Hanya setelah 30 tahun memori di SK Angkatan Tentera kembali.
Kalau dahulunya aku akan berada ditepi padang. Padang tanpa rumput dibawah pohon ru.
Aku dan rakan Mohd Zaki Buang akan sama-sama mencari semut hitam dan buah ru.
Nun jauh kelihatan bangunan yang aku sendiri tak pasti namanya.
Setiap khamis, aku akan teruja untuk kelas swimming.
Rasa sangat terror time tu sebab budak kampung.. pandai juga swimming kalau nak compare orang lain..
Tapi kini, SK Angkatan Tentera didepan mata aku tidak sama seperti dahulu lagi..
Dikelilingi pelbagai bangunan perniagaan dan hotel..
Swimming pool katanya dah tiada..
Kawasan sekolah nampak sangat kecil..
Bangunan yang dulu kelihatan jauh.. tapi kelihatan bersebelahan sekolah saja.. (Betul ke bangunan ini yang aku selalu nampak 30 tahun dulu..?)
Sebagai mengabadikan nostalgia ini, aku dapatkan sim kad hp baru dengan no 010-.......
Semoga nostalgia ini memberikan semangat yang aku cari.
http://www.skatjb.com/New/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan