Jumaat, 27 Mei 2016

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Minggu akhir Syaaban menjelang Ramadhan
Pagi ini sedikit jamuan di tempat kerja menyambut kehadirannya
Aku sempat menyediakan juadah pot luck seperti biasa
Walau jika diikutkan mood sentiasa letih dan malas

Pada masa ini mindaku perlu kuat
Fizikal mungkin makin berusia namun minda harus sentiasa remaja
Kekuatan minda hadir hanya dengan ilmu dan amal
Jika diikutkan kemahuan hawa nafsu akhirnya aku tidak akan kemana

Ramadhan kali ini adalah peluang terbaik untuk bermuhasabah
Mencari kelemahan diri seterusnya meningkatkan prestasi
Semua manusia dikurniakan Allah atas perkara yang sama
Hanya dibezakan kekuatan rohani dan jasmani

Kelihatan juadahku yang macam kekurangan serinya. Apa ke tidaknya, habis bahan pewarna dilanyak dek baby.
   

Jumaat, 13 Mei 2016

KURANG SEBULAN LAGI RAMADHAN

Hari ini 6 Syaaban 1437H
InsyaAllah..
Semoga Allah pertemukan Ramadhanku tahun ini
Bulan penuh keberkatan dalam bermuhasabah

Aku insan biasa..
Ramadhan lah peluang memperbaiki kelemahan diri
Semoga peluang tahun ini aku usaha
Mencari yang hakiki disebalik kesibukan duniawi

Hari-hari yang berlalu tidak berpesan
Rutin seharian yang tiada kesudahan
Kesibukan semakin tanpa haluan
Terkadang aku penat ditengah jalan 

Sesekali akan aku termenung
Semakin difikirkan semakin aku bingung
Kesibukan dunia tiada berpenghujung
Semakin dilayan banyak pulak berkunjung

Aku tahu apakah yang aku mahu
Namun kelemahan dalam diri masih sukar diatasi
Ramadhan kali ini tindakan yang sangat perlu
Mencari solusi demi masa hadapan yang hakiki

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
24 Hari Lagi InsyaAllah..

p/s Kelemahan diri terkadang sukar diatasi.
Maaf mak kerana tidak hubungi seperti biasa pada hari itu.
Namun bagiku.. hari-hari adalah hari ibu.
Ibu buah hatiku. Anak lelaki sepertiku sukar menzahirkan perasaan
Namun percayalah.. Anak lelaki sebenarnya lebih berperasaan jika boleh dizahirkan..
Selamat Hari Ibu.

Rabu, 4 Mei 2016

AKU DALAM MOOD MENCARI KETENANGAN

Awal minggu aku hantar kereta ke pusat servis
Tukar timing belt, bearing, servis a/cond hampir RM1k
Semoga keadaannya baik sehingga poket kembali sembuh
InsyaAllah..

3 hari cuti tidak terasa
Sabtu dan ahad aku memenuhi permintaan untuk berkelah di Kalumpang
Hasrat asal ke Genting dibatalkan
Apatah lagi mengharungi jammed yang teruk pada petang sabtu

 
Pulang terus ke rumah dan tiba jam 6.00 ptg
Macam biasa aku akan rasa relax di rumah sendiri

Beberapa hari ini suasana di pejabat agak diam
Sedikit masalah menyebabkan rutin berubah
Sebagai generasi 70an pernah terdetik
Yang baru dikejar tapi yang lama masih perlu dilihat

Dunia semakin memeningkan
Jika tidak mampu jangan dikejarkan
Yang mampu sekalipun masih belum dijanjikan kebahagiaan
Dunia perlu.. namun akhirat adalah sasaran.

Masyarakat di era ini sukar diduga
Masing2 terkejar sesuatu yang tidak berapa perlu
Sifat kemanusiaan terkadang sangat rendah 
Jika difikirkan, ingin sahaja aku kembali ke zaman 80an dan 90an

Zaman tiada whatapps, tiada facebook, tiada gadjet yang alpa
Semoga Allah tetapkan iman dalam diri dan keluargaku
Aminn..