Selasa, 16 September 2025

SEMOGA KEHADIRANKU KALI INI MEMBERIKAN KEBAIKAN BUAT SEMUA

Perjalanan ke Korea kali ini
Bermula seawal 8 malam
13 September 2025
Hasrat untuk daftar masuk beg
Penerbangan yang dijadual jam 11.30 malam 
Tertangguh kerana penerbangan ditunda ke jam 7 pagi esok

Perancangan kita 
Tidaklah sebaik ketentuan Allah swt
Aku bermalam di Nilai Spring sampai jam 4 pagi
Dan kembali ke KLIA untuk penerbangan..
Alhamdulillah.. perjalanan yang dipelihara

Saat menunggu keluar kapal terbang
Perut aku terasa amat pedih
Kerana terlalu menahan
Aku tiada pilihan untuk terus masuk tandas kapal
Apa yang lebih penting adalah kesihatan..

Baby sedia menunggu di Incheon
Namun terkadang keputusan aku yang kurang tepat
Bakal menyebabkan sedikit kepayahan
Ya.. Dengan metro asal untuk ke Seoul Station
Namun terus ke Gangnam
Merisikokan situasi.. 
Namun tiada pilihan untuk tiket yang terhad

Perjalanan Gangnam ke Daejeon
Juga penuh dengan kepedihan
Kali ini perut aku pula terasa pedih
Akhirnya aku tiba ke stesyen Daejeon yang asing
Alhamdulillah..
Dengan teksi dan bayaran 11,000 W 
Aku berjaya daftar masuk hotel jam 10 mlm
Memadai masa yang berbaki untuk aku berehat

Saat menulis.. Aku telah masuk malam ketiga
InsyaAllah esok trip ke Busan
Semoga dipermudah apa jua keadaan
Amiinn..
  
(Bersedia untuk mendarat di Incheon)

(Berjauhan untuk seminggu)

(Seketika menjenguk baby)

(Bas dengan tiket akhir.. alhamdulillah..)

(Disini menimba ilmu dan pengalaman seminggu ini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan