Khamis, 24 Jun 2021

MALAM JUMAAT - 8 MINGGU YANG LEPAS AKU MASIH BERSAMA MAK

Aku kerap mendengar keluhan
Bahawa seseorang
Hanya akan dirasai kehilangannya
Apabila sudah tiada didepan kita
Aku sedar dan selalu sedar
Namun tidak pernah aku menjangka 
Secepat itu mak pergi..
Dan mak pergi tanpa pesan..

Genap 8 minggu lalu..
Aku masih bersama mak di kg
Pada waktu ini mak nampak sedikit ceria
Meminta cermin mata untuk dipakai
Mak kata dah lama tak pakai cermin mata
Mak juga kelihatan berbeza
Dari hari pertama aku pulang

Aku terdetik untuk mengambil gambar
Untuk dikongsikan dengan adik-adik
Mak yang nampak sihat dan ceria
Menjamah nasi, ikan goreng dan sayur bayam
Yang aku sediakan.. Mak nampak berselera..
Namun aku batalkan niat itu..
Untuk terus melihat mak yang ceria
Dan mak kembali berbaring di katil..

Mak kembali berbaring..
Mak tidur dengan selesa 
Tanpa bunyi nafas yang sesak 
Seperti sebelumnya..
Namun segalanya berubah
Sebaik mak terjaga..
Hingga aku memeluk mak
Untuk berbaring di strecher
Masuk ke ambulan dengan ditemani Khalil..

Selepas itu tiada lagi suara mak..
Sehingga pagi ahad.. mak pergi buat selamanya.
Ya Allah.. 
Peliharalah roh ibuku di sana..
Tempatkanlah ibuku bersama penghuni syurga..
Temukanlah ibu, ayah, abangku, saudara-saudaraku di syurga..

Mak.. Maafkanlah Man Mak..
Anak mu ini sangat menyayangimu..
Anak-anakmu berat berbicara
Namun jiwa bergelora..
Rindu tak terungkap dengan kata-kata
Sayang tak terzahir di mata..
Namun percayalah..
Anak-anakmu ini amat menyayangimu
Dari dulu hingga selamanya..

Ya Allah.. Berikan kekuatan untuk kami..
Semoga mak, abah, mertua, abang Sham, Damia..
Atuk, Wan,Nyang, dan semua saudara mara ku
Serta semua kaum muslimin dan muslimat..
Yang terdahulu meninggalkan kami..
Di tempat dikalangan penghuni syurga

Amiinn Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..