Khamis, 28 Mac 2019

TERUS BEKERJA DI SAAT ANAK-ANAK BERCUTI PERSEKOLAHAN

Anak-anak telah dipenghujung cuti
Namun atas tuntutan tugas
Aku terus hadir
Walaupun akhirnya rakan lain terdahulu bercuti

Hasrat untuk pulang menziarahi keluarga di kg
Namun perancangan ini hanya Allah lebih mengetahui
Mudah-mudahan Allah pelihara perjalanan ini
Bersama rombongan ke majlis perkahwinan anak saudara di Kelantan

InsyaAllah aku akan gagahkan jua
Untuk pulang ke Perak
Sebelum puasa menjelang
InsyaAllah..

Hanya Allah maha mengetahui
Akan apa yang bermain di hati ini

Isnin, 11 Mac 2019

URUSAN KELUARGA MENDAHULUI

Semoga Allah beriku kesihatan
Dalam menjalani aktiviti seharian
Walaupun seharian terasa begitu pantas
Namun akan ku pastikan berada di landasannya

Sabtu Ahad sentiasa penuh
Dengan aktiviti keluarga
Sekurang-kurangnya anak isteri sentiasa gembira
Dan yang penting tidak mengganggu pihak lain..

Aku juga harus sentiasa laju
Dan harus sentiasa fokus
Dalam menghadapi cabaran semasa
Supaya aku sentiasa bersedia

Mudah-mudahan aku akan kembali
Mendapat rentak
Walau tidak sepantas 10 tahun dahulu
Namun aku yakin ada yang terbaik dariku..

InsyaAllah..