Rabu, 7 September 2016

SEMOGA AKU ISTIQAMAH DALAM BERIADAH

Hari ke -3 aku bersama-sama Kamil, Jai, Hanif (baru start hari ini) berjogging sekitar pejabat
Merasai suasana kg sambil berlari dan berjalan
Walaupun kami lebih banyak berjalan, namun insyaAllah demi suatu kebaikan...
Terasa aku seolah berada di kg halaman ku di Kedah..

Berjogging sambal menikmati keindahan tasik dan kediaman kg.
Sambil melintasi penduduk yang sibuk dengan aktiviti masing2.
Ada berkebun, ada santai dihalaman, ada memancing, ada bermain
Aktiviti yang menceritakan segalanya tentang manusia terutamanya tentang bangsaku sendiri di kg..

Saat menitip blog ini aku sedang dalam kenderaan
Menunggu Aina pulang dari tuisyen
Memang menjadi rutin aku sepanjang 2016 ini
Semoga Allah berikan rezeki buat Aina

Semoga Aina brjaya mngejar cita2nya
InsyaAllah..

Jumaat, 2 September 2016

MUSIM TENGKUJUH SUDAH BERMULA

Memasuki bulan September 2016
Allah menyerlahkan kekuasaanNya dengan hukum alam
Semalam sepetang hinggakan malam hujan dan angin kuat
Sepanjang perjalanan pulang mengharungi cuaca yang berbeza

Di sudut lain pula aku sedang menghadapi situasi sepi
Sepi tanpa maklumat yang selalu berlegar di paparan telefon
Sudah 2 hari software WA sudah tiada dari HP dan masih tidak berjaya untuk install semula
Mungkin ada yang rasakan aku sedang mencari ketenangan.. Tidak respon kepada mesej WA

Sekurang-kurangnya aku berjaya kembali ke sekitar tahun 90an
Hanya bergantung kepada mesej dan panggilan

Hari ini Jumaat. Penghulu segala hari.
Aktiviti sedang menunggu pada hujung minggu ini
InsyaAllah.. semoga segalanya berjalan lancar dan mendapat redha Allah..