Rabu, 19 Julai 2023

SALAM 1 MUHARAM 1445 HIJRAH

Melangkah ke tahun baharu 1445H
Hati ini berbelah bahagi
Peluang selama 2 tahun 
Bagiku tidak sepenuhnya aku ambil

Aku yakin aku boleh menjadi lebih baik
Namun ketentuan Allah adalah segalanya..
Aku harus sedar akan kelemahan diri
Kekuatan mental belum tentu bersama kekuatan fizikal

Segalanya atas ketentuanNya
Kita hanya mampu merancang
Kita hanya mampu menginginkan
Namun Allah penentu segalanya

Walau apapun..
Aku bersyukur dengan pencapaian diri ini
Walau perjalanan penuh onak dan duri
Aku kekalkan tekad untuk menempuhnya

Bagiku.. kekuatan mental harus kekal kuat
Kerana 'JALAN INI AKU YANG MEMILIHNYA'
Tiada siapa memilih untukku..
Mengapa untuk aku terus mengeluh..

Oktober 2021..
Aku mulakan perjalanan berliku ini
Walaupun sesekali semangat seakan hilang
Tatkala sumber kekuatanku telah pergi meninggalkanku..

Abah pulang ke rahmatullah pada 15 November 2020
Mak juga turut bersama abah pada 2 Mei 2021
Aku jatuh ditimpa tangga..
Sumber inspirasi dan kekuatanku telah tiada

Perlahan lahan aku kuatkan semangat ini..
Redha dengan ketentuanNya..
Hanya doa ku panjatkan buat mereka yang terdahulu pergi
Semoga syurga tempatnya  


Selasa, 18 Julai 2023

ALHAMDULILLAH.. SEMOGA HIJRAH MEMBAWA ASBAB BAIK BUAT KELUARGAKU

Hari ini 29 Zulhijjah
Hari terakhir tahun 1444H
Menjelang tahun baharu Hijrah 1445H
Semoga asbab kebaikan buatku dan keluarga

Mudah-mudahan MPS ku dipermudahkan
Walaupun aku menyudahkan tugasan akhir
Dengan segala macam kesibukan
Namun.. sekadar itu kemampuanku..

Dengan segala macam kesibukan harian
Kerja.., keluarga..dan pelajaran
Hingga aku rasakan seolah
Aku tidak berpijak dibumi nyata

Mudah-mudahan langkahku kian kemas
Dengan status bersarjana..
Walau lewat namun aku gagahi jua
InshaAllah.. jika ada kekuatan untuk phd..

Anak-anak juga masih jauh perjalanan mereka
Baby juga direzekikan Allah
Dengan keputusan cemerlang SPM
Juga tawaran yang dihajati..
Mudah-mudahan pilihan Baby tepat..
InshaAllah..

Ya Allah..
Akhir tahun 1444H ini
Aku bersyukur dengan kurnia dan rahmatmu
Semoga aku dan keluarga semakin maju dan berjaya
Semoga kami terus dipelihara dan dipermudahkan urusan..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Ahad, 9 Julai 2023

ALLAH SELAMATKAN AKU... ALLAH SELAMATKAN AKU... ALLAH SELAMATKAN HAMBAMU INI... ALLAH SELAMATKAN AKU...

9 Julai 2023 bersamaan 20 Zulhijjah 1444
Bertambahlah angka usiaku..
Dikala ini aku masih bergelumang
Bagi menyiapkan tugasanku..

Ya Allah...
Aku memilih jalan ini..
Tiada alasan bagiku untuk bermalasan..
Tiada alasan bagiku untuk menyalahkan sesiapa..
Kerana aku yang memilih..

Aku memohon agar perjalanan ini dipermudahkan..
2 minggu yang amat memeritkan
Untuk aku menyelesaikan tugasan ini
MP2 ku.., PMA ku..
Malahan esok seharian kelas di KL
Semoga ianya satu yang bakal memberiku
Suatu perkara yang akan merubah kehidupanku..

Semoga pelajaranku kali ini
Akan memberiku satu semangat
Dalam menghadapi usia persaraanku..
Semoga aku kekal bersemangat dan fokus

Ya Allah.. kurniakanku kesihatan berpanjangan
Untuk aku memberikan manfaat titik peluhku
Buat keluarga, adik beradik, saudara mara
Masyarakat, rakan sekerja..

Sabtu pagi hingga petang tadi
Aku dan keluarga bersama Baby..
Untuk program penilaian YTD di UNIKL
Serta hadir ke majlis kahwin anak Pn Haslina..

Semoga asbab kebaikan buatku dan keluarga
Semoga kejayaaan buat Baby..
Semoga anak dan menantu Pn Haslina berbahagia
Dan kekal hingga akhir hayat..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..