Antara sedar dan tidak
Lebih sebulan aku tidak menulis di sini
Kadang-kadang aku hanya terdaya melihat
Masa berlalu pergi...
Tanpa usaha dan upaya
Untuk aku mengejarnya
Begitu juga dengan motivasi diri
Kian menurun sejak akhir ini
Terkadang aku berusaha untuk tekad bangkit
Menyusun langkah yang lebih gagah
Namun lebih kerap langkahku menjadi perlahan
Dan ada kalanya memerhatikan sahaja
Sesuatu perkara berlalu hari ke hari..
Aku harus segera bangkit dari lamunan
Umurku ini harus dimanfaatkan
Aku perlu maju kedepan
Aku harus segera sedar
Bahawa aku banyak membiarkan masa berlalu
Sebaliknya..
Aku harus segera ingat akan Pepatah Arab
Yang menyebut bahawa ‘Waktu ibarat pedang
Jika kita tidak memotongnya,
Ia akan memotong kita’
Maka, aku harus menyedari hakikat
Agar menjadikan setiap saat yang dilalui
Lebih baik daripada sebelumnya.
Nabi Muhammad SAW juga berpesan
Supaya kita merebut lima perkara
Sebelum datang lima perkara yang lain iaitu
- Hidup sebelum mati.
- Sihat sebelum sakit.
- Lapang sebelum sibuk.
- Muda sebelum tua.
- Senang sebelum miskin.