Aku tidak dapat menafikan kemerosotan prestasi aku kali ini.
Aku wajib muhasabah diri atas perkara ini.
Mungkin antara sedar atau tidak perkara ini berpunca dari diri sendiri.
Walau aku separuh sedar dari awal lagi tetapi ego untuk memperbaiki keadaan.
Mungkin aku terlalu ego kepada diri sendiri, tidak mahu menerima hakikat yang aku sepatutnya bertindak dari awal.
Apa boleh dibuat.., nasi sudah menjadi bubur & keputusan telah membuktikan segalanya.
Aku berdoa & berharap supaya keputusan 'paper' lain yang bakal keluar tidaklah seburuk yang aku sangkakan. InsyaAllah.
Aku alpa ..! Aku alpa..! Aku alpa..!
Sedar sekarang lebih baik dari terus tersungkur..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan