Khamis, 15 Jun 2017

20 RAMADHAN 1438H - ISTIQAMAH DALAM MENCARI LAILATUL QADAR

Terasa pantas masa berlalu
Kini aku telah berada di 10 malam terakhir Ramadhan 1438H
Malam yang penuh ganjaran buat umat islam
Malam dengan ganjaran 1000 bulan

Pada masa ini Aina dan Izzul masing-masing sedang berdikari
Alhamdulillah Allah permudahkan aku dan isteri untuk terus berjemaah di surau
Allah kurniakan anak kecilku yang memahami
Semoga aku istiqamah menuju akhir Ramadhan

Hujung minggu ini mungkin anak-anak sibuk dengan kelas ganti
Aku juga dengan aktiviti di pejabat
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami sekeluarga
Semoga Allah permudahkan urusan kedua ibubapaku di kampong

Minggu lepas, dipenghujung minggu kedua Ramadhan aku agak sibuk
Ahad selepas ambil baby dari tusyen berkejar ke asrama Izzul
Tidak seperti selalu, kami terus bergegas menghantar Aina pula
Tidak mahu mengambil risiko tambahan kali pertama untuk uruskan Aina

Sepanjang jalan ke kolej kenderaan agak banyak
Rezeki aku tidak terlibat dengan kesesakan yang serius
Sebelum jam 4 ptg aku sudah bergegas menuju pulang
Kelihatan kesesakan mulai bertambah diarah berlawanan

Alhamdulillah.. aku perlu jadualkan semula aktiviti
Untuk minggu-minggu seterusnya
Tambahan anak-anak akan mengambil peperiksaan utama
UPSR, PT3 dan Matrikulasi

Semoga semuanya terus istiqamah
Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak
Semoga diberikan kesihatan dan kekuatan minda
Semoga semuanya berjaya.. Insya-Allah..

Selasa, 6 Jun 2017

11 RAMADHAN 1438H - DAFTAR MATRIKULASI SEMOGA RAMADHAN ASBAB KEJAYAAN BUAT AINA

Selesai solat subuh di surau, segera bersiap
Menyusun perkakasan untuk pendaftaran
Semoga Aina menjadi ikon kejayaan buat adik2
Semoga Aina tekun belajar di matrikulasi

Seawal jam 8.00 pg aku dan keluarga tiba
Terus ke blok C4 pendaftaran pelajar
Menjelang 8.15pg kenderaan tiba2 byk yang tiba
Alhamdulillah kami tiba pada masa yg sesuai

Hampir 2 jam mendengar taklimat pengurusan
InsyaAllah..
Aku yakin dengan kematangan Aina
Semoga pilihannya adalah terbaik

Ya Allah.. semoga Ramadhan menjadi asbab kebaikan buat Aina.
Amiinn..