Rabu, 9 Julai 2025

9 JULAI 2025 SEMOGA UMUR INI DIBERKATI

Sanah Helwah
Semoga Allah pelihara diri ini
Untuk aku terus berbakti
Buat diri, keluarga, agama..
masyarakat dan negara..



Selasa, 8 Julai 2025

KESIBUKAN MENJELANG ULANG TAHUN KELAHIRAN

Sepagi aku dengan Iman
Di HTJ untuk pemeriksaan rutin
Iman agak baik sepanjang di sana
Cuma semasa Q di farmasi
Iman mula rasa kurang senang
Mujur Iman kembali ok
Saat bergerak ke kereta

Sepetang pula
Aku sedaya upaya
Selesaikan masalah paip yang patah
Berulang alik ke hardware
Alhamdulillah.. selepas isyak berjaya diselesaikan

Saat ini aku berehat dibilik
Sambil bermuhasabah diri
Yang bakal melangkah setahun usia
Semoga Allah berkati umurku
Untuk aku gunakan bermasyarakat
Semoga Allah beriku kesihatan
Juga kekuatan fizikal dan rohani

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Rabu, 2 Julai 2025

BABY SELAMAT PULANG UNTUK SUMMER BREAK

Alhamdulillah..
Antara sedar dengan tidak
Baby telah setengah tahun di Seoul
Jam 2.00 petang 1 Julai 
Selamat tiba di KLIA2
Alhamdulillah..

Aku pula.. sibuk dalam sebulan ini
Hari ini juga aku bercuti
Menemani Izzul menghadiri temuduganya
Esok juga ada temuduga menanti
Semoga rezeki berada dipihak Izzul
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Sepanjang Jun sibuk dengan program
Lawatan Berpandu atas inisiatif Yona
Ke JB 25-26 Jun bersama team
Juga anak2 intern..
Pulang tak sampai sehari..
Terus ke Bt Ibam ziarah Yan
Hasrat untuk melihat persembahan Izzul
Di program TV Al Hijrah

Mandi manda di Pantai Tj Sepat Kuantan
Alhamdulillah..
Gembira anak2 semua
Pulang KL agak lewat
Izzul juga terpaksa singgah di rumah jiran
Walau muka berjelaga..
Namun aku gembira bersama Yan dan keluarga 


Khamis, 26 Jun 2025

SELAMAT TAHUN BARU 1447H

Semoga Allah anugerahkan
kesihatan buat ku
SEmoga tahun ini lebih diberkati

Selasa, 10 Jun 2025

8.6.2025 - TERCATAT SEJARAH BUAT ANAK-ANAK ABAH

ALHAMDULILLAH..
Kesyukuran buat abah..
Kami anak-anak hari ini duduk bersama..
Semoga abah mendapat rahmat
Anak abah kini telah bersatu

Razali Shafie telah kami temui
Usaha kerasnya selama ini
Semoga abah tenang di sana
Kisah lama biarlah berlalu
Kami akan mulakan kisah baru

Asam garam dalam keluarga besar
Pelbagai kata dan pandangan
Namun aku perlu kekal tenang
Aku perlu kekal rasional
InshaAllah.. kita cuba usahakan

Semoga Allah cucuri rahmat 
Atas roh abah, mak, abang sham disana  

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..





Sabtu, 31 Mei 2025

TUGASAN RUTIN LUAR PEJABAT DAN KEHIDUPAN PERIBADIKU

14 Mei aku ke UM
Sekadar mewakili bidang
Ke program perbincangan
Namun tiada banyak 
Untuk aku bicarakan
Kerana kesesuaian bidang ini
Agak kurang sambutannya di sini

19-21 Mei aku ke CH Janda Baik
Bersama rakan2 sepejabat
Menikmati suasana sekitar Janda Baik
Sambil berganding bahu 
Dalam program 'Team Building'
Alhamdulillah..
Fasilitator yang agak baik 
Izzul turut sama di sana

27-30 Mei aku ke IH Melaka
Juga ditemani Izzul
Dalam program anjuran kementerian
Bersama 3 sahabat se jabatan
Dan 16 sahabat dari lain jabatan
Alhamdulillah..
Pulang ke rumah dengan sedikit lelah

(Singgah di perjalanan)

(Hari pertama tiba di sini)

(lobi IH Melaka)

(Sempat singgah tempat jatuh)

(menghayati suasana 21 tahun yang lalu)

(Banyak perubahan di sini)


Isnin, 12 Mei 2025

HUJUNG MINGGU YANG PENUH PENGISIAN SILATURRAHIM

Jumaat petang, seusai tugasan 
Aku terus bertolak pulang
Malam ini aku ada tugasan penting
Jam 9.00 malam aku dan keluarga
Menyusuri lebuhraya lekas terus ke Rawang

Namun peristiwa terlepas simpang
Aku terpaksa menambah 20 minit
Alhamdulillah.. jam 10.30 malam
Aku tiba di rumah adik Su
Tidur disini aku malam ini

Jam 9.00 pagi bertolak ke Bt Beruntung
Bersama abg Li kami berkonvoi 
Singgah Tapah untuk makan tengahari
Tiba di Hospital Ipoh jam 2.15 ptg
Melawat kak Uji.. eratkan silaturrahim..
Semoga Allah permudahkan urusannya..
Asbab terjatuh dan patah tulang

Ptg ni dalam kereta di Parkir Hospital
Aku pertama kalinya berbicara dengan Razali
Alhamdulillah..
Semoga silaturrahim ini asbab kebaikan abah disana..
Anak-anak harus teruskan kehidupan
Kisah lalu jadikan asbab kebaikan

Ya Allah.. Ampuni segala kesalahan kami..
Selama abah masih ada..
Kami tidak mahu campuri kisah silam beliau
Namun demi silaturrahim.. kami harus move on..
Semoga ganjaran kebaikan buah roh abah disana..

Hujan lebat seusai solat 
Jam 4 ptg.. kami buat keputusan 
Bertukar haluan..
Pulang ke BS.. terus ke PB
Tumpang lelap mata di rumah Siti malam ini

Seawal jam 7 pagi
Hantar Syazana ke sekolah
Terus kami bersarapan di kedai berhampiran
Jam 10.30 pagi keluar ke BS
Pulang ke rumah Siti untuk zohor
dan makan tengahari

Jam 3.00 petang ziarah baby Amalina
Semoga Allah berikan kesihatan berpanjangan
Semoga baby sihat2 dan solehah..
Jam 5.00 ptg kami singgah kedai Khalil
Selesai disini kami ke Sg Bgak
Jumpa kawan2 Su eratkan silaturrahim..

Tepat maghrib.. kami bergerak pulang
Singgah R&R Bt Gtg solat
Terus bergerak pulang 
Sampai di rumah tepat jam 12.00 mlm
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt
Atas perlindungan sepanjang perjalanan..

Hari ini cuti umum..
Aku hanya banyak berehat
Tanpa melakukan kerja diluar..
Semoga Allah kekalkan momentum ku
Bagi tugasan kerja esok pagi..
InshaAllah..


(Alhamdulillah.. Parkir berdekatan pintu utama HTB Ipoh)

Rabu, 7 Mei 2025

KEMBALI KE BINTULU SELEPAS 6 TAHUN

Jam 10.30 pagi, 4 Mei 2025
Aku jejakkan kembali
Kakiku ke bumi Bintulu
Tempat dimana kenanganku disini
Akan terus terpahat dalam sanubariku

Kali ini aku kesini atas tugasan rasmi
Walau hanya seketika
Namun cukup mengubat kenangan
Hanya 2H1M aku disini
Menginap di Green & Suites Bintulu

Perubahan ketara dengan jambatan Jepak
Yang lainnya aku tidak sempat untuk explore
Namun aku rasa cukup sekadar meninggalkan memori
Yang meninggalkan 1001 cerita suka duka
Dalam sejarah tahun 2018 aku disini

(Langit berawan sepanjang KUL ke BTU)


(8.20 Depart.. Bismillahi Tawakkaltu Alallah la Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Adzim)


(10.30 Arrive.. Alhamdulillah..)


(atas jambatan Jepak)


(Singgah mencari kek lapis)

Khamis, 1 Mei 2025

1MEI 2025 CUTI HARI PEKERJA

Semalam hari terakhir En Im bekerja
Hari ini beliau sudah bergelar pesara
Semoga Allah beriku kesihatan
Dalam aku meniti hari persaraanku

Semoga Allah rezekikanku
Untuk aku sepenuh masa bersama Iman
Anak syurgaku
Yang akan menjangkau 17 tahun 
Pada saat persaraanku

Semoga diberikan kesihatan buatku
Juga kelapangan fikiran
Untukku mengharungi kehidupan
Seterusnya merancang ke arah persaraan
InshaAllah.. 
Semoga Allah merahmatiku

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..




(Kredit: Kepada owner)

Khamis, 10 April 2025

PANTAS MASA BERLALU..KINI 12 SYAWAL

Masa pantas berlalu..
Kini telah memasuki 12 Syawal..
Cabaran bagiku untuk kekalkan
Momentum bagi puasa 6 Syawal
InshaAllah..
Semoga Allah permudahkan urusanku

Kisah raya ku tahun ini..
Agak kurang bersemangat
Raya pertama masih di lembah klang
Solat Eidul Fitri disini..

Bergerak ke BB menjelang tengahari
Beraya dirumah abg Rosli
Petang ini hujan agak lebat
Aku juga bermalam disini malam raya 1

Mula pulang ke perak jam 10.00 pagi
Melewati lebuhraya.. keadaan agak tidak lancar
Mungkin ramai juga sepertiku
Hingga aku tiba rumah khalil hampir jam 4ptg

Selesai.. terus menuju rumah aat
Bersama adik2 hingga lewat petang
Malam ini aku sekeluarga di rumah Sg D
Mimi masih di Pahang

Raya ke 3 kami bergerak sekitar jam 12.00 tghari
Jalan ke utara sememangnya sesak
Singgah Kota Sarang Semut beraya
Seterusnya ke rumah pakcik Mat
Serta rumah paktam..
Semoga semua saudaraku sihat2 dan dipermudahkan 
Apa jua urusan mereka..

Raya ke 4 ke rumah ct..
Sedikit lewat kerana paginya aku di 111KMG
Melayan ketagihan untuk mengemas dan membakar sampah
Sampai rumah ct sudah hampir jam 4ptg

Aku pulang KL raya ke 6
Melalui WCE kami singgah rumah pakteh
Semoga semuanya sihat2 sahaja
Seterusnya aku melalui jalan lama
Masuk semula lebuhraya selepas lebuhraya Gutrie
Singgah makan malam dan sampai rumah jam 11.30 malam
Raya ke 7 singgah rumah kaksu
Aat juga ada disana..

Minggu ini belum ada perancangan
Semoga apa jua aktiviti 
Dipermudah dan diberikan keberkatan
Dengan niat mengeratkan silaturrahim..

Amiinn Ya Rabbal Alamiiinn..

Rabu, 26 Mac 2025

10 MALAM AKHIR RAMADHAN

Antara sedar dengan tidak
Ramadhan telah memasuki 10 malam akhir
Malam 1000 bulan
Malam 26 Ramadhan

Beberapa hari menjelang aidilfitri
Semoga Allah beriku kekuatan
Dalam usaha mencari redhaNya
Bagi mendapatkan Ramadhan terbaik

Diluar sana..
Pelbagai ragam manusia
Namun aku harus kekal fokus
Dalam mencapai sesuatu yang aku sasarkan
Diawal Ramadhan

Semoga Allah beriku kekuatan
Untuk terus kekalkan momentum
Dalam mencari pahala berganda
Untuk Ramadhan yang masih berbaki

Ya Allah.. terimalah amalan hambamu ini
Semoga Ramadhan kali ini 
Memberiku asbab untuk aku kekalkan istiqamah
Semoga berjumpa lagi Ramadhan akan datang

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Ahad, 9 Mac 2025

MINGGU KE-2 RAMADHAN

Terasa pantas masa berlalu
Ramadhan telah masuk minggu ke-2
Alhamdulillah..
Setakat ini tarawih kekal istiqamah
Namun aku masih rasakan kekurangan
Dalam beribadah..

Semoga minggu ke-2
Juga menjelang pertengahan Ramadhan
Aku lipat gandakan amalanku
Sebagaimana niatku diawal puasa 

Hari ini setengah hari aku dan isteri
Mencari sepesalinan baju raya
Tema berlainan dari tahun terdahulu
Apa yang penting..
Sekadar menzahirkan kesyukuran..
Bagi meraikan 1 Syawal kelak
InshaAllah..

Semalam..
Aku dan komuniti
Melaksanakan aktiviti
Memasak bubur lambuk
Alhamdulillah.. kali ini nampak agak santai
Asbab teknik yang betul oleh chef sebenar 

Ahad, 2 Mac 2025

1 RAMADHAN 1446 H BERSAMAAN 1 MAC 2025

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Alhamdulillah..
Selamat bertemu Ramadhan Al Mubarak
Allah rezekikan kita semua
Untuk bertemu bulan yang penuh berkat ini
Semoga Puasa ku.. dan keluargaku
Di Ramadhan kali ini 
Adalah terbaik dari Ramadhan tahun terdahulu

Walaupun ianya juga merupakan tahun ke 5 
Mak dan abah kembali ke rahmatullah
Kehadiran Ramadhan amat bermakna buatku
Dimana arwah mak telah bertemu Allah swt
Pada hari Ahad 20 Ramadhan 1442 H
Bersamaan 2 Mei 2021
Begitu juga arwah mak mertuaku
Kembali ke rahmatullah pada 10 Ramadhan
Bersamaan 20 Julai 2013

Semoga Allah beriku istiqamah
Dan kekuatan dalam menempuh
Bulan penuh keberkatan
Dan penuh mahfiroh
Semoga Ramadhan kali ini 
Allah kurniakanku lailatul qadar
InshaAllah..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn.. 



Ahad, 23 Februari 2025

SEMINGGU MENJELANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Pantas benar masa berlalu
Dengan kesibukan tugasan harian
Kini telah hampir dipenghujung Februari
Juga genap 1 minggu menjelang 1 Ramadhan

Kisah aku sepanjang Februari
Belum sempat untuk dicoretkan disini
Minggu kedua bersama Iman program PDKnya
Hujung minggu kedua ke WTC untuk program kerjaya SPA

Minggu ketiga bersama rakan sekerja
Selama 3H2M berkampung di PD
Dalam kursus AD bersama Pn S
Namun aku rasa penat..
Kerana membawa tugasan bersama
Akhirnya aku tidak merasa enjoy disana

Begitulah situasi aku pada masa ini
Amat sukar untuk kekal fokus
Sebaliknya badan dan minda akan cepat letih
Tugasan yang sepatutnya mudah
Akan menjadi suatu yang payah
Kerana aku gagal untuk kekal fokus

Setengah hari ini.. aku bersama kariah
Melakukan aktiviti keceriaan surau
Mudah2an Allah berikan asbab kebaikan
Buat semua.. 
Kesihatan yang terpelihara..
Serta dipermudah apa jua urusan

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..


(Nun jauh dihujung sana bilik aku)

(Buggy stop bersebebelahan bilik aku)

(Mentari merah diufuk barat)

(Suasana dari bilik ke tanah besar) 

Khamis, 30 Januari 2025

PERANCANGAN SAAT AKHIR KE CAMERON HIGHLAND

Cuti CNY 29 dan 30 Januari
Berjoging jam 8.30 pagi
Aku rasakan suhu agak sejuk 
Berbeza dari kebiasaan..

Singgah di BSP sarapan tosai
Tiba-tiba terdetik idea
Untuk bercuti ke CH
Walaupun hati berbelah bahagi

Bergerak ke CH jam 1.00 ptg
Cuaca baik sepanjang perjalanan
Hway sesekali sesak..
Namun masih mampu ditempuh

Mendaki dari Tapah jam 4 ptg
Singgah di RPP Tanah Rata
Sekitar jam 5.45 ptg
Mcm biasa tiada apa yang mampu
Hanya dengan kaedah mencuba..

Naik lagi ke Brincang
Disini orang agak sesak
Aku sendiri berpusing2 
Mencari lokasi sesuai

Kami ke Agro
Walaupun agak kurang berpuashati
Namun kami akur..
Itu sahaja yang terbaik pada ketika ini

Alhamdulillah selesai solat
Di surau kuarters JKR
Walaupun sedikit silap
Namun itu adalah keputusan terbaikku saat itu

Bermalam di Agro
Cuaca agak sejuk 
Jangkaanku antara 18 darjah C
Kami tidur sekadar yang berjaya diperoleh

Pagi tadi seawal jam 8.00 pagi
Kami sarapan di Tanah Rata
Walau aku rasakan tidak berbaloi
Namun resam peniaga.. ada peluang 

Seawal jam 11.00 tgh kami keluar
Selepas meronda sekitar ladang strawberry
Terus bergerak turun dari CH
Jalan kelihatan mulai sesak untuk naik

Alhamdulillah..
Sampai rumah Haiy jam 5.30 ptg
Sempat meraikan majlis mereka
Semoga beliau akan terus berjaya




       

Selasa, 21 Januari 2025

SANAH HELWAH IZZUL KE-23 SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH SWT

Sanah Helwah Izzul
Semoga diberikan kesihatan
Rohani dan Jasmani
Dipermudahkan apa jua urusan
Dan dipelihara dari apa juga kepayahan
Semoga berjaya dunia akhirat
Amiinn Ya Rabbal Alamiiin.. 

Ahad, 5 Januari 2025

SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN BABY DI SEOUL

....

PERTAMA KALI JEJAK KAKI KE NEGARA ORANG

Mungkin ada yang tidak percaya
Pertama kali aku jejakkan kaki ke luar Malaysia adalah pada jam 6.30 pagi 4 Disember 2011 (waktu Korea Selatan).
Sekurang-kurangnya aku berpeluang sebelum umurku melangkah ke angka 40.
Cuaca 7 darjah Celcius dengan angin yang bertiup sangat terasa kesejukannya.
Tidak sia-sia aku beli sweater yang tebal.
Nampak seolah-olah ingin mendaki gunung.

Semoga aku tidak lupakan tanggungjawab
Perkara yang lebih berat yang sedang aku pikul bersama ke sini selama 2 minggu ini.
Membawa bersama nota dalam menghadapi exam bila pulang ke Malaysia nanti
InsyaAllah menjadi pemangkin kepadaku disini..

............................................................
Alhamdulillah..
Catatan di atas bertarikh 4 Dis. 2011
Kisah aku kali pertama ke luar negara
Dan Incheon, Korea Selatan
Adalah airport luar negara
Yang julung kali aku jejaki..

Kini genap 14 tahun, 1 bulan dan 1 hari..
Baby jejakkan kakinya pula ke sana
Juga airport luar negara pertama baginya..
Bertandang ke Seoul demi segenggam Ijazah..

InshaAllah..
Semoga Allah pelihara Baby di sana
Semoga Baby tetapkan tekad dan niat yang baik
InshaAllah..
Semoga Allah permudahkan apa jua urusan
Sepanjang 4 tahun di sana..

(Baby post video situasi di Seoul)

Rabu, 1 Januari 2025

AHLAN WASAHLAN 2025 MASEHI DAN 1 REJAB 1446 HIJRAH

Hiking Bt M di pagi 1 Januari 2025
Terasa agak letih diawal pendakian
Namun.. berbekalkan keazaman
Aku berjaya..

Bersoarangan sepanjang naik dan turun
Hanya sesekali ditemani pendaki lain
Yang kebanyakannya datang berjemaah
Dan aku hanya menumpang untuk sesekali bersama mereka

Aku mulakan pendakian jam 8.00 pagi
Aku turun san sampai ke kereta jam 9.15 pagi
Alhamdulillah..
Tiada sebarang masalah besar sepanjang pendakian

Petang aku ke Cheras
Untuk bersama anak-anak arwah abangku
Juga peluang Baby bersama mereka
Sebelum penerbangan bagi menyambung pengajian

Semoga asbab doa semua
Baby dipelihara Allah..
Diberikan kesihatan dan kemudahan
Dan seterusnya menggapai impian..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

(Mentari 1 Januari 2025)

(Pemandangan dari salah satu puncak)