Selasa, 28 Mac 2023

2023 - 1996 GAJI PERTAMAKU BUAT MAK DAN ABAH

27 tahun lalu..
Kali pertama aku menerima gaji
Untuk kerjaya pertamaku
Selepas bergraduasi dari ITM

Seingat aku..
Arwah mak cadangkan
Untuk aku gunakan sebahagian
Untuk majlis pertunanganku

Kini..
Tiba giliranku
Untuk anak-anak mulakan kerjaya
Semoga rezeki Aina mendapat keberkatan
Dan terus berjaya dalam kerjaya
Dan kehidupan dunia dan akhirat

Ini juga bermakna
Umurku kini semakin menuju 
Ke penghujung usia muda
Untuk menjangkau ke usia persaraan

Semoga Allah beriku kesihatan dan keafiatan
Dalam menjalani kehidupan yang berbaki..
Semoga Ramadhan tahun ini terbaik buatku..
Mudah-mudahan direzekikan Lailatul Qadar..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Isnin, 20 Mac 2023

27 SYA'BAN.. BEBERAPA HARI MENJELANG RAMADHAN 1444H

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
2 malam menjelang Ramadhan
Semoga amalanku.. keluargaku 
Yang terbaik dari tahun terdahulu..

Semoga Ramadhan tahun ini
Kami imarahkan pengisian
Dengan amalan yang sebaiknya
Semoga Allah memberkati niat ini

Semoga Allah kurniakan
Ketenangan hati.., kemantapan fikiran..,
kekuatan tubuh badan..kecerahan hati..
kesempurnaan fikiran dan ketinggian budi..

SALAM RAMADHAN 1444H    

Jumaat, 10 Mac 2023

SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSANKU.. AMBIL UJIAN BERSAMA ANAK MUDA

Apa jua aku lakukan..
Demi pembelajaran sepanjang hayat..
Esok pagi aku akan menghadapi ujian
Yang sepatutnya aku selesaikan 10 tahun yang lalu...

Itu kelemahan diri yang ketara..
Tidak ambil serius untuk menyelesaikan sesuatu
Yang sepatutnya tidak perlu untuk aku laluinya
Sekarang ini...

Namun..
Bagiku ianya ketentuan dari Allah swt..
Segala perancangan kita..
KetentuanNya adalah yang terbaik..

InsyaAllah..
Semoga aku kekal fokus kali ini..
Faktor umur bukan halangan untukku
Dalam apa jua pencarian ilmu..
Dan demi meningkatkan kualiti diri ini..

Ya Allah.. Permudahkanlah urusanku..
Juga keluargaku.. adik-adikku..
Saudara maraku.., sahabat-sahabatku.., jiran-jiranku..
Semoga kejayaan buat yang berusaha..
InshaAllah..

Khamis, 2 Mac 2023

SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN ILMU DI SGS

Kertas peperiksaan SPM berbaki 
Semoga Baby kekal fokus
Dan istiqamah dalam perjuangan
Mudah-mudahan kejayaan mengiringi usaha
Doa dan Tawakkal kepada Allah SWT

SPM adalah permulaan
Dalam perjalanan karier
Dalam mendapatkan pengiktirafan
Sebagai pasport pengajian tinggi

Semoga Allah memberkati 
Usaha Baby selama 5 tahun di SGS
Semoga ilmu diredhai para guru
Semoga diganjari jasa semua
Guru-guru dan ibu bapa
Yang banyak berjasa buat anak-anak

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..