Selasa, 29 Mac 2011

MENYINGKAP MEMORI 30 TAHUN (1980-2011) DI SK ANGKATAN TENTERA

Hanya setelah 30 tahun memori di SK Angkatan Tentera kembali.
Kalau dahulunya aku akan berada ditepi padang.  Padang tanpa rumput dibawah pohon ru.
Aku dan rakan Mohd Zaki Buang akan sama-sama mencari semut hitam dan buah ru.
Nun jauh kelihatan bangunan yang aku sendiri tak pasti namanya.
Setiap khamis, aku akan teruja untuk kelas swimming.
Rasa sangat terror time tu sebab budak kampung.. pandai juga swimming kalau nak compare orang lain..
Tapi kini, SK Angkatan Tentera didepan mata aku tidak sama seperti dahulu lagi..
Dikelilingi pelbagai bangunan perniagaan dan hotel..
Swimming pool katanya dah tiada..
Kawasan sekolah nampak sangat kecil..
Bangunan yang dulu kelihatan jauh.. tapi kelihatan bersebelahan sekolah saja.. (Betul ke bangunan ini yang aku selalu nampak 30 tahun dulu..?)
Sebagai mengabadikan nostalgia ini, aku dapatkan sim kad hp baru dengan no 010-.......
Semoga nostalgia ini memberikan semangat yang aku cari.

http://www.skatjb.com/New/

Sabtu, 26 Mac 2011

AKU BERCELARU

Mungkin akhir2 ini bebanan kerja semakin menjadi2 membuatkan kecelaruan dalam aktiviti seharianku. Situasi di Jepun pun sudah semakin reda. Namun isu lain semakin menghambat aku. Situasi politik di sini juga semakin hangat. Walau apa situasi sekalipun, aku perlu fokus. Tahun ini adalah tahun penting bagiku serta keluargaku. Aku perlukan sedikit lagi semangat untuk menghadapi situasi sekarang.

Rabu, 16 Mac 2011

KURSUS ERP & MALAPETAKA DI FUKUSHIMA

Seminggu berkursus ERP.
Contoh yang bersangkutan adalah di Jepun.
Simpati dengan nasib warga Jepun. Sememangnya rakyat Jepun telah sinonim dengan malapetaka seperti gempa dan tsunami. Mereka lebih mengetahui situasi sebenar.
Semoga kita disini tidak menambahkan parah yang dialami oleh rakyat Jepun dengan bermacam spekulasi.
Semoga Malaysia dilindungi Allah dan dijauhkan dari sebarang malapetaka.

Jumaat, 11 Mac 2011

CERAMAH MAULIDUR RASUL 11.03.11

Sungguh menakjubkan kajian berkaitan Al-Quran dan keajaibannya.
Sesungguhnya angka yang unik hanya diketahui oleh Pencipta.
Manusia di mukabumi sebagai khalifah yang dicipta bagi menjalani kehidupan sebagai mana yang direncanakan olehNya.
Akhirat jua yang kekal dan abadi untuk kita usahakan baginya segala kesejahteraannya. 

Isnin, 7 Mac 2011

KISAH TAYAR SAMPAILAH PENATNYA SEPANJANG MINGGU INI

Kadang-kadang kisah dongeng tokey tayar ada benarnya.
Kasi harga baik tapi kau curi lain pulak kat tayar aku.
Malas nak bising2.
Balik dari Ipoh beli benda baru. Harap aku keep on-line dengan kawan-kawan.
Penat siapkan assignment sampai pukul 4.00 pagi. Masuk kelas pun kepala pening & panas.

Selasa, 1 Mac 2011

PERASAN KE APA YANG AKU PERASAN ???

Memang aku tunggukan hari ini untuk ke T...o.
Pembukaan rasmi cawangan N...i agak meriah dengan manusia dari serata cerok.
Secara ikhlasnya.. memang hari ini memberi pulangan kepada yang mahukan potongan RM20.00 jika berbelanja RM 70.00, Tetapi jika yang walk-in semata-mata harapkan harga yang murah.. memang tidak memberikan pulangan.
Apa yang aku perasan, majoriti barang agak mahal.  Mungkin kerana ingin mengambil kesempatan dengan kunjungan pelanggan yang sangat ramai.
Strategi berniaga.. Kesempatan akan dikaut oleh peniaga jika pengguna tidak perasan..
Bagi aku.. cukup sekadar berbelanja lebih sikit dari RM 70.00 dan dapat potongan disamping vaucher yang aku simpan dahulu.