Kesibukan exam bukanlah alasan untuk tidak bermasyarakat. Aku mungkin paham diri aku dan apa yang sedang aku sibukkan, tapi masyarakat sekeliling tidak akan faham. Betul kata Z--rol, tanggungjawab student part time ni bukan hanya pada pelajaran, kerja, keluarga, tapi lebih dari itu termasuk masyarakat sekeliling. Kalau student full time mungkin 3/4, 2/4, 1/4 @ sepenuh pada pelajaran sahaja. (Mungkin masalahnya lain la pulak.. Spt kokurikulum, aktiviti kolej, dll.
Hari ini dari 9.00 pg sampai 12.00 tgh join game futsal. Walaupun status sbg pemain import tapi dapat medal warna emas.
Kemudiannya menghadiri majlis kenduri kahwin jiran.
Malam ini aku perlu target untuk habiskan nota wajib untuk dibaca.
Semoga kepenatan aku disaat2 akhir ini diberkati. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan