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan