Ahad, 24 Mei 2020

KEKUATAN MENERIMA DAN MELAKSANAKAN PERINTAH ULIL AMRI YANG MEMBEZAKAN KITA

Petikan dari Telegram MKN

Jangan balik kampung! Anda mendedahkan ahli keluarga lain terutama warga emas dan kanak-kanak kepada jangkitan COVID-19. 

PDRM dan ATM bekerjasama bagi  perketat kawalan dan pemantauan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP dalam masa sama mengesan individu yang ingkar larangan rentas negeri. 

Di Putrajaya, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada lagi kebenaran untuk perjalanan rentas negeri dan orang ramai tidak perlu ke balai polis untuk memohon.

Mereka yang balik kampung lebih awal sebelum sekatan jalan raya menggunakan jalan tikus akan dikenakan tindakan sebaik balik ke kediaman selepas Aidilfitri, katanya.

Di KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah mengeluarkan arahan supaya menahan dan kompaun dikenakan terhadap individu ingkar larangan rentas negeri.

Pasukan Pemantau PDRM dan ATM telah mula menjalankan pemeriksaan di taman perumahan dan kampung-kampung katanya. 

Di KEDAH: Polis Baling telah menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah sejak dua hari lalu bagi mengesan mereka yang melanggar arahan PKPB.

Di MELAKA: Polis Melaka akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah yang menerima tetamu melebihi had dibenarkan. Seramai 94 Petugas Pemantau akan melakukan rondaaan berterusan di taman perumahan dan kampung di negeri itu untuk memastikan pemilik rumah tidak melanggar arahan.

Di KELANTAN: semua individu yang melakukan perjalanan rentas negeri masuk ke negeri itu perlu menjalani ujian COVID-19 berkuatkuasa, semalam (21 Mei).

Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan berada di sekatan jalan raya di sempadan negeri dan lapangan terbang untuk melakukan ujian saringan.

Kerajaan negeri membuat keputusan itu susulan seorang wanita hamil dari Ampang disahkan positif COVID-19 ketika melakukan pemeriksaan kandungan di klinik ibu dan anak di kampungnya di Kuala Krai.

Di SABAH: Polis Sabah menubuhkan sebuah Pasukan Khas yang akan memantau aktiviti sambutan Hari Raya Aidilfitri di negeri ini agar tidak melanggar SOP.

Polis akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai banyak kereta bagi memastikan hanya ahli keluarga sahaja yang berada dalam rumah berkenaan dan tidak melebihi jumlah yang dibenarkan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI YANG PENUH ERTI

Pertama kali dalam sejarah..
Ya mungkin bukan kita sahaja
Semua orang merasakan yang sama
Mungkin lah beberapa orang yang tidak

Pagi ini kita akan menunaikan
Solat sunat aidilfitri
Hikmahnya pkpb kita bersama sekeluarga
Walau pun ada yang berseorangan

Namun semuanya perancangan Allah
Tugas kita sebagai hambanya
Bersyukur dengan apa yang ada
Jika kita sedih.. Ada yang lain lebih sedih

https://www.facebook.com/SINARdotmy/videos/1108449099523110/?sfnsn=mo&d=n&vh=e

Jumaat, 22 Mei 2020

TARAWIH DI MALAM AKHIR RAMADHAN 1441H

Ramadhan kali ini
Bakal meninggalkan kita
Dengan 1001 kisah
Yang akan dikenang selamanya

Bermula diawal Jumaat
Berakhir juga diakhir Jumaat
1441 tahun hijriah
2020 tahun masehi

Segala macam dugaan
Segala macam perasaan
Allah maha merancang
Ada hikmat tersirat disebalik semua ini

Abah masuk hospital 14 Mac
Aku berhasrat pulang melawat
Selepas temujanji Iman di HKL 18 Mac
Namun PKP juga bermula pada 18 Mac

Di luar sana rata-rata mula menggelabah
Balai Polis juga ramai yang berkumpul
Aku sendiri dalam dilema
Semoga tindakan yang aku buat adalah yang terbaik

PKP1 tamat 31 Mac bersambung ke PKP2 mulai 1 April
Begitu juga bersmbung ke PKP3 mulai15 April
Dan seterusnya PKP 4 atau PKPB mulai 29 April hingga 12 Mei
PKPB juga bersambung lagi sehingga 9 Jun 2020

Aku mulai masuki pejabat seawal 14 Mei
Setelah 57 hari berkurung
Tiada alasan untuk WFH
Dan aku lebih rela sepenuhnya di pejabat
Dan berikan peluang rakan lain untuk WFH..
Mereka lebih layak dan mempunyai masalah tersendiri

Ramadhan yang bermula dalam tempoh PKP3
Dan kini akan berakhir dalam PKPB
Apa yang dirasakan mustahil pada mulanya
Akhirnya ditempuh dengan iman didada
Dan kepatuhan kepada arahan ulul amri

Novel Coronavirus, COVID 19
Membawa kepada Normal baharu
Semoga Ramadhan yang bakal berakhir
Akan pergi bersama virus corona

Semoga Syawal hadir dengan sejuta manfaat
Semoga apa yang berlaku menjadi azimat dalam lipatan sejarah
Mudah-mudahan Islam membuka mata semua diluar
Keangkuhan dan hawa nafsu tidak kekal
Hanya pergantungan kepada Allah..
Maha pencipta dan maha mengetahui..

(10 malam terakhir Ramadhan 1441H)

(Keadaan sesak dengan 1001 asbab)

Khamis, 14 Mei 2020

MALAM 21 RAMADHAN DI FASA PKPD

Ya Allah..
Ramadhan mulai memasuki 10 malam terakhir
Malam rahmat 1000 bulan
Semoga aku kekal istiqamah

Ya Allah..
Antara sedar antara tidak
Hari ini adalah hari ke 57
Aku kekal Work From Home

Esok aku mulai memasuki pejabat
Mudah2an semuanya terpelihara
Mudah2an kami semua 
Yang akan menempuh normal baharu
Sentiasa terpelihara dari musibah

Bagiku.. dunia untuk mencari
Bekalan disini dan disana
Akhirat jua kekal selamanya
Semoga cahaya kembali hadir
Dalam kehidupan dunia ini 
Demi akhirat yang terbaik untuk semua

(Semoga bermanfaat. Kredit kepada pemilik banner)

(Mentari Pagi Di Ufuk Timur)

Rabu, 6 Mei 2020

MENJELANG SEPARUH RAMADHAN 1441 H

Hari ini 13 Ramadhan 1441H
2 hari menjelang separuh perjalanan
Perjalanan Ramadhan yang penuh keberkatan
Ramadhan yang dikenang seumur hidupku

COVID 16 beransur pulang
Mudah2an terus pulang
Dan jika mahu terus mahu bersama kami
Hiduplah dengan harmoni
Tanpa memudaratkan sesama kita

PKP1,2,3 telah berlalu
Kini PKP 4 masuk separuh perjalanan
Mudah2an keadaan kembali terkawal
Kerana aku rindukan Ramadhan yang berbaki
Untuk kembali berjemaah di surau

Yang terpenting
Untuk pulang menziarahi mak dan abah
Aku rindu keduanya
Semoga Allah jelmakan harapan
Dalam aku menjalani Ramadhan 1441H

# hanya mampu menghayati CCTV dari PLUS app