Assalamualaikum.
Saudara-mara, Sahabat-sahabat yang mengenali ayahanda SHAFIE BIN ABDUL FATTAH.
Dukacita abah saya telah meninggal dunia sebentar tadi di Wad C5 Hospital Taiping.
Mohon doakan dipermudahkan semuanya dan ditempatkan roh ayahanda dikalangan penghuni syurga.
Mohon kiranya dimaafkan akan segala salah silap dan halalkan makan minum arwah. Mohon juga untuk hubungi kami sekiranya mempunyai hal berbangkit. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua...
15 Nov. 2020, 11.36 malam...
Banyak peristiwa sepanjang aku tidak menulis di blog ini
Namun.. segalanya telah ditentukan Allah swt
Mak dan adik-adik banyak memainkan tanggungjawab sepanjang perubahan abah hinggalah kembalinya abah ke rahmatullah pada jam 10.18 malam, 15.11.2020.
25 April 2018 : Kali pertama adikku CT membuka grup WA 'A-M-A' khusus untuk kami adik beradik berbincang hal peribadi keluarga
20 Mei 2019 : Tahun pertama abah tidak mampu berpuasa
11 Jun 2019 : Aku luahkan rasa terkilan dengan situasi kami. Namun aku juga faham ada perkara lain yang mereka fikirkan..
Sikap abah sudah mulai berubah dan mahupun perhatian kami.
13 Jun 2019 : Adikku Yan kesan luka pada belakang abah. Andaian kami mungkin kesan dari suntikan di hospital 9 Jun baru-baru ini.
15 Jun 2019 : Laporan dari adikku Aat:
9.00 am, Hantar abah Hospital P. Buntar
915 am, Check gula/bp. Gula 18.5; Bp 135/68
1000 am, X ray. Tak significant, tiada patah, retak. tak perlu follow up
1030 am, Check keadaan belakang. Dr bgtau perlu operate utk buang kulit/isi mati yg boleh
menyebabkan jangkitan kuman ( kena hantar Taiping ).
Tapi risiko tinggi sebab perlu bius. Kalau organ tak support (jantung dsb) boleh menyebabkan
akibat yg lebih buruk.
Perlu juga tanya abah Dr bgtau keputusan adalah di tangan pesakit.
So ambik keputusan untuk warded dulu, cuci luka dan kawasan belakang abah tu.
11.00 am, Ambik darah untuk rekod bagi rawatan seterusnya.
12.00, Dr akan call untuk warded.
15.38, abah masuk wad katil 7.
16 Jun 2019 10.53 pg : Abah kena transfer ke Hospital Taiping. Masuk wad 18 dulu. Patut kena puasa tapi abah lupa dan makan roti.
16-17 Jun 2019 : Adik aku Heri ambil cuti untuk jaga abah di Hospital Taiping.
18 Jun 2019 : Abah discharge Hospital Taiping.
21 Jun 2019 : Perancangan collection untuk duit rawatan abah.
29 Jun 2019 : Aat maklumkan, abah perlu ke klinik untuk follow up luka setiap 2 hari. Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad, Selasa.
8 Julai 2019 : CT bawa abah appoinment di Hospital Taiping. Dr maklumkan luka dah cantik. Next appoinment di Klinik BS 19.8.2019, 2ptg.
15 Sept. 2019 : Yan bawa mak buat rawatan.
16 Feb. 2020 : Mak dah 2 minggu demam.
25 Feb. 2020 : Result CT Scan abah. Perubahan banyak akan berlaku pada abah. Mudah2an segalanya dipermudahkan.
27 Feb. 2020 : Appointment mak di Hospital Taiping.
15 Mac 2020 : Mak dan Khalil jaga abah di Hospital Taiping.
16 Mac 2020 : Abah operation.
17 Mac 2020 : Siti bawa abah keluar Hospital. Nurse dah bebai sebab abah marah2 katanya.
18 Mac 2020 : Aat masih tak sihat.
16 Jun 2020 : Siti bgtau abah masih tak berani berdiri selepas operation. Selalu akan perlahan2 mengesot.
..............................
Mulai saat itu, perubahan sangat ketara pada abah.
Asbab untuk kami lebih memberikan masa buat mak dan abah
Abah pada hikmahnya memikirkan situasi umum terutamanya mak..
Perhatian yang diperlukan dari anak-anak secara tak langsung adalah untuk mak..
Walau realitinya seolah2 abah secara fizikalnya sedang beransur lemah dan perlukan perhatian kami..
Ya Allah permudahkan urusan kami semua.
.........................................................................
Setakat ini sahaja aku boleh 'recall'. Aku dah terdelete apps WA. History tak sempat simpan...