Rabu, 27 April 2022

MALAM 27 RAMADHAN... YA ALLAH YA TUHANKU BERILAH PAHALA BUATKU HASIL TELAAHANKU

Ramadhan bakal meninggalkan ku
Dalam beberapa hari lagi
Namun.. Aku tidak berjaya manfaatkannya
Aku banyak melayan malasku
Apatah lagi terkadang badan yang tidak sekuat dulu
Untuk aku rapat mengikuti program Ramadhan

Ya Allah.. Beriku sesuatu yang baik
Hasil usaha atas pelajaran ini
Beriku pahala ramadhan
Atas usaha fisabilillahku
Hanya itu mampu untukku tahun ini
Moga akan ku perbaikinya

Ya Allah..berkatilah Ramadhan ini
Untuk aku menikmatinya lagi
Pada tahun-tahun mendatang
Dengan usaha yang lebih baik

Ya Allah.. Rahmatilah kehidupanku
Isteri dan anak-anakku..
Adik beradikku.. 
Saudara maraku..
Pensyarah, Guru dan semua kaum muslimin dan muslimat

Semoga Ramadhan kami lebih baik
Dalam apa jua kebaikan yang kami lakukan
Ampunilah kekhilafan diri ini
Hanya Kau maha mengetahui kelemahan ini
Semoga diberikan kesihatan buat semua

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Jumaat, 15 April 2022

ANTARA SEDAR ANTARA TIDAK MENJELANG PERTENGAHAN RAMADHAN

Seusai tarawih malam ke 14 Ramadhan
Maka semakin hampirnya Syawal
Pemergian arwah mak hampir setahun sudah
Namun kesunyian masih membelenggu diri ini

Aku harus terus kehadapan
Redha akan pemergian mak dan abah
Tanggungjawab yang ditinggalkan
Jauh lebih penting untuk aku galas

Doaku semoga Ramadhan ini
Allah beriku kembali akan kekuatan
Sudah setahun aku begini
Mengenang kepiluan dan kesedihan

Ya Allah..
Beriku segala kekuatan
Rohani dan jasmani
Untuk ku melangkah menjauhi kedukaan
Melangkah demi kejayaan
Melangkah demi masa depan
Semoga Allah kurniakan kebaikanku
Buat kedua orang tuaku

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Mudah-mudahan urusan kami sekeluarga
Juga sanak saudara sentiasa dipelihara Allah
Semoga dipermudahkan segala urusan
Aina, Izzul, Baby dan Iman
Semoga masing-masing beroleh kemudahan

Kisah Izzul dengan perjalanannya ke kampus
4,5,6 April Izzul menumpang rumah Apat
4 hb selepas selesai menghantar Baby
Aku terus ke Shah Alam
Hantar Izzul ke FS
Aku meronda sekitar menara
Dalam suasana hujan lebat melanda
Melampias nostalgia di sini
Hampir 30 tahun yang berlalu

Semoga Izzul berjaya di sini

Ntah macamana aku terjah ke rumah Kak Mah
Ya Allah.. kenapa aku begitu
Kesian Kak Mah.. Terpaksa melayan kami bertandang
Dalam keadaan aku yang separuh bingung
Dalam merancang sesuatu buat Izzul
Terima Kasih Kak Mah, Abg Din dan keluarga
Semoga dimurahkan rezeki Kak Mah dan keluarga
Maafkan kami yang terkial2 petang ini

Malam ini aku menunggu Apat dalam kereta
Jam 1.30 pagi aku bergerak pulang
Semoga Izzul mendapat rentaknya
Terima Kasih Apat yang menjaga Izzul
Walau untuk seketika..
Namun sedikit perancangan perlu diusahakannya

Minggu kedua 11-13 April
Izzul meneroka perjalanan dengan komuter
Ahad 10 hb Su dan Aina rehearsal bersama Izzul
Alhamdulillah..
Izzul cepat suaikan diri..
Dengan ilham dari Allah untuk dibantu dengan navigasi
Yang semakin membantu di zaman ini

Semoga perjalanan keluargaku dilindungi Allah SWT
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

(Nostalgiaku selama 4 tahun di sini pada 30 tahun yang lalu) 

(Kisah pahit dan manis masih kuat diingatanku)

(Hujan lebat menyambut kehadiranku di sini)

Jumaat, 8 April 2022

NOSTALGIA RAMADHAN KEMBALI KE CITY CAMPUS

Hari ke-5 Ramadhan, 7 April 2022
Aku kembali menjejakkan kaki di City Campus
Kali terakhir di sini pada 2011
Begitulah pantasnya masa berlalu

10 tahun lalu kesibukan aku di sini
Sepanjang 4 tahun pengajian
Sabtu dan ahad memasuki perkarangan kampus
Melalui pintu berdekatan PSZ

Kini segalanya telah banyak berubah
Memasuki perkarangan Menara Razak
Hatiku berbunga kembali
Mengimbau kenangan lalu di sini

Walau hanya untuk seketika
Namun ianya memotivasikan diri ini
Walaupun sepanjang perjalanan kenderaan amat sesak
Hingga membawa aku memandu mengelilingi bandaraya KL

Semoga Ramadhan kali ini memberiku asbab
Untuk terus berjaya dalam menggapai cita-cita
Pembelajaran di sini bukan sekadar memperolehi sarjana duniawi semata
Namun asbab untuk aku mencari sarjana ukhrawi jua

Ya Allah.. Perkenankan cita-citaku..
Permudahkanlah urusanku..
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

(Kelihatan sayup PSZ.. masih seperti dulu..)

(Permandangan dari tingkat 14)

(Kampus baharu yang unik.. Namun masih lenggang..Kebanyakan masih virtual)

(Melayan KL yang semakin sesak)

(Laluan sama 10 tahun lalu..)

 

Jumaat, 1 April 2022

MENJELANG RAMADHAN AL MUBARAK 1443 H

1 April 2022

Menjelang 1 Ramadhan 1443H
Gembira bertemu lagi bulan mulia
Namun hati masih sayu dan sendu
Mengenangkan kedua-dua mak dan abah
Yang telah menghadap ilahi

Disaat orang lain semakin bersemangat
Memikirkan aktiviti perayaan
Walaupun Ramadhan menjenguk esok lusa
Hati ini masih hiba
Hampir setahun sudah berlalu
Namun detik nestapa masih kuat diingatan ini

Kuharapkan Ramadhan kali ini
Akan memberiku semangat dan kekuatan
Dalam aku melaksanakan amanah 
Yang ditinggalkan mak dan abah
Ya.. aku perlu 'move on'
Di depan masih banyak tanggungjawabku
Di belakangku biarlah menjadi pedoman
Aku perlu lupakan kedukaan ini

Semoga mak dan abah bersama para syuhada dan soleheen
Semoga mak, abah, abg sham, damia, tok, wan, semua sanak saudara
Berada dalam lindungan Allah..
Semoga semuanya aman di sana..

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN