Selasa, 29 Mei 2018

DEMI TUGAS DI MALAM KE 13 RAMADHAN

Bersama rakan sekerja
Memenuhi jemputan ber'sungkey'
Seterusnya isyak dan tarawih
Sebelum bersedia memulakan tugas

Malam ini kami ber-6
Mengharungi cuaca yang tidak menentu
Hujan lebat dan kerap
Sesekali reda dan hujan kembali

Mudah2an Allah muliakan
Tugas aku ini
Demi mencari rezeki
Yang halal dan diberkati

Isnin, 21 Mei 2018

SALAM RAMADHAN 1439H

Ketika kemaskini blog ini
Aku sedang menunggu sahabat
Seusai tarawih malam ke-6
Terasa pantas masa berlalu

Aku sempat pulang
Untuk sahor hari pertama puasa
Cuma kali ini berada di awan
Ketika tarawih malam pertama

Rezeki bersama keluarga
Izzul dan baby juga pulang
Bersahor sabtu dan ahad
Berbuka jumaat dan sabtu

Ahad, aku menghantar keduanya
Aku juga pulang untuk bertugas
Pertama kali berbuka puasa
Jam 7.02 malam di awan senja

Ketika pesawat melintasi Lautan China Selatan
Alhamdulillah.. majoriti bersama berbuka
Asbab Allah memelihara hambanya
Yang bertaqwa.. insyaAllah..




Khamis, 10 Mei 2018

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB - MUDAH2AN MALAYSIA LEBIH MAJU JAYA

Pulang untuk bersama masyarakat marhaen
Menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
Dan yang lebih penting untuk memilih pemimpin
Yang melaksanakan tanggungjawab berlandaskan Islam

Sekitar jam 8.15 pagi bawa Su dahulu
Memilih atas pandangan sendiri
Selesai sekitar 30 minit
Meneruskan perjalanan untukku pula

11.30 pagi tiba di lokasi
Sempat bertemu jiran lama di sini
2 jam beratur demi tanggungjawab bersama masyarakat di sini
Selesai sekitar jam 1.45 ptg

Malaysia sekitar jam 4.00 pagi, 10 Mei 2018
Menyaksikan seorang pemimpin
Yang 15 tahun dahulu meninggalkan politik
Kini kembali demi masa depan anak cucu

Semoga Allah pelihara segalanya
Peristiwa yang hadir dengan asbab
Malaysia yang baik ke hadapan
Khususnya Islam lebih diberkati

Pola rakyat Malaysia kini..
Bakal berubah..

Amiinn..


Jumaat, 4 Mei 2018

BERIKANKU KEKUATAN ROHANI DAN JASMANI YA ALLAH

Semalam aku di KK
Di sini, tiba2 fikiran aku berubah untuk pulang
Menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat
Juga kepada keluarga

Sebelum ini, sebelum ke KK
Aku hanya redha 
Tidak dapat untuk pulang menunaikan 
Tanggungjawab memilih di PRU14

Kekangan masa..
Juga memerlukan modal yang banyak
Namun bagiku rezeki hanya dari Allah
Aku perlu keluarkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu..

Mudah2an Allah permudahkan urusanku
Semoga Allah beriku kemudahan
Semoga Allah murahkan rezekiku
Mudah2an Allah pelihara perjalananku

Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..