Rabu, 31 Mei 2017

5 RAMADHAN 1438H - TAZKIRAH USTAZ AHMAD DUSUKI & HAL ARAH KIBLAT

Alhamdulillah..

Tazkirah dari orang berilmu sangat mengesankan
Malam tadi di Surau mendengar perkongsian ilmu dari UAD
Aura dan ilmu yang padanya terlalu banyak
Walaupun untuk kurang sejam, aku rasakan amat terkesan
Insya Allah.. Ramadhan kali ini mudah2an memberiku manfaat yang maksima

Pagi ini pula mendengar perkongsian maklumat di berita IKIMfm
Sepanjang perjalananku ke tempat kerja
Berkaitan aplikasi mudah alih yang membantu mencari arah kiblat
Maklumat BHonline, hanya 2/10 aplikasi menunjukkan arah yang tepat

Selari dengan berita, aku teringatkan pengalaman semasa di luar negara
Aku bersetuju dengan komen yang dibacakan pembaca berita
Ijtihad sangat penting dalam hal ini
Bagiku, gadjet adalah sebahagian dari ijtihad
Ianya hanya membantu kita dari 'hilang terus tanpa panduan'
Namun ianya tidak menjanjikan ketepatan

Pengalaman aku semasa di Seoul, Beijing, Colombo, Moscow, Manila
Google map sangat membantu
Ini sahaja kaedah ijtihadku terutama pada hari pertama di sana
Bagaimana untuk aku tunaikan solat dengan tiada bantuan?

Jika di Malaysia, arah matahari sahaja mungkin membantu
Namun di luar negara ianya perlukan tambahan maklumat
Ijtihad paling kritikal semasa hari pertama tiba di Moscow
Di belakang bilikku.. hutan dan hari pula malam yang gelap
Akhirnya aku ijtihad dengan keyakinan hati dan bantuan sebatang pensil
Memandangkan gadjetku tidak dapat digunakan di sini dan pada masa itu

Namun beberapa hari selepasnya aku yakin, kaedah tersebut hampir tepat
Setelah semakan aku dengan beberapa rakan
Alhamdulillah..
Semoga Allah sentiasa menolong hambanya yang berusaha

p/s pagi ini research sikit di google, terjumpa pula dengan laman ini, http://www.al-habib.info/arah-kiblat/
Kaedah yang digunakannya hampir sama dengan ijtihadku (sekiranya aku dapat 'online' dengan gadjetku semasa di sana).




 

Isnin, 29 Mei 2017

3 RAMADHAN 1438H - MINGGU PERTAMA BERPUASA BERSAMA KELUARGA & CUTI SEKOLAH

Ya Allah.. Sesungguhnya nikmat Ramadhan amat luas
Semoga keberkatannya tidak dipersiakan
Ramadhan 1439H belum diketahui kehadirannya
Aku merayu semoga Allah memberikan kekuatan
Rohani dan jasmani

Semoga aku, keluarga dan seluruh umat nabi Muhammad SAW
Mendapat pahala yang maksimum
Sepanjang Ramadhan kali ini
InsyaAllah..

Anak-anak sedang bercuti sekolah selama 2 minggu
Aku tidak bercadang apa-apa buat masa ini
Hanya akan bercuti sesekali bersama-sama di rumah
InsyaAllah minggu hadapan Aina akan mendaftar ke matrikulasi

Semoga fadilat Ramadhan memberikan semangat buat Aina
Untuk mendapatkan sebaik mungkin ilmunya
Harapan aku mudah-mudahan Aina sentiasa Berjaya
Aku berkeyakinan dengan usahanya
Ya Allah.. Permudahkan segala urusannya..
Semoga Aina sentiasa istiqamah..

Amiinn..

Sabtu, 27 Mei 2017

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah..
Allah perkenankan doa hambamu ini
Untuk bertemu lagi dengan Ramadhan 1438H
Semoga ibadah puasa kali ini adalah yang terbaik
Berbanding tahun terdahulu

Di saat awal pagi ini
Aku dan keluarga bersahor bersama
Walaupun aku keletihan pada siang dan malam tadi bertugas
Namun fadilat dan nikmat bersahor 
Tidak untuk aku lepaskan

RAMADHAN KAREEM
 

Khamis, 11 Mei 2017

KITA HANYA MAMPU MERANCANG NAMUN ALLAH MAHA MENENTUKANNYA

Semoga roh saudara yang kembali kerahmatullah dipelihara Allah
AL-FATIHAH.

Seawal jam 7.45 pagi aku dan Su mengikuti rakan lain
Melakukan pendakian Bukit Melati
Hj. Hadi, Mizi, Asrul.
Perjalanan turun kami silap laluan
Sedikit sahaja kelekaan, menjadi asbab kami kehilangan jejak yang lain.
Alhamdulillah.. Allah memberikan sedikit ujian untuk difikirkan.

Segera pulang untuk bersama jemaah lain
Ke majlis tahlil arwah di Camellia.
Mulanya 11.00 tunda 11.30 tunda lagi 12.00
Tapi aku tetap lewat 12.05
Disiplin diri sendiri aku masih belum konsisten.

Sebelum ke majlis, aku membaca dan membalas mesej
Suami rakan sepejabat meninggal dunia awal pagi ini
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
Sesunguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali
Khabarnya umur arwah 45 tahun
Masalah jantung adalah asbab kematian arwah
InsyaAllah aku akan usahakan bersama menziarahi keluarga arwah

Selesai tahlil, aku bersiap untuk melawat Izzul di asrama
Ibunya risaukan masalah kesihatan Izzul
Ahad lepas Izzul adu gatal-gatal pada kulitnya
Alhamdulillah.. Sampai di asrama, Izzul kata dah okay
Ibunya bekalkan sabun dan ubat sapu

Segera balik selepas solat asar di asrama
Bersiap ke S Tinggi
Sempat bersembang dengan Kamil dan Rosman
Sehingga selesai pengkebumian jenazah selepas solat isyak
Jam 10.00 mlm segera pulang
Agak letih, aku tidak dapat bersama jiran bermesyuarat
Persediaan Ramadhan. Pakatan jamuan berbuka dan moreh
InsyaAllah.. Semoga segalanya Allah permudahkan..

'HIDUP BIAR MEMBERI MANFAAT'

Khamis, 4 Mei 2017

SEBULAN MENJELANG RAMADHAN 1438H

Ya Allah.. Ramadhan bulan mulia
      Bakal tiba kurang sebulan
Semoga bulan latihan & ujian kali ini
      Menjadi yang terbaik selama aku di dunia ini

Kisah penghujung April jiwa aku agak kacau

      Aku istilahkan sebagai fikiran bercabang
Hal tempat kerja dengan laporan yang perlu disiapkan
      Hal ISO, hal kelab disamping tugasan rutin
Hal taman dengan aktiviti yang semakin hampir
      Surat yang perlu aku siapkan dan hantar
Hal anak-anak adalah keutamaan..
      Rawatan dan lawatan susulan untuk adik
Tusyen dan aktiviti baby
      Rutin untuk Izzul dan keperluannya
Keperluan Aina juga tidak kurang juga memerlukan peruntukan
      Semoga ketenangan terus menjadi azimat buatku

Aku ziarah kak uji di Ipoh pada cuti hari buruh

      Pulang ke kampung bertemu mak dan abah
Alhamdulillah.. abah agak baik keadaannya sekarang
      Semoga abah dikurniakan kesihatan menjelang hajinya
Semoga rezeki bersama mak dan abah dalam masa terdekat
      Mudah-mudahan tanah haram menunggu
Kehadiran mak dan abah ke sana

InsyaAllah..

Semoga Allah perkenankan doa hambamu ini
Amiinn..