Sabtu, 31 Disember 2016

MUHASABAH DIRI MENUJU 2017

Assalamualaikum.
Tahun 2016 M bakal meninggalkanku dalam beberapa jam lagi..
Antara sedar demgan tidak, umurku juga menjangkau 1 tahun lebih.. dan tempoh untuk beramal menuju akhirat juga semakin pendek..
Aku, begitu juga umat manusia lain tidak berkeupayaan mengetahui saat sebenar pengakhiran hayat didunia..
Apa yang mampu aku lakukan hanya berusaha mendapatkan yang amal makruf dan menghindari kemungkaran..
Biar hidup memberikan manfaat buat orang lain..
Semoga cabaran yang ditempuh sepanjang tahun mendatang dapat aku atasi. .
Rezeki Allah juga maha luas. Ia juga satu cabaran yang sentiasa perlu ditempuhi.
Hanya iman didada menjadi bekalan dalam berhadapan situasi yang mana setiap manusia mempunyai pengharapan yang tersendiri.
Semoga Allah tetapkan dan perkukuhkan imanku dalam menghadapi tahun mendatang.
Sesungguhnya Allah bersama hambanya yang terus beristiqamah dan mencintai keamanan.
Semoga 2016 meninggalkanku dengan rahmat Allah swt.
Semoga Allah memberikan asbab kebaikan buatku menghadapi 2017.

Amin.. amin.. Ya rabbal alamin...

Wassalam..

p/s,  kredit kepada blog yang berinformasi dan menyenyap keimanan http://binusrah.blogspot.my/2016/12/zaman-yang-paling-rasulullah-takuti.html

Jumaat, 30 Disember 2016

PERANCANGAN MENGHADAPI 2017

Setiap kali berada di penghujung tahun
Setiap kali itu juga akan timbulnya kesedaran dan azam baru
Begitu juga dengan aku yang masih tercari-cari
Apakah azam penghujung tahun lalu yang masih belum tercapai

Lumrah sebagai manusia
Aku insan yang lemah
Dikurniakan Allah dengan sifat yang serupa dengan kebanyakan manusia lain
Rajin vs malas
(mohon dijauhkan dari kemalasan terlampau)
Bersemangat vs lemah semangat
(moody yang memerlukan kekuatan minda)
Sihat vs kurang sihat
(mohon dijauhkan dari kesakitan)
Rasa lapang vs rasa kesempitan
(perlu terus berazam memperbaiki ekonomi)
Gembira dan excited vs muram durja
(masih mencari tonik semangat pamoga)

Alhamdulillah aku telah kembali dengan aktiviti bersukan
Sekurang-kurangnya tahun 2016 ini aku mendapat kekuatan kearah kesihatan

Semoga Allah memberikan istiqamah ke tahun 2017
InsyaAllah..

Khamis, 29 Disember 2016

REZEKI ITU MILIK ALLAH SWT

Rezeki Allah maha luas
Tidak diberikan kekayaan tidak bermakna kita miskin
Tidak diberikan kenaikan pangkat tidak bermakna kita tidak cemerlang
Tidak diberikan zuriat tidak bermakna kita bermasalah kesuburan
Tidak diberikan kebaikan atas sesuatu tidak bermakna tidak diberikan kebaikan atas yang lain

Allah maha mengetahui akan sesuatu
Dunia adalah tempat untuk kita diuji
Orang miskin diuji, orang kaya juga diuji
Orang jahil diuji, ustaz juga diuji
Rakyat diuji, raja juga diuji
Pemandu diuji, CEO juga diuji

Duit, pangkat, anak, pujian bukanlah rezeki yang mutlak
Allah maha mengetahui akan segalanya
Apa yang lebih penting bagiku adalah rahmat dari Allah SWT
Keberkatan dalam segalanya lebih utama

Biar aku sederhana asalkan aku dapat berbakti kepada orang lain
Biar aku tidak dilihat oleh ketua sebagai seorang yang sangat disayangi
Asalkan aku terus melakukan tanggungjawab yang seharusnya aku lakukan
Asalkan aku dilindungi Allah SWT dari keburukan dan malapetaka

Alhamdulillah..
Syukur atas apa jua pemberian dariNya
Rezeki Allah jika bukan buat aku..
Mungkin buat anak-anakku, mungkin buat ibubapaku, mungkin buat saudara maraku
Semoga Allah melindungiku

Aminn..
 

Rabu, 28 Disember 2016

POST KE 41 MENJELANG 2017

Aku selalu berbicara dengan diri sendiri
Kali ini berkisar kepada jumlah post
Yang menghampiri angka yang sebaya denganku 
Post ini buat kali ke 41 untuk tahun 2016
InsyaAllah.. Semoga beberapa hari berbaki
Aku lakukan perkara yang lebih baik untuk ke 2017

Aku amat berharapan untuk kekal berazam
Untuk kekal beristiqamah
Tahun mendatang mungkin lebih mencabar
Namun Allah sentiasa bersama hambaNya yang mengingatiNya
Semoga kesihatan dan kekuatanku terus mendapat lindungan dariNya

Ya Allah.. Berikanlahku kekuatan untuk terus memberikan manfaat
Aminn..

Isnin, 19 Disember 2016

YA ALLAH...AMPUNI DOSA SEMUA YANG MASIH HIDUP DAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Hari ini sekitar jam 2.30 pagi seorang lagi kenalan dijemput ilahi
Isteri kepada Ustaz Talhah yang sangat dikenali kejiranan
Petang semalam aku bersama kariah menziarahi arwah
Dikala sedang kepayahan melawan penyakit
Namun ketentuan Allah mengatasi akan segalanya
Diusia sekitar 35 tahun arwah meninggalkan anak-anak yang masih bersekolah
Semoga anak arwah menjadi seperti ibu dan bapanya
Sebagai pewaris Al-Quran 

Rabu 14 Disember lepas, sekitar jam 10.30 mlm
Aku mendapat panggilan dari Abg Din Hulu Langat
Pak Unggai In (Yahaya) meninggal di usianya 48 tahun
Allah maha mengetahui akan segalanya
Baru sahaja duduk bersama bersembang
Semasa kenduri di Hulu Langat pada Ahad 11 Disember lepas
Kini beliau telah bertemu Allah SWT
Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata arwah
Sememangnya arwah sangat menyayangi sanak-saudara

Hari ini aku kembali ke pejabat
Setelah seminggu pulang ke Perak
Alhamdulillah.. semoga Allah perkenankan
Hajat kedua ibubapaku ke Tanah Suci Mekah
Ya Allah..Berikanlah kesihatan buat keduanya
Kau berilah jalan dan permudahkan usaha kami
Untuk merayu mempercepatkan pemergian keduanya ke Tanah Suci

Aku sebagai anak hanya mampu berdoa
Hanya mampu sedayanya menyenangkan hati mereka berdua
Seminggu pulang ke kg aku lakukan perkara yang baik untuk mereka
Terkadang aku rasakan untuk pulang berhijrah ke kg
Pulang untuk berjasa buat keduanya
InsyaAllah..
Akan tiba masanya aku akan pulang jua

Rabu, 7 Disember 2016

YA ALLAH.. KAU BERIKAN KESEMBUHAN BUAT IBU DAN BAPAKU

Semoga Allah memberikan ganjaran baik buat adik Sitiku..
Aminn...

Semalam Siti bagitau abah selalu sakit dada
Bawa ke klinik kelihatan 4 batang tulang rusuk abah patah
Ya Allah...
Pemeriksaan Dr semasa di wad tidak nampak serius
Mungkin Dr juga mengharapkan abah bagitau symptom
Hanya hari ke-4 baru dapat kesan

Hari ini Siti bawa abah jumpa Dr.
7-22 hb kena follow-up diabetes
9 Mac 2017 kena follow-up patah tulang rusuk
Semoga Allah kembalikan kekuatan abah

Ya Allah.. Kau perkenankanlah hajat abah untuk ke Tanah suci
Jadual Tabung Haji untuk abah dan mak adalah pada tahun 2022
6 tahun lagi Ya Allah...
Kami melalui Kak Suhaila telah 3 tahun berturut-turut membuat rayuan
Untuk abah mendapat laluan dipercepatkan

Tahun ini abah sudah 72 tahun, mak juga telah mencapai 70 tahun
Tiada sebarang keistimewaan insan yang pernah berjuang melawan komunis
Abah pesara tentera yang pernah berkhidmat dalam hutan
Abah juga pernah bertugas sebagai bilal masjid di kampong

Namun abah masih tiada sebarang keistimewaan
Aku juga akan terus berusaha untuk tahun ini
InsyaAllah.. semoga Allah mempermudahkan abah tahun ini atau tahun hadapan
Selagi abah masih berkudrat..

Aminn Ya Allah...  

Isnin, 5 Disember 2016

TENGAHARI 03.12.2016 - SEMOGA PERISTIWA YANG MENIMPA MAK & ABAH MENJADI ASBAB KEBAIKAN

"Ya Allah berikanlah kesihatan buat kedua ibubapaku
Peliharalah mereka dari segala kecelakaan
Jauhkan mereka dari sebarang kemudaratan
Sesungguhnya kau maha agung dan maha mengetahui akan segalanya.."

Aminn Ya Allah..

Semoga apa yang berlaku kepada mak dan abah
Tengahari sabtu tanggal 3 Disember 2016
Menjadi asbab kebaikan buat kedua-duanya

Alhamdulillah.. Allah melindungi mereka dari malapetaka yang lebih serius
Aku hanya mampu mendokan kesihatan buat keduanya
Semoga usahaku disini memberikan asbab kebaikan buat mereka

Ya Allah.. Peliharakanlah akan kedua-duanya

Khamis, 1 Disember 2016

SEBULAN MENJELANG 2017

Hari ini 1 Disember 2016
Genap sebulan menjelang tahun baharu masehi
Tahun 2017
Sebulan ini juga aku wajib lakukan perancangan kewangan yang sangat ketat
Menjelang buka sekolah seawal Jan 2017

Izzul akan melangkah ke PT3
Baby pula bakal menempuh UPSR
Aina pula perlukan persediaan
Untuk melangkah ke alam pengajian lebih tinggi

Semoga kewanganku dipermudahkan
Semoga rezekiku murah
Semoga Allah melindungi dan mempermudahkan urusanku

Aminn..