Isnin, 31 Disember 2018

2018 YANG AKAN KU KENANG

Pengalaman di tahun 2018
Amat memberikan impak buatku
Perjalanan harianku..
Berubah 360 darjah

Walaupun saat ini
Aku telah pulang bersama keluarga
Namun kenangan walau hanya setahun
Amat terkesan..

Hari ini 31.12.2018
Hari terakhir di tahun 2018 M..
Sepanjang setahun aku berulang-alik di udara
Hanya pergantungan kepada Allah
Dalam memelihara setiap perjalananku..

Alhamdulillah..

Semoga peluang kali ini
Aku ambil sebaiknya
Mudah-mudahan Allah berkati
Apa jua niat murni dari jiwaku

Semoga perjalananku
Sepanjang 2018
Di catatkan sebagai amal baik
Dalam aku mencari redha dan keberkatan

Dalam aku melihat dunia ini
Dari dimensi yang lebih luas
Dunia ciptaan Yang maha esa
Kerana kebaikan juga ada di sana

Terima kasih Ya Allah..
Peluang ini tidak ternilai buatku
Semoga pengalaman ini kekal
Untuk aku terus maju ke hadapan

Semoga redhaMu terus mengiringi
Perjalanan ini..
Semoga aku istiqomah
Untukku, keluarga, masyarakat, agama dan negara..

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Jumaat, 21 Disember 2018

BINTULU - AKU PASTI AKAN MERINDUI TEMPAT JATUH & BANGUN KU

Hampir setahun aku di sini
Terasa suatu yang sayu
Tempat jatuh & bangunku
Bakal aku tinggalkan..

Ya Allah..

Semoga kebaikan menjadi bekal
Untukku pulang dari sini
Bersama cita yang termakbul
Mudah2an Allah murahkan rezekiku

Amiinn Ya Rabbal Alamin..

(Bulan terang bersamaku pada malam ini)


Isnin, 10 Disember 2018

9.12.2018 - SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA SENTIASA SIHAT DAN DILINDUNGI ALLAH

Kesibukan di Family Day WNP
Berkesempatan update
Walau bagaimanapun
Semoga Su sentiasa sihat dan dilindungi Allah..

Selamat Hari Lahir..

Walaupun terlalu singkat
Bersama adik-beradik WNP Di Alai, Melaka
Namun cukuplah sekadar refresh silaturrahim..
Semoga semuanya ceria

Dan semoga silaturrahim kekal
Dan sebati dalam setiap sanubari
Yang paling penting..
Anak dan cucu memerhati untuk masa mendatang..



Rabu, 5 Disember 2018

YA ALLAH.. PELIHARALAH PERJALANAN INI

Semoga Allah berkati perjalanan ini
Aku pulang untuk bersama keluarga
Untuk bercuti bersama
Semoga perjalananku dipermudahkan

Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Sabtu, 1 Disember 2018

GENAP 1 BULAN UNTUKKU TERUS MELANGKAH

Ya Allah..
Berkatilah kerjayaku selama ini
Semoga aku terus bersyukur
Dengan nikmat dan kurniaanmu

Selama 13 tahun dan 4 bulan
Aku membantu
Kini masa untuk aku kembali
Semoga Allah kuatkan semangatku

Amiinn..

Pengalaman ku
Selama 7 tahun dan 7 bulan
Di sektor swasta
Kini untuk aku praktikkan kembali

Semoga aku istiqamah
Amiinn Ya Rabbal Alamiinn..

Jumaat, 23 November 2018

SEMOGA ALLAH MURAHKAN REZEKIKU

Hampir setahun berulang
Hinggakan staf
Airport, MAS, AA, Imi
Sudah aku kenal..
(diorang kenal aku.. belum tentu)

2019 aku kembali ke Semenanjung
Mudah2an kita berjumpa lagi
Aku akan merindui
Masyarakat di sini
Yang rata2nya amat merendah diri

Semoga sifat itu
Akan terus kekal..
Biarkan Pan Borneo yang bakal membelah
Namun pertalian etnik di sini
Tidak terbelah bersamanya

Kekalkanlah identiti yang baik
Tinggalkan segalanya yang tidak baik
InsyaAllah..
Borneo akan kekal diberkati Allah
Bersama makmur dalam Malaysia

Amiinn..



Selasa, 20 November 2018

BERSAMA SAHABAT BERSALAWAT DI BINTULU

Cuti umum sempena peristiwa terpenting
Ulangtahun kelahiran kekasih Allah
Rasulullah.. Nabi Muhammad SAW
Manusia agung yang menjadi idola umatnya
 
Sangat berbangga menjadi sebahagian dari warga Bintulu
Aku melihat semangat nusantara
Amat baik terjalin di sini
Tiada beza dengan sambutan di Putrajaya
 
Di sini..
Masyarakat berbilang kaum peribumi
Namun semangat saling memahami
Tetap terpelihara..
 
Semoga Allah rahmati bumi Bintulu
Berikan keberkatan
Dan jauhkan segala malapetaka di sini
Amiinn.. 
(Semua photo diambil dengan kamera handphone sendiri.. Agak2 berapa lama aku berdiri ditepi jalan melihat perarakan?)

Isnin, 19 November 2018

SALAM MAULIDUR RASUL 1440 HIJRIYAH

Rasulullah, Rasul junjungan
Menjadi ikutan
Dan panduan umatnya
Salam Maulidur Rasul

"MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT"

(Sumber gambar: Laman web Lembaga Tabung Haji)

Rabu, 7 November 2018

SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN INI

Misi bersama keluarga
Sepanjang cuti sekolah
Kali ini telah tertunai
Alhamdulillah..

Kini masa untuk pulang
Kembali bertugas
Merentasi Laut China Selatan
Semoga Allah permudahkan..
InsyaAllah..

Khamis, 1 November 2018

SEMOGA ALLAH PELIHARA PERJALANAN INI

Ya Allah..
Permudahkanlah perjalanan ini
Jauhkan kami dari sebarang musibah
Sesungguhnya hanya padaMu kami berserah..

Amiinn Ya Rabbal Alamin..

Kepulanganku kali ini
Dengan niat untuk bersama keluarga
Terutama melihat Iman
Anakku yang teristimewa


Kenangan Perjalanan di Sini (Kredit: BTU Airport)


Kenangan Perjalanan di Sini (Kredit: BTU Airport)



Jumaat, 26 Oktober 2018

AKU AKAN MERINDUI SAAT-SAAT SEBEGINI

Tugas rasmi di Labuan
Namun perjalanan singgah dahulu
Ke Kota Kinabalu
Dan perjalanan pulang singgah di Miri

Begitulah rutin pekerjaan ini
Walaupun setahun disini
Namun kerana keterbatasan perhubungan
Memerlukan aku menempuh karenah di udara

Mudah2an Allah sentiasa melindungi kami
Serta sahabat2 yang kerap berada di udara
Semoga Allah perlihara kami
Semoga Allah permudahkan urusan kami

Amiinnn Ya Rabbal Alamin..





Rabu, 24 Oktober 2018

ALHAMDULILLAH..SEGALA PUJI BAGI ALLAH..

Aku amat bersyukur
Mendapat perkhabaran gembira
Alhamdulillah..
Segalanya adalah dariNya 

Allah maha mengetahui
Allah maha pemberi
Rezeki ini miliknya
Rezeki anugerah Allah 
Kehadirannya genap setahun aku disini

Rezeki Iman
Ya.. rezeki anak syurgaku
Allah mendengar isi hatiku
Juga doa ibubapaku, isteriku, anak2ku
Juga saudara2, sahabat2 yang memahamiku

Setahun disini..
Memberikan seribu perasaan
Allah maha kaya
Allah maha mengetahui akan segalanya

Isteriku, anak2ku melaluinya
Dengan penuh kesabaran
Mereka lebih layak merasa gembira
Ujian Allah aku tempohi..
Alhamdulillah kekuatan masih dikurniakan 
Aku lalui dengan penuh keredhaan
Mudah-mudahan Allah terus memberiku kekuatan

Semoga amanah yang bakal aku pikul
Terus aku laksanakan
Dengan jujur, ikhlas
Demi keluarga, agama, bangsa dan negara

ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH..
SYUKUR KU KHUSUS BUATMU YA ALLAH

syma.. KZ
(kepulangan dengan kesyukuran dari semarang..)

Khamis, 18 Oktober 2018

PELUANG MENUNTUT ILMU DI BUMI WALI SONGO

Hari ke-5 aku di sini
Bersama rakan2 seNusantara
Dalam kepelbagaian ada kesamaannya
Juga dalam manis ada tawarnya

Semoga Allah memelihara kami di sini
Bumi yang bagiku penuh istimewa
Berada di atas lingkaran bumi
Yang sangat tidak stabil

Namun terima kasih buat rakan disini
Menjadi penampan rakan serumpun
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui
Akan apa sesuatu yang dijadikannya

Semoga aku juga
Tidak melepaskan peluang
Sekurang2nya melawati
Tempat2 bersejarah di sini..

Disamping mencari ilmu
Serta menghubungkan persahabatan
Sesama muslim serumpun
Serta melihat gelagat manusia disini











Selasa, 9 Oktober 2018

SETIAP YANG SENANG TETAP ADA SUSAHNYA.. ALLAH ITU MAHA ADIL

Ayat yang sangat sesuai
Dengan apa yang aku alami
Pada pagi ini..
Alhamdulillah.. Allah menguji hambanya..

Saat ini aku telah berada di KLIA2
Menunggu penerbangan murahku
Pulang ke tempat aku mencari rezeki..
Mudah2an Allah murahkan rezekiku..

Amiinn Ya Rabbal Alamin..

Pulang dengan kos kurang RM300
Namun aku perlu menghadapi pelbagai ujian
Terutamanya untuk memastikan aku tidak kecewa 
Flight seawal 6.35 pagi ini..

Sejak jam 2.30 pagi aku bersedia
Berulang mencuba aplikasi
MyCar dan MyGrab..
Begitu juga panggilan terus ke teksi

3.30 pagi.. aku ambil keputusan
Keluar dengan kereta ke jalan utama
Alhamdulillah.. Allah temukan aku..
Dengan driver MyCar bakal PhD..

Mudah2an Allah murahkan rezeki beliau
Alhamdulillah..
Allah pelihara hambanya
Sedikit ujian demi perjalanan yang berkat..

InsyaAllah..


Sabtu, 29 September 2018

ALHAMDULILLAH.. REZEKI PULANG MENJENGOK IMAN

Sebulan sudah aku di sini..
Terasa rindu yang amat..
Buat anakku yang teristimewa..
Semoga Iman dilindungi Allah selalu..
Semoga Iman asbab kejayaan keluargaku..

Amiinn..

Alhamdulillah..
Allah permudahkan untukku..
Pulang dengan poket sendiri..
Namun buatku bersama keluarga jauh lebih membahagiakan..

Allah telah tentukan perjalanan ini..
Allah memilihku untuk ke sini..
Aku redha dengan ketentuanNya..
Ada hikmah disebalik sedikit kesulitan..

Ya Allah..
Panjangkanlah umurku, keluargaku, saudara maraku
Sahabatku.. dan semua muslimin dan muslimat..
Untuk kami terus redha dengan ketentuanMu..

Amiinn..

Khamis, 20 September 2018

SELAMAT HARI LAHIR AINA KE 19 TAHUN

Semoga Allah pelihara
Dan permudahkan urusan seharian Aina
Semoga diberikan kesihatan
Dan kejayaan di dunia dan akhirat

Amiinn..


Rabu, 19 September 2018

THROWBACK SEKITAR 25 TAHUN LEPAS

Throwback 25 tahun lepas
Tiba2 terasa baru berlalu..
Inilah yang dikatakan jiwa berkaca..

"Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua"





Ahad, 16 September 2018

SELAMAT HARI PENUBUHAN MALAYSIA KE - 55

Menginsafi penubuhan bersejarah persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, menjadi satu tanda penggabungan rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak keseluruhannya.

Semoga suasana aman damai, kasih sayang, muhibbah dan perpaduan dalam suasana kemajmukan ini dapat terus dipertahankan di bawah naungan Payung Negara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Rukun Negara sudah pasti akan terus kita junjung dan pelihara.

Marilah sama-sama kita berjabat tangan dan berganding bahu, meletakkan semangat kemanusiaan dan keMalaysiaan di hadapan. Usahlah kita anak Malaysia dijajah buat kali kedua. Jadikan apa yang telah berlaku sebagai iktibar.

Kita anak Malaysia. Kita bentuk Malaysia dengan acuan kita sendiri. Selamat Hari Malaysia!

Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Isnin, 10 September 2018

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG 1 MUHARRAM 1440 HIJRAH

Semoga aku terus istiqamah
Dalam mencari sesuatu yang lebih baik
Hari ini sewajibnya lebih baik dari hari semalam
Semoga Allah merahmati akan segalanya..





(ufuk barat dari luar jendela pejabat 10 minit penghujung 1439H) 

Ahad, 9 September 2018

KEMBALI BERSAMA RAKAN SEPERJUANGAN


(mentari di ufuk barat Serian)


(Kuching Waterfront)


(Jambatan Batang Lupar)


(Batang Rajang di Sibu)


(Jambatan baru Kuala Tatau)


(Melepas dahaga di Kuala Tatau)
 
Sepintas lalu
Aktiviti sepanjang seminggu
Yang tidak sempat
Untuk aku kemaskini..

Aku pulang bercuti
Penerbangan yang hampir ditunda
Gara2 memberikan ruang kepada yang lebih 'mustahak'
Alhamdulillah.. aku tiba tepat pada waktunya..

Setiba di pejabat.., terus bergegas untuk memenuhi janji
Syukur Allah permudahkan urusanku
Walaupun aku agak tergesa2.. 
Namun berjaya memenuhi kemahuan penganjur..

Minggu lepas..
Kembali ke Kuching
Bagi melaksanakan misi yang tak pasti
Di samping tugasan rasmi yang menjadi keutamaan

Semoga Allah memeliharaku serta rakan2
Dalam mengharungi rintangan di sini
Kepayahan yang sedikit
Demi kemudahan akan datang..

InsyaAllah..

Ahad, 2 September 2018

TAHNIAH MALAYSIA CAPAI 7 EMAS

"Semangat dan kekuatan mental
Hingga ke micro saat terakhir"
.. Itu sahaja ayat yang paling sesuai
Bagi menggambarkan kejayaan atau kegagalan..

Apa yang telah berlaku 
Buat pasukan Malaysia..
Pada hari terakhir Sukan Asia
Sememangnya sukar luput diingatan..

Walau bagaimanapun TAHNIAH..!!!
Secara keseluruhannya..

Team skuasy lelaki..
Kekal fokus demi emas ke 7..
Namun klimaks telah tercapai..
Team hoki mungkin hilang target..

Semasa mendahului 5-2
Nampak keyakinan kepada majoriti pemain
Game semakin hilang fokus
Seolah akan mudah untuk menang..

Kerisauan aku bermula 
Apabila Jepun mendapat gol ke 3
Seterusnya hingga 5-5..6-5..6-6..
Tunduk akhirnya dengan KAMIKAZE..

Namun pujian tetap layak..
Pencetus semangat team Malaysia
Selepas bolasepak terhenti
Setakat suku akhir..
.........

Esok..
Bermula hari baru buat Aina
Mendaftar di UPM..
TAHNIAH..!!! 

Semoga terus istiqamah..
Walau aku tidak dapat bersama
Pada kali ini..
Namun doa dari kejauhan mengiringi..

Selamat Berjaya Aina..
Semoga Allah permudahkan segalanya..

Amiinn Ya Rabbal Alamin..

Khamis, 30 Ogos 2018

MALAM JUMAAT MENJELANG ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-61

Tahniah Malaysia
Azizul Hasni 'the pocket rocketman'
Anda sememangnya pencetus semangat
Dan tidak pernah mengecewakan..

Kegembiraan berganda
Team hoki Malaysia juga
Menyambung perjuangan 
Hingga berjaya ke final.. menang dengan India 7-6

Namun..
Sedikit sentap dengan team 4x100m lelaki
Baton jatuh seawal pelari pertama
Walaupun tidak diharap pingat.. namun tetap kecewa.. 

Naluri awal aku sendiri telah terdetik
Tatkala melihat gelagat pelari pertama
Dan akhirnya benar2 mendapat 'cash'
Khairul Hafiz Jantan juga hanya mampu memerhati..

Namun semua itu telah ditentukan
Untuk suatu kegembiraan
Tetap ada kekecewaan..
Malaysia Boleh.. !!! 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan MALAYSIAKU.. 

Selasa, 28 Ogos 2018

ALHAMDULILLAH..PELUANG KELUARGA MENAIKI MH

Saat ini..
Aku berada dalam MH
Untuk penerbangan pulang
Bertugas demi negara

3 hari lepas
Aku dan keluarga juga di sini
Berpeluang merentasi Laut China Selatan
Walau singkat untuk 2 hari di sana

Alhamdulillah..
Anak2 dan isteri gembira
Kini masa untuk aku pulang
Mudah2an Allah permudahkan perjalanan ini

InsyaAllah..


(selfie di kolam renang)

Isnin, 20 Ogos 2018

PULANG AIDILADHA BERSAMA KELUARGA

Alhamdulillah..
Saat update blog ini
Aku bersama keluarga..
Menjelang tibanya aidiladha 1439H


Throwback..
Minggu lepas selepas pulang dari Labuan
Dapat arahan untuk ke Kuching
Ahad.. menempuh perjalanan setengah hari melalui lasaknya Pan Borneo..


Sempat merasai suasana Kuching Food Fest
Hanya mencuci mata..
Susunan peniaga tidak memungkinkan
Untuk aku singgah lama di sini..


Pagi selasa..
Terus bergerak pulang..
Kerana esok aku akan menuju airport
Untuk menjengok keluarga


Rabu petang..
Rakan pejabat menghantar ke airport
Tiba di KLIA jam hampir 11.00 mlm
Menaiki LIMO.. sebabnya.. software GRAB aku outdated


Jumaat.. aku mengambil baby
Izzul pula terlibat dengan program seninya..
Hanya ambil selepas selesai di Sentul
Ambil Izzul petang sabtu dan terus singgah untuk dapatkan cermin mata baby dan Izzul



Rabu, 8 Ogos 2018

SINGGAH KK UNTUK KE LABUAN

Aku hanya berserah
Kepada Allah yang maha pelindung
Sepanjang perjalanan ini
Demi tugasan rasmi di sini

Hari ke 3 di Labuan
Aku hanya menginap di hotel yang sederhana
Memandangkan kemampuan aku pada ketika ini
Yang aku harapkan tugasku disini diberkati

Perjalanan KK ke sini
Sepanjang masa di dalam lindungan awan tebal
Hanya Allah lebih mengetahui akan segalanya
Alhamdulillah.. selamat tiba Labuan

Semoga Allah memberi perlindunganNya
Buatku dalam melalui perjalanan ini
Seterusnya perjalanan pulang
Demi mencari rezeki buat keluarga..

Amiinn Ya Rabbal Alamin..
(Surau LT Labuan)

(MASWing ke KK)

(Menunggu connecting flight di KK)

(Motivasi buatku dan keluarga. Rezeki itu milik Allah... KREDIT TV3 - kekurangan bukan halangan untuk berjaya)