Ahad, 31 Disember 2017

DETIK MENJELANG 2018

Assalamualaikum.

Hari ni 31.12.2017
Hari terakhir bagi tahun 2017
Beberapa detik bakal meninggalkan kita
Menyerahkan kesinambungan waktu ke 2018

Seharian hari ini mengisi jemputan kenduri
Bermula seawal pagi aku dan Sue breakfast
Terus mencari sesuatu untuk menanti kehadiran tetamu
Di kejiranan Bayan kenduri kesyukuran dan rumah baru di Zeta

Semalam, aku dan keluarga ambil Aina
Lewat gerak, lewat sampai
Perjalanan pulang jalan sesak
Lunch lewat nasi ayam kenyalang

Menjelang detik tahun baru masihi
Aku berdoa mudah-mudahan Allah berkati kehidupan
Aku dan keluarga sepanjang 2017
Seterusnya kebaikan berpanjangan pada 2018

Insha'Allah.. Amiinn..

Jumaat, 29 Disember 2017

ALHAMDULILLAH.. BABY BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE SBP

Alhamdulillah...
Allah murahkan rezeki baby
Sekurang-kurangnya zuriatku ada yang berpeluang
Dulu Izzul juga dapat 2nd intake..
Namun rezekinya tetap untuk kekal di SMKA

Syukur..Alhamdulillah..

TERIMA KASIH BKS HQ - SEMOGA BERJUMPA LAGI

29 Disember 2017
Hari ini.., hari akhir aku di BKS
Dari BPP April 2013
2018.., Aku akan meneruskan perjalanan ke tempat baharu
Mudah-mudahan Allah pelihara keluargaku dan murahkan rezeki kami

Insha'Allah..

Khamis, 28 Disember 2017

SEPANJANG PERJALANAN KE KARLSRUHE

Post lewat
Sekitar kisah perjalanan ke Karlsruhe

Tepat jam 7 pagi cg Nuar sudah tiba depan rumah
Hantar ke KLIA.. Tolong sahaja katanya..
Seawal 8 pg aku tiba dan terus drop beg
Terus masuk untuk boarding
Flight jam 10.20 pagi..

Dalam flight aku antara paling belakang
Transit Dubai hampir 14 jam
Aku explore Dubai dengan Metro Ticket
21 Dirham aku merayau dengan train

Flight ke Frankfurt sekitar 3.00 pagi
Aku hanya berada sekitar terminal
Juga hampir terjadi kritikal
Akibat silap jangkaan

Di Frankfurt perjalanan agak sukar
Apabila petugas kaunter tiket juga tidak membantu
Silap sebutan hampir membawa aku dengan ICE ke Kassel
Alhamdulillah masih ada yang baik hati

Aku turun dan berpatah balik dengan regional train
Hingga Karlsruhe aku cari tram
Silap percaturan.. aku turun tempat yang silap
Sakit kaki perjalanan jauh tanpa panduan
Alhamdulillah..
Sebelum langit gelap aku berjaya menjejaki Acora Hotel.

Inilah perantau..  
Tanpa bantuan gadget.. Hanya ikut rasa hati..


(Burj dari dalam Metro Dubai)


(Hanya berbekal 'map' yang aku ambil di kaunter Metro Dubai, Airport) 


(Perjalanan ke Dubai Marina)


(Permulaan perjalanan yang melenguhkan kaki ini)


(Satu-satunya makhluk yang berjalan kaki sepanjang Marina untuk pulang)


(Buah-buahan Eropah semasa di satu mart dalam Dubai Marina Mall)


(Mahal bebenor tembikai ni..)


(Keletihan.. Berhenti sebentar dapatkan mood.. Perjalanan yang jauh..)


(Dalam Dubai Mall..) 


(Train Station, Frankfurt Airport.. Hmm.. sama je mentaliti kaunter tiket..)


(Stesyen di mana aku turun ICE untuk berpatah balik ke jalan yang benar.. ke Karlruhe)

(Ber possing sendirian.. Kenangan silap haluan.. Segera di perbetulkan..)


(Alhamdulillah.. Aku tiba di stesyen Karlsruhe sekitar jam 5.00 ptg)

HADAPI KENYATAAN KEHIDUPAN DUNIA

Semua yang bergelar manusia telah ditentukan perjalanannya
Begitu juga aku
Hanya redha dan percaya akan ketentuan Allah..
Wajib menjadi pegangan dalam menghadapi semuanya

Aku selalu memohon agar rasa payah ini..
Dapat aku tempuhi dengan ketenangan..
Dengan memotivasikan diri
Bahawa Allah sentiasa bersama hambanya yang sabar..

Menjelang detik perjalanan
Ke arah penghijrahan
Yang memerlukan perasaan syukur..
Insya'Allah ada sesuatu yang baik disebalik sesuatu kepayahan..

Semoga Allah pelihara hambamu ini..
Mudah-mudahan ada kelebihan buat adik..
Mudah-mudahan ada rezeki buat Aina, Izzul dan Baby..
Mudah-mudahan ada suatu ganjaran Allah buat Sue..

Aku memohon agar Allah pelihara keluargaku
Kedua Ibubapaku..
Adik beradikku..
Jiran-jiranku..
Saudara maraku..

Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn.. 

Rabu, 27 Disember 2017

HARI KELUARGA 111 KGMG - BOWLING

Hari ini aku sudah mulai masuk pejabat
Kisah Bowling pada 24 Disember yang lepas
Sebelum itu aku dan keluarga bertolak dari rumah mengambil Aina.. Jumaat di sana..
Singgah NL terus menuju ke kampung sekitar jam 4.30 ptg

Jalan memang jem seperti aku sudah jangkakan
Sepanjang Hway Elite majoriti sudah mula bergerak pulang dari pejabat
Masuk Gutrie agak okay..
Aku cuma singgah di Tanjung Malim sekitar 6.30 hingga lepas maghrib

Terus bergerak dan keluar tol sekitar jam 11.00 mlm
Singgah Buloh kuning pekena char kuey teow
Tak sesedap yang aku biasa makan..
Resepi sudah tukar agaknya.. Sikit kecewa..

Hampir jam 12 mlm sampai rumah mak abah..
Kepala aku sudah terasa sangat sakit
Mungkin penat seharian dan berembun..
Semalam pun aku tak cukup rehat..

Sabtu berkonvoi.. Kerap berhenti sepanjang jalan..
Ada kemalangan yang baru sahaja berlaku di simpang Kemunting..
Serius juga keadaan kereta..
Alhamdulillah semua selamat..

Game bowling start sekitar jam 4.20 ptg
Kak Sue lewat dalam 20 minit
Memang seronok bersama keluarga..
Mungkin tak seriuh keluarga lain.. Namun inilah identiti kami..

Selesai penyampaian hadiah.. terus konvoi BBQ Garage
Makanan Okay cuma layanan KO.. 2 jam menunggu.. 😫😬
Dengan kepala yang sakit.. Aku sempat luahkan sedikit perasaan
Aku tak mahu ikutkan hati.. Customer sepatutnya di utamakan.. Ini.. No Komen..

Sempat siapkan kerja yang terbengkalai
Alhamdulillah.. adik-adik memang terbaikk... 😊😉
Apa yang penting.. Kerjasama..
Seawal 7.30 pagi Isnin aku bergerak pulang KL

Alhamdulillah Allah memelihara kami..
Jalan agak lancar sepanjang perjalanan..
Singgah rumah sebelum hantar terus Aina ke asrama
Jem 1 jam lebih di Pilah..

Maghrib singgah solat sebelum lepak cekodok
Selesai aku terus pulang ke rumah
Sakit badan semakin terasa..
Selasa aku cuti lagi bawa adik ke HKL

Semoga Allah permudahkan urusanku dan keluarga
Amiinn...

Rabu, 20 Disember 2017

BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA

10 hari menjelang 2018
Banyak perkara perlu diselesaikan
Dengan ketenangan dan kebijaksanaan
Sambil mengharapkan keberkatan dari Allah SWT

Aku sentiasa memotivasikan diri ini
Selagi hayat dikandung badan
Tiada apa yang dapat disandarkan sesama makhluk
Kecuali doa dan kebergantungan dengan Allah SWT

Jika kepayahan yang dirasakan..
Masih ada insan lain yang lebih merasakan kepayahan..
Jika kesulitan yang dirasakan..
Masih ada insan lain yang lebih merasakan kesulitan.. 

Mudah-mudahan Allah pelihara aku dan keluargaku..
Semoga Allah murahkan rezeki buat kami..
Insha'Allah..
Allah maha mengetahui akan apa yang kita tidak tahu..

Ahad, 17 Disember 2017

BERSAMA KARIAH MERASMIKAN DEWAN TERBUKA MENDENGAR CERAMAH IMAM MUDA ASYRAF

Alhamdulillah..
Bersama sahabat se Taman dalam majlis ilmu
Mendengar ceramah dari Ikon TV.. Ustaz Selebriti
Imam Muda Asyraf..

Juga penceramah pertama menggunakan Dewan Terbuka SAF
Aku juga berdoa untuk diberkati usaha ini
Mudah-mudahan Allah limpahkan rezeki
Buat individu yang sama ada secara langsung atau tidak
Merealisasikan gahnya berdiri dewan ini

Intipati ceramah berkisar sejarah Rasulullah SAW
Kekasih Allah yang sangat dikasihi umatnya
Pengorbanan Rasulullah tiada tolok bandingnya
Semoga menjadi asbab buat umat meneladaninya

Isu Baitul Muqaddis
Isu sejagat.. Isu umat Muhammad..
Peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah berlaku di sini
Sejarah Islam sangat masyur di sini..

Semoga Allah pelihara kesucian kota ini
Semoga umat Islam bersatu demi kesucian agama
Demi mempertahankan
Tanah Suci ketiga Umat Islam selepas Makkah dan Madinah..

Amiinn..

Khamis, 14 Disember 2017

SYUKUR DENGAN KEJAYAAN PT3 IZZUL

Alhamdulillah..
Syukur atas keputusan PT3 2017
Yang baik untuk Izzul
Mudah2an lebih istiqamah dalam pelajaran.

Semoga lebih berusaha untuk SPM 2019
Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan Izzul
Harapannya untuk terus berada di sini tercapai
Bersama para hafiz dan hafizah yang memartabatkan agama

Tahun 2018 semakin menghampiri
Semoga Izzul mendapat tempat yang baik
Di sekolah yang cemerlang ini
Teruskan usaha hingga tercapai cita-cita..
InsyaAllah...

Aku juga bersama keluarga hadir ke Sekolah Izzul
Terlewat sedikit kerana menunggu ibunya pulang mengaji
Semoga menjadi asbab kejayaan buat anak-anakku..
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami sekeluarga

Amiinn.. Ya Rabbal Alamiinn..

Selasa, 12 Disember 2017

YA ALLAH.. PERMUDAHKAN URUSANKU.. PERKENANKAN HAJAT BAIK ANAK-ANAKKU

Semalam bawa baby untuk ujian kelayakan SBP
Sesi ke-3 start jam 2.30 ptg
Nampak macam tidak ramai calon petang ini
Anggaran 30 orang calon

Sebelum tu aku lepak lunch
Jam 3.20 gerak semula ke SBP 
Baby selesai awal katanya..
Sebelum jam 3.00 ptg dah selesai menjawab

Selesai urusan.. aku terus bergerak pulang
Aku berehat sahaja sepetang di rumah

Itu kisah semalam..

Hari ini.. hampir setengah hari aku bagi ceramah.. lokasi di sebelah pejabat sahaja...
Esok pula aku akan bawa semula baby untuk interview sbp
Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan
Semoga baby berjaya memperoleh tempat yang terbaik baginya

InsyaAllah...
Amiinn...

Jumaat, 8 Disember 2017

SALAM JUMAAT 8 DISEMBER 2017 BUAT AL-AQSA

Alhamdulillah..
Segala puji hanya bagi Allah SWT
Salam sejahtera buat nabi junjungan Muhammad SAW
Serta sahabat-sahabat baginda..

Berita sejagat pagi ini berkenaan status Negara Palestin
Dengan niat Mr Presiden US yang bagiku tiada ilmu
Hanya membuat keputusan dengan nafsu semata
Dari awal lagi aku memang menilainya tiada keintelektualan

Dalam hampir kesemua pemimpin dunia memahami
Agenda dan putar-belit Yahudi
Mengapa dengan angkuh Mr Presiden dengan keputusannya
Semoga rakan-rakanku di US sana sedar dengan kejahilan Mr Presiden

Mudah-mudahan Allah pelihara
Bumi Al-Aqsa yang sangat mulia buat sekalian umat Islam
Bumi milik umat islam yang ditakluk sekian lama
Oleh golongan yang Allah telah tentukan nasib mereka kelak

Aku insan kerdil hanya mampu berdoa
Serta berharapan..
Semoga kebenaran akan mengatasi kebatilan
Allah maha mengetahui akan segalanya..

HIDUP AL-AQSA..!!!
HIDUP ISLAM..!!!

Ahad, 3 Disember 2017

SALAM BUAT RASULULAH JUNJUNGAN

1 Disember 2017
Sambutan Maulidurrasul
Ulangtahun kelahiran Nabi Junjungan
Nabi Muhammad SAW

Cuti 3 hari hanya berehat di rumah
Anak2 pun sibuk dgn gadjet
Jumaat kembali ke SC settlekan hal ABS
Sabtu ke kenduri adik ustzh Azlina

Ahad gotong royong di Surau AF
Main air clearkan punca debu
Sehingga masuk zohor
Balik rumah berehat sampai Asar

Mlm layan Gegar Vaganza
Esok ready final pecutan
Perancangan sebulan untuk aku
Selesaikan apa yang tertunggak

Mudah2an Allah permudahkan
InsyaAllah segalanya telah ditentukan
Semoga ada cahaya buatku dan keluarga
Amiinn...

Sabtu, 25 November 2017

PENGALAMAN YANG BAIK MENJADI INGATAN

Alhamdulillah..
Pertamanya syukur kepada Allah SWT
Dengan keputusan cemerlang baby
Allah anugerahkan keputusan UPSR
Yang setimpal dengan usahanya..
Mudah2an perjalanan yang baik untuknya
Selepas ini dalam mencapai cita2nya..
InsyaAllah..

Seterusnya
Syukur aku telah berjaya mencapai objektif
Untuk menimba pengalaman negara singa
Dalam bidangku ini
Selama 1 minggu di NUS..
Walaupun slot perkongsian ilmu dan lawatan
Tidak dapat dibuat kerana kesibukan mereka
Walau bagaimanapun.. aku berjaya dalam ujian
Pada hari akhir training
Alhamdulillah...

Ya Allah... Berkatilah apa jua ilmu dan pengalaman
Selamat di NUS, di Pasir Panjang..
Sesungguhnya Malaysia dan Singapura
Masih bersaudara..
Selamat berjaya sahabatku di sini..
Semoga identiti kita terpelihara
Walau dimana jua kita berada..

Semoga perjalanan pulangku mendapat perlindungan
Allah SWT..
AMIINN...

Cerita semalam
#$€£₩₩

Kelas selesai sekitar jam 2.00ptg
Pulang Hotel.. terlelap.
Alhamdulillah terjaga jam 4.00 ptg.
Keluar ke Chinatown 
Sebelumnya ke Haw Par Villa
Sekadar melihat..
Seterusnya ke Mustapha Mall
Balik Hotel dengan bas 59
Aku tidur lewat..

Khamis, 23 November 2017

KEPUTUSAN UPSR 2017 - DOA DARI KEJAUHAN SINGAPURA

Ya Allah..
Aku berhajat kepadamu Ya Allah..
Berikan kejayaan kepada anakku
Nur Fardiyana Izwani..
Amiinn Ya Rabbal Alamin..


Isnin, 20 November 2017

MENGEMBARA KE TEMASIK - JIRAN TERDEKAT

Kali pertama aku berpeluang melawat jiran di selatan.. Singapura..
Kos di sini agak tinggi
Seperti negara lain yang pernah aku lawati
Pendapatan tinggi di sini.. Namun kos juga melenyapkan kelebihan itu

Sebelum ke sini 
Aku di hantar oleh En MM ke KLIA
Agak jem pagi2 begini.. angkara program maraton MAB
Namun aku sudah di sini seawal beberapa minit menuju 7.00 pagi
Terima banyak kasih En. MM..

Silap sendiri aku naik airorel ke Terminal Satelit
Patah balik ke G6
Alhamdulillah.. tidak terlalu bermasalah..
Dr T sudah berada di sana

Landing Changi seawal 10.30 pagi
Menunggu rakan lain.. Pn. San yang depart 1 jam selepas kami
Setiba beliau.. kami sepakat explore menggunakan MRT
Sambung bas ke Hotel..
Alhamdulillah.. Safe juga berbanding naik teksi.. rasanya..

Check in hotel.. Jam 2.30 ptg
Turun lobi jam 3.00 ptg terus menuju Harborfront
Berpusing jugak kami.. Pengalaman yang mahal...
Naik monorel ke seberang..
Ambil peluang ke Sentosa Island
Hanya sempat berposing di Universal Studio Singapore..
Window shopping di Hard Rock Hotel..

Balik sempat singgah beli key-chain..
Alhamdulillah.. 
Keputusan aku untuk tidak membeli sebarang berdekatan kaunter monorel agak bijak
Kembali ke Hotel.. Hari sudah gelap.
Jam 8.00 mlm sampai ke bilik..
Letih sepetang berjalan..

Hari pertama training di sini..
Lunch memang ada kelas..
Alhamdulillah..
Cuma aku agak mengantuk sepanjang petang..
Mudah2an esok aku kembali segar.. 

Pasir Panjang, Singapore
10.48 mlm

Khamis, 16 November 2017

LAMA AKU MENYEPI SEKEMBALI DARI KARLRUHE

Sudah sebulan pulang dari Karlruhe
Aku masih bermuhasabahkan diri
Mengapa fikiran kadang-kadang menjadi agak bercelaru
Namun semuanya adalah atas kehendak Allah SWT

Awal minggu November aku bersama rakan
Berkampung di Sg. Petani
Alhamdulillah.. Meter semangat kembali meningkat
Aktiviti riadah yang aku impikan sekian lama

Minggu ini, aku luangkan masa untuk 'baby'
Alhamdulillah Tokoh Kanak-Kanak 2017
InsyaAllah ada lagi rezeki dari Allah buat 'baby'
Hujung minggu ini aku bersama beliau dalam Majlis Anugerah Cemerlang

Mudah-mudahan keputusan UPSR yang bakal diumumkan
Menjadi bekalan sangat berharga buat 'baby'
Demi masa hadapannya
InsyaAllah..
Amiinnn..

Kemaskini Majlis Anugerah Cemerlang

Alhamdulillah..
Rezeki buat 'baby'
Terpilih sebagai Tokoh Murid 2017
Syukur aku dengan pemilihan tersebut..

Segalanya datang dari Allah..
Juga guru-guru yang memberikan peluang
Walaupun pada awal pembabitan 'baby' pelajarannya agak merosot..
Namun 'baby' dapat menghadam amaranku

Syukur Ya Allah..

Isnin, 30 Oktober 2017

SELAMAT HARI LAHIR IMAN

29 Oktober 2017.
Selamat Hari Lahir yang ke 2 tahun
Anak ayah.. Iman yang istimewa
Semoga diberikan kesihatan berpanjangan
Semoga menjadi inspirasi buat ibu, ayah, kakak Aina, Abang Izzul dan Kakak Baby.
Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah SWT
InsyaAllah.. Amiinn..

Sabtu, 14 Oktober 2017

PERMUDAHKAN PERJALANANKU YA ALLAH... FRANKFURT-DUBAI-KLIA

Catatan semasa di Frankfurt Airport

Semoga perjalananku dipermudahkan
InsyaAllah..
Saat ini aku masih di Frankfurt Airport
Dari petang semalam aku bersama rakan dari Ghana dan Bangladesh

Macam-macam ragam sepanjang di sini
Juga selepas berakhir kelas di KIT semalam
Terus menuju Karlsruhe Train Central
Dapatkan train ke Mainz jam 2.02 dari Karlsruhe

Mainz bandar dipersisir Rhine River
Dari Mainz jam 4.40 terus ke Frankfurt Airport
Ada kalanya bersendirian rasanya lebih mudah
Namun aku perlu juga bersama dalam kumpulan

Susah senang masih ada yang membantu
Waktu sekarang jam 5.59 pagi waktu Frankfurt
Aku perlu segera naik ke tingkat 1 untuk solat subuh
Seterusnya ke Terminal 2 untuk 'drop bag'

Semoga segalanya selamat buatku
InsyaAllah..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 




Rabu, 4 Oktober 2017

BEBERAPA HARI SEBELUM KE KARLSRUHE

Alhamdulillah..

Semoga perjalanan ke Eropah kali ini
Memberikan sebanyak manfaat buatku
Kepakaranku yang seharusnya semakin bertambah
Keyakinanku yang seharusnya semakin kukuh
Kematanganku yang seharusnya yang terbaik

InsyaAllah.. Segalanya Allah telah tentukan
Motivasi hadir dari diri sendiri
Semoga aku terus istiqamah
Semoga aku sedar objektif aku ke sana

Mudah-mudahan Allah beriku kemudahan
Mudah-mudahan segalanya untuk kebaikanku, keluarga, masyarakat dan negara
Rezeki hanya dari Allah
InsyaAllah..

Isnin, 18 September 2017

YA ALLAH..SELAMATKANLAH BANGSAKU..

Salam Takziah buat keluarga dan anak-anak
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung
Yang pulang menghadap ilahi sebelum subuh 14 September 2017 lepas
Pulang dengan tragedi yang sangat menyayat hati

Kebakaran yang dilaporkan pihak berkuasa sebagai bermotif dendam
Berpunca salah faham di gelanggang futsal..
Sedikit salah faham yang bagiku adalah normal di zaman kanak-kanakku
Hingga berakhir dengan kehilangan jiwa yang sepatutnya tidak perlu 

Anak-anak kecil yang tidak berdosa
Anak-anak yang hanya berjiwa remaja dan dalam proses kematangan
Akhirnya hak mereka untuk bersama masyarakat dilenyapkan begitu sahaja
Hanya kerana dendam amarah.. membawa kepada perancangan berprofil tinggi

Perbincangan.., perancangan.., strategi.., perlaksanaan..
Bangsaku sememangnya mempunyai kebijaksanaan
Namun disia-siakan dengan bisikan syaitan
Akhirnya bangsaku jua menjadi korban..

Bangsaku anak-anak tahfiz yang baik telah pergi..
Tinggallah anak bangsaku yang belum tahu bila hendak menjadi baik..
Mudah-mudahan dengan pengorbanan mereka anak-anak tahfiz
Menjadi asbab bangsaku sekalian menjadi bangsa yang matang

Tinggalkanlah amalan sia-sia wahai bangsaku..
Sedar segera wahai bangsaku..
21 anak tahfiz sedang menunggu di syurga bersama 2 guru mereka
Semoga kita semua menurut mereka ke sana..

Fikirkanlah bagaimana untuk membantu Rohingya..
Bagaimana untuk mambantu saudara se islam yang ditindas..
Atau fikirkanlah bagaimana untuk berhenti dari membuat sesuatu yang sia-sia
Jadilah manusia yang waras wahai anak bangsaku..

AL-FATIHAH

1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
12. Umar Al Khatab Helmi, 6
13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)


Rabu, 13 September 2017

AL-FATIHAH - SEMOGA ROH ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH DICUCURI RAHMAT ALLAH SWT

AL-FATIHAH

..................................
September 12, 2017 19:09 MYT
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenazah-sultan-kedah-selamat-disemadikan-155027

ALOR SETAR: Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, petang ini.

Almarhum Sultan Abdul Halim , 89, mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada pukul 2.30 petang semalam selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.

Jenazah Almarhum baginda disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit dari pukul 11 hingga 1.30 tengah hari bagi membolehkan rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir.

Sebelum itu pada pukul 10.30 pagi, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang mengimamkan solat jenazah di Dewan Penghadapan.

Pada pukul 2.30 petang, pedati khas yang membawa jenazah Almarhum keluar meninggalkan Istana Anak Bukit dan tiba di Makam Diraja Langgar pada pukul 4 petang.




Sebaik istiadat pemakaman selesai, Syeikh Fadzil Awang dan Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim mengetuai bacaan talkin dan Syeikh Alauddin Abu Bakar memimpin bacaan tahli dan doa.

Berangkat sama ke Makam Diraja ialah Sultan Kedah yang baru dimasyurkan, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai-pegawai kanan negeri turut hadir.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Rakyat pelbagai lapisan turut ke Makam Diraja Langgar untuk menyaksikan istiadat pemakaman itu.

"Rakyat Kedah hari ini berdukacita dengan kehilangan Sultan Abdul Halim yang disifatkan sebagai seorang Sultan berwibawa dan berjiwa rakyat.

"Saya yakin Tunku Sallehuddin akan mengikut jejak langkah Almarhum dalam memerintah negeri ini," kata Ismail Abu, 57 yang ditemui di sini.

Nur Rosmah Wahab, 33, dari Pendang berkata beliau datang ke Makam Diraja Langgar semata-mata mahu melihat istiadat pemakaman.

"Sebelum itu saya dan suami ke Istana tetapi tidak dapat masuk kerana terlalu ramai orang lalu membuat keputusan ke makam sebab berasa jiwa tak tenang jika tak datang melihat istiadat ini yang membabitkan seorang Sultan berjiwa rakyat," katanya.

Sebanyak 89 das tembakan dilepaskan oleh pasukan artileri bersamaan usia Almarhum baginda sehingga jenazah tiba di makam.

Tembakan pertama dilepaskan sebaik pedati keluar meninggalkan Istana dan tembakan ke 89 sebaik jenazah tiba di makam pukul 4 petang.

-- BERNAMA

UPSR HARI KE-3 MATEMATIK

Ya Allah..
Permudahkan urusan anakku
Semoga 'baby' diberikan ketenangan dan kemudahan
Berkatilah usahanya selama ini Ya Allah..
Sesungguhnya 'baby' telah berusaha memperbaiki dirinya Ya Allah..
Kau Maha mengetahui akan segalanya
Mudah-mudahan segalanya yang baik jua ketentuanMu Ya Allah..

Amiinn Ya Rabbal Alamiin..

Isnin, 11 September 2017

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017 BUAT BABY, ADILA, MUHAMMAD

Ya Allah..
Aku telah berusaha dengan sewajarnya
Aku juga telah usahakan apa jua keperluan 'baby'
Permudahkanlah urusan nya
Semoga 'baby' tenang dan dapat menjawab semua kertas peperiksaannya
Semoga 'baby' beroleh kejayaan dengan usahanya
Kau jadikanlah kejayaan asbab untuknya menjadi hambamu yang bertaqwa
Peliharalah 'baby' dari segala keburukan
Jauhkanlah segala musibah dan kepayahan
Doa ini ini juga aku panjangkan buat saudara-saudara dan rakan-rakan
Yang juga mendoakan anak-anak untuk kejayaan
Muhammad anak adikku Aat..
Adila anak adik iparku Suriana..
Dan yang lain juga.. InsyaAllah..
Amiin  Ya Rabbal Alamin..