Sabtu, 29 April 2023

8 SYAWAL 1444H - SEMOGA SILATURRAHIM MENJADI KEUTAMAAN

Salam Aidilfitri 1444H
Sasaran raya kali ini
Untuk menziarahi sanak-saudara
Mengeratkan silaturrahim

Seawal khamis aku pulang ke kampung
Perjalanan bermula jam 10.00 pagi
PLUS masih lancar walaupun banyak kenderaan
Hujan juga berselang-seli sepanjang perjalanan

Tiba NH sekitar hampir asar
Petang ini aku berbuka di rumah CT
Hanya kami sekeluarga pulang bermalam di NH
Pengumuman di TV raya pada sabtu

Pagi jumaat aku dan Fauzi ke pasar
Mencari barang basah untuk juadah raya
Petang singgah MG..
Jemput Apat berbuka bersama

Raya pertama ziarah sekitar KK
Dan Bandar Baru..
Malam singgah rumah Aat dan Mak Lang
Jatt juga ada.. beraya tengah malam

Raya kedua ke SP..
Bersama keluarga abg Mahmud
Majlis pertunangan Haiy
Selesai.. ikut jalan lama ke open house rumah CT
Bersama adik-adik di rumah CT
Sambil bermesyuarah

Raya ketiga aku ke Alor Setar
Ziarah Pak Cik, Pak Tam, Chaq
Sambil layan jem di highway
Niat segera pulang menerima tetamu

Raya keempat aku balik MG
Bersama Aat potong pokok kuini yang tumbang
Sama-sama Pak Cik Pie dan sedara dan adik-adik
Potong pokok nyoq 3 batang, pinang sebatang
Letih seharian..

Raya kelima..masa untuk pulang
Bergerak seawal 10.00 pagi
Jam 3.00 ptg singgah rumah Mak Su di Bercham, Ipoh
Semoga kedua2nya sihat2 sentiasa
Seusai asar.. teruskan perjalanan 
Alhamdulillah.. 10.30 malam sampai rumah.

Selasa, 11 April 2023

ANTARA SEDAR DAN TIDAK RAMADHAN MEMASUKI 10 MALAM TERAKHIR

Allahuakbar..
Malam ini memasuki 21 Ramadhan..
Permulaan malam yang menyamai
1000 bulan.. Allahuakbar..

Mudah2an Allah murahkan rezekiku
Untuk bertemu Lailatul Qadar..
Semoga aku kekalkan momentum
Dalam membuat pecutan malam2 terakhir ini..

Walaupun dibelenggu 
Kesibukan dunia..
Namun aku harus kekal fokus
Dan istiqamah dalam beribadah

Kelasku bakal bermula beberapa hari lagi..
Perancangan untuk projek akhirku harus mantap
Begitu juga tugasan wajib di pejabat
Semuanya harus seiring dan istiqamah

Ya Allah..
Beriku kekuatan tubuh badan..
Kekuatan fikiran
Dalam menghadapi semuanya..

Semoga usahaku diberkati..
Semoga dipermudahkan akan segalanya
Perkenankanlah permintaan hambamu..
Amiinn.. Yaarabbal Aalamiinn..