Khamis, 26 Mei 2011

Minggu Akhir Cuti Sebelum Short Sem

Balik dr KK agak penat.
Extra 2 beg jadikan aku tunggang-langgang di KLIA.
Kerapu Bara KK busuk bila digoreng.
Di pejabat, kerja yg banyak menanti. Aku berjaya selesaikan yg utama namun masih tertinggal beberapa perkara.
Hari ini ambil cuti untuk beri laluan org di rumah ke driving school.
Alhamdulillah Sem 2/2011 result aku DL.

Isnin, 23 Mei 2011

AL-FATIHAH BUAT 16 ARWAH RUMAH ANAK YATIM - HULU LANGAT

AL-FATIHAH buat 16 arwah Rumah Anak Yatim Hulu Langat yang lebih dikasihi Allah S.W.T.  Mereka semua terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku semasa latihan nasyid sedang dijalankan.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para syuhadah. 

Rabu, 11 Mei 2011

HP Ipoh mali, SIM from JB, Unknown Number settle di KK

Masalah lost update berjaya aku atasi di Greentown Mall, Ipoh, sama2 A Lan & M Noor. Aku jumpa SIM card line baru aku semasa di JB sama2 Ramli & akhirnya masalah 'Unknown Number' aku settlekan di KK sama Ang. Di KK masalah sakit gigi aku bawa dari KL. Semalaman tak tido berpunca dari geraham atas yang sakit. Aku percaya, sakit yang paling tak tertahan adalah sakit gigi..
Cukup sekadar ubat tahan sakit sementara balik ke KL. Hampir setiap hari ke Philipine Market.. Amplang yang aku ingat dari KL sebagai 'unplug' dah byk bungkus. Syed punya taste pun macam keropok udang biasa yg dapat di beli di Supermarket..
Target dapat bawa balik ikan basah @ udang KK.

Sabtu, 7 Mei 2011

Berkomuniti Dalam Kesibukan Exam

Kesibukan exam bukanlah alasan untuk tidak bermasyarakat. Aku mungkin paham diri aku dan apa yang sedang aku sibukkan, tapi masyarakat sekeliling tidak akan faham. Betul kata Z--rol, tanggungjawab student part time ni bukan hanya pada pelajaran, kerja, keluarga, tapi lebih dari itu termasuk masyarakat sekeliling. Kalau student full time mungkin 3/4, 2/4, 1/4 @ sepenuh pada pelajaran sahaja. (Mungkin masalahnya lain la pulak.. Spt kokurikulum, aktiviti kolej, dll.
Hari ini dari 9.00 pg sampai 12.00 tgh join game futsal. Walaupun status sbg pemain import tapi dapat medal warna emas.
Kemudiannya menghadiri majlis kenduri kahwin jiran.
Malam ini aku perlu target untuk habiskan nota wajib untuk dibaca.
Semoga kepenatan aku disaat2 akhir ini diberkati. InsyaAllah.

Ahad, 1 Mei 2011

Seminggu Break Menjelang Last Paper

InsyaAllah aku akan gunakan sepenuhnya masa yang ada. Pengalaman semasa 1st paper last week memang sangat terasa betapa masa sentiasa pantas berputar. 3 hari cuti, aku berehat bersama family sahaja. Next week yang pastinya bermula dengan audit ISO 9001:2008. Aku kena berhati-hati supaya minggu ini tidak menjadi ulangan minggu lepas.