Khamis, 30 Disember 2010

MALAYSIA BOLEH !!!


Hebat - Pasukan Malaysia yang menjuarai AFF kali ini memang layak dikatakan hebat.
Semangat - Jiwa muda pasukan malaysia yang majoritinya antara 19-24 tahun mempunyai semangat luar biasa yang perlu dijadikan panduan bagi pasukan lain. 
1 Malaysia - Kemenangan yang dilihat memberikan semangat 1 Malaysia melalui sukan.
Kagum -  Melihat semangat kesukanan dan disiplin pemain yang nampak ketara kali ini antara Malaysia-Indonesia memang mengkagumkan.


    

Isnin, 27 Disember 2010

TAHNIAH MALAYSIA

Aku rasa bangga melihatkan permainan Malaysia malam tadi.
Kalau selalunya aku banyak mengeluh (walaupun tak pernah jemu melihat dan terus melihat Malaysia main) tapi kali ni berbeza sekali.
Tahniah coach & pemain & penyokong.
Jiwa muda, darah muda.

Jumaat, 24 Disember 2010

SEMINGGU MENJELANG 2011

Perkara penting perlu difikirkan menjelang 2011.


- Bagaimanakah untuk aku berjaya didunia dan akhirat.
- Majlis Perkahwinan adik perempuan tunggal aku.
- Bagaimanakah untuk aku boleh berjaya dalam Budget tahunan.
- Bagaimanakah untuk aku kembalikan semangat dalam pengajian sepanjang hayat aku dan seterusnya mencapai anugerah medal dalam Konvo, InsyaAllah.
- Bagaimanakah untuk aku upgrade sistem pengurusan diri, keluarga dan kerjaya aku.
- Bagaimanakah untuk aku berjaya dalam masyarakat.  

Khamis, 16 Disember 2010

10 MUHARAM 1432H

Executive Talk by YBg. En. Pahrol Mohamad Juoi.

Memang aku merasakan banyak kelemahan diri.
Seperti kupasan yang dibuat oleh penceramah;
" Perjalanan hidup ibarat memandu di lebuhraya. Anak isteri yang sentiasa mengikuti mesti sentiasa diberikan perhatian. Apabila berhenti sebentar di R&R, untuk ketandas sekalipun. Jika ada yang tertinggal, masalah juga untuk berpatah balik."  
" Ilmu ibarat air. Mengalir dari atas ke bawah.  Air yang bertakung boleh menjadi kotor & berkarat. Air yang mengalir akan sentiasa jernih.
" Belajar dari orang bodoh/jahat. "
" Jangan buat sesuatu yang kita tidak suka orang lain buat kepada kita"
" Jadilah profesional seperti Salehuddin Al-Ayubbi" 

Khamis, 9 Disember 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT SU (9 DISEMBER 2010)

Selamat Hari Jadi..
Selamat Panjang Umur..
Selamat Menjalani Kehidupan & Amalan Yang Lebih Berkualiti KepadaNya.
Semoga Hari2 Mendatang Lebih Diberkati OlehNya.  InsyaAllah.


Amin. 

Selasa, 7 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 1432H - MA'AL HIJRAH

Selamat Tahun Baru Hijrah.
Semalam pulang dari Skudai. 3 hari disana untuk lab Org.

Azam untuk kembali fokus.

Jumaat, 3 Disember 2010

PRESTASI MENJUNAM - FINAL EXAM

Aku tidak dapat menafikan kemerosotan prestasi aku kali ini.
Aku wajib muhasabah diri atas perkara ini.
Mungkin antara sedar atau tidak perkara ini berpunca dari diri sendiri.
Walau aku separuh sedar dari awal lagi tetapi ego untuk memperbaiki keadaan.
Mungkin aku terlalu ego kepada diri sendiri, tidak mahu menerima hakikat yang aku sepatutnya bertindak dari awal.
Apa boleh dibuat.., nasi sudah menjadi bubur & keputusan telah membuktikan segalanya.
Aku berdoa & berharap supaya keputusan 'paper' lain yang bakal keluar tidaklah seburuk yang aku sangkakan. InsyaAllah.
Aku alpa ..! Aku alpa..! Aku alpa..!  

Sedar sekarang lebih baik dari terus tersungkur..!!!