Sabtu, 31 Disember 2011

SEDETIK MENINGGALKAN 2011 - MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum.

Tinggal beberapa setik menjelang 2012, maka ku tinggalkan 2011 dengan bermuhasabah diri.
Betapa kerdilnya aku di bumi Allah ini.
Maha kaya pencipta.

Tahun 2011 meninggalkan kesan yang penuh dengan pahit dan manis.
Lumrah kehidupan dalam dunia yang semakin mencabar.
Aku tidak dapat lari dari konflik dalam kehidupan.
Dalam diri, keluarga, kerja dan masyarakat.

InsyaAllah akan ku usahakan mengapai cita-citaku.
Setakat menjelang usia abad ke-4, aku meninggalkan usia abad ke-3 dengan pencapaian yang baik dalam diriku.
Banyak perkara penting telah aku lakukan dan aku capai.
Semoga diriku menjadi semakin berkeyakinan dalam 2012.

InsyaAllah. 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik dalam kejayaan diri, keluarga, kerjaya dan masyarakat.

Wassalam.
Selamat tinggal 2011 Masehi.

Sabtu, 17 Disember 2011

SELAMAT TINGGAL DAEJEON (SATU PENGALAMAN)

Aku akan tinggalkan Nuri Hall jam 9.00 pagi ini.
Jangka tiba Malaysia jam 10.00 malam.
Esok ada tanggungjawab yang lebih berat akan aku lalui.
Pengalaman di Daejeon bagi aku adalah bekalan paling berharga dalam dekad ini.

Selamat Tinggal Daejeon, Korea.

Jumaat, 16 Disember 2011

SEHARI MENJELANG PULANG KE MALAYSIA

Satu badan dah kering.
Tubuh ku mungkin belum serasi dengan cuaca disini.
Tidak sabar untuk pulang ke Malaysia.
2 minggu disini sudah cukup bagiku menimba ilmu.
Perancangan asalku tersasar. Aku hanya miliki 2 minggu untuk selesaikan segalanya..
Ya Allah...
Permudahkanlah urusan hambamu..

Selasa, 13 Disember 2011

4 HARI SEBELUM PULANG KE MALAYSIA

Seminggu lebih dah berlalu di Daejeon, Korea ni..
Cuaca sejuk bawah 0 degree. Salji tak nampak gaya nak turun lebat.
Memang betul kata Mr. Noh, cuaca kat sini pun dah tak menentu..
Kalau dulu 4 season tapi sekarang dah nak jadi 3 season saja.
Walaupun suhu sejuk tapi salji tak mahu turun.
Cuma merasa salji sedikit pada sabtu lepas..
Pergi Seoul pun tak nampak salji..
Kulit muka aku dah semakin kering dan gatal.
Betul kata orang tua2.. hujan emas di negara orang.. hujan batu dinegara sendiri..
Tapi lebih baik lagi di negara sendiri..

Jumaat, 9 Disember 2011

UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR DARI DAEJEON

Selamat Hari Lahir buat Su.
Semoga diberikan kesihatan, panjang umur dan murah rezeki.

Daejeon, Korea.

Ahad, 4 Disember 2011

PERTAMA KALI JEJAK KAKI KE NEGARA ORANG

Mungkin ada yang tidak percaya
Pertama kali aku jejakkan kaki ke luar Malaysia adalah pada jam 6.30 pagi 4 Disember 2011 (waktu Korea Selatan).
Sekurang-kurangnya aku berpeluang sebelum umurku melangkah ke angka 40.
Cuaca 7 darjah Celcius dengan angin yang bertiup sangat terasa kesejukannya.
Tidak sia-sia aku beli sweater yang tebal.
Nampak seolah-olah ingin mendaki gunung.

Semoga aku tidak lupakan tanggungjawab
Perkara yang lebih berat yang sedang aku pikul bersama ke sini selama 2 minggu ini.
Membawa bersama nota dalam menghadapi exam bila pulang ke Malaysia nanti
InsyaAllah menjadi pemangkin kepadaku disini..

Khamis, 1 Disember 2011

2 HARI SEBELUM KE DAEJEON

Dalam kesibukan menjelang minggu akhir semester bagi tahun terakhir pengajianku (InsyaAllah), aku pula sibuk dihantar ke Daejeon.
Pertama kali bagiku melihat negara orang. Walaupun teruja namun beban tugasan dan pelajaran membuat aku agak kebingungan..
Ya Allah.. kuatkanlah semangat hambamu ini..
Semoga keberangkatanku kesana membawa kebaikan untuk diriku, keluarga, agama dan negara.